Demam musim pertandiingan ratu cantik masih belum berakhir pada akhir tahun ini. Kali ini, wakil Bahrain di pertandingan Miss Universe 2021, Manar ‘Jess’ Deyani pula yang mencuri tumpuan dunia.
Ini kerana Manar mencipta sejarah sebagai wakil Bahrain pertama yang bertanding di Miss Universe biarpun dia berpegangan agama Islam.
ARTIKEL BERKAITAN : Lihat 12 Wakil Benua Asia Di Miss Universe 2021 – REMAJA
Pelajar fesyen berusia 25 tahun ini menetap terus menjadi salah seorang peserta paling diperketakan pada edisi kali ini setelah dia memilih untuk tidak memakai bikini atau ‘one piece suit’ sewaktu pusingan pakaian mandi di peringkat pemilihan awal (preliminary).
Sebaliknya, Manar memilih pakaian mandi jenis jumpsuit yang menutup penuh tubuhnya kecuali bahagian kepala dan pemilihan itu telah diperkenankan oleh organisasi Miss Universe.
View this post on Instagram
Kemunculan Manar pada waktu tersebut telah menerima sorakan gemuruh oleh para penonton di Universe Dome, Eilat Israel. Di media sosial pula, ramai menyokong keputusan Manar untuk kekal dengan pegangan agama dan budaya biarpun bertanding bersama 79 orang wakil negara lain yang memakain bikini atau pakaian mandi biasa.
Keputusan membolehkan pesertanya untuk tidak memakai pakaian mandi tipikal sekaligus membuatkan ramai peminat pertandingan ratu cantik tertanya-tanya mengapakah peserta beragama Islam dari Malaysia masih tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan Miss Universe.
Sewaktu pusingan busana gaun pula, Manar yang kini menuntut dalam jurusan rekaan fesyen di American University UAE masih kekal konservatif dengan pemilihan gaun yang tidaklah terlalu terdedah hasil ciptaan pereka fesyen Pakistan-Kanada bernama Safia Zulfiqar.
View this post on Instagram
ARTIKEL BERKAITAN : INDIA Dinobat MISS UNIVERSE 2021, Tamat Kemarau Kemenangan 21 Tahun – REMAJA
Dunia ratu cantik sebenarnya semakin membuka ruang agar wanita beragama Islam atau wanita yang datang dari negara berbudaya konservatif boleh mewakili negara mereka di pentas antarabangsa.
Sebagai contoh, wakil Bangladesh di Miss Universe 2019 iaitu Shirin Akter Shila memilih seluar legging dan bukannya bikini. Wakil Somalia pertama di Miss World 2021, Khadija Omar pula tampil berhijab dalam persalinan burkini!
ARTIKEL BERKAITAN : Miss Somalia Wakil Hijabi Pertama Dalam Sejarah Miss World – REMAJA
Pada pandangan korang, sudahkah tiba masanya untuk Malaysia menerusi organisasi Miss Universe Malaysia dan platform lain membenarkan penyertaan gadis beragama Islam dalam pertandingan ratu cantik ‘Big Four’ yakni Miss Universe, Miss World, Miss International dan Miss Earth selagi mereka boleh berpakaian sopan seperti yang ditunjukkan oleh wakil Bahrain ini?
BACA LAGI : Lihat 16 Kostum Nasional Bermakna Di Miss Universe 2021 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.