Tak Berani Guna Contact Lens? Ini Tip Daripada Association of Malaysian Optometrist Yang Perlu Anda Tahu

Share

Selalunya bila kita menyentuh soal pemakaian atau penggunaan kanta lekap, pastinya lebih cenderung kepada pengguna yang sudah dewasa. Tapi tahukah anda bahawa kanak-kanak dan remaja juga boleh menggunakannya dengan selamat?

Dengan menggunakan kaedah yang betul serta tip yang diberikan oleh optometrist, golongan kanak-kanak dan remaja boleh menggunakan kanta lekap dalam kegiatan harian terutamanya untuk pembelajaran di dalam kelas.

Di Amerika Syarikat sahaja, lebih 4 juta pengguna di bawah umur 18 tahun menggunakan kanta lekap secara harian. Secara fizikalnya, mata kanak-kanak bertoleransi dengan kanta lekap pada usia muda. Malah ada sesetengah kes melibatkan bayi menggunakannya disebabkan kondisi congenital cataracts

yang berlaku ketika lahir.

Menurut Association of Malaysian Optometrist (AMO) yang turut melancarkan National Eye Health Awareness Campaign (NEHA) 2017 semalam, ramai kanak-kanak di Malaysia menggunakan kanta lekap pada usia antara 15 hingga 16 tahun. Malah, ada juga yang mula menggunakan lebih awal jika mereka mampu mengendalikan penggunaan dengan cara yang betul.  Apakah yang perlu dilakukan sebelum mereka mula menggunakan kanta lekap?

Jumpa optometrist untuk dapatkan pemeriksaan secara komprehensif

a. bagi memastikan keadaan mata sihat dan sesuai untuk menggunakan kanta lekap
b. preskripsi kanta lengkap yang betul akan diberikan oleh optometrist
c. memberikan kanta lekap yang bersaiz sesuai dengan mata

Bagaimana pula dengan kriteria kanta lekap yang baik untuk digunakan oleh kanak-kanak dan remaja?

a. Kanta lekap pakai buang secara harian merupakan pilihan yang paling baik dan menyihatkan. Ia akan dibuang selepas seharian digunakan atau sebelum tidur.
b. Material kanta lekap yang breathable. Seperti kesemua tissu yang lain, mata juga memerlukan oksigen bagi mematikan ia sentiasa berada dalam keadaan sihat. Kanta lekap yang breathable

membenarkan oksigen memasuki menerusinya supaya mata kekal sihat.
c. Permukaan yang lembut dan licin. Ini agar mata berasa lebih selesa, apatah lagi untuk kegunaan sepanjang hari.

Tip Menggunakan Kanta Lekap

 

*ketahui lebih lanjut tentang penggunaan kanta lekap untuk kanak dan remaja di laman web AMO, www.amoptom.org atau boleh hubungi 011-2610 2040

Published by
Farizul Izwany Ibrahim