Bolehkah Kita Pergi Open House Sempena Deepavali? Ini SOP Korang Kena Tahu

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Tinggal kira-kira seminggu sahaja lagi sebelum masyarakat beragama Hindu dan rakyat Malaysia secara amnya menyambut kehadiran cuti Deepavali.

Sebagai salah satu perayaan terbesar negara kita, tentunya ramai yang sudah bersiap-sedia ntuk mengambil peluang bercuti panjang.

Paling tidak pun, ramai ingin menziarahi rumah sanak-saudara, rakan beragama Hindu atau bertemu dengan sahabat korang sempena Deepavali pada hari Jumaat (di Selangor), 13 November hadapan.

Namun menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ada beberapa ‘peraturan’ dan SOP yang perlu dipatuhi oleh semua orang dalam musim pandemik ini.

Sebelum korang merancang untuk balik kampung, teliti dulu satu-persatu okay.

 

01

Pertama sekali, sebarang perancangan balik kampung adalah tidak dibenarkan di antara kawasan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

Syarat-syarat 02 dan 03 hanya tertakluk kepada penduduk di kawasan bawah arahan PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

 

02

Bagi masyarakat beragama Hindu yang ingin melawat kuil, korang masih dibenarkan. NAMUN, mereka yang ingin ke kuil dalam kawasan PKPD dan PKPB, ia hanya dibenarkan pada hari pertama Deepavali saja dan semua pelawat diwajibkan mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera.

Mereka yang berusia 12 tahun ke bawah dan warga emas sama sekali tidak dibenarkan masuk. Semasa berada di kuil, jumlah maksimum pelawat yang dibenarkan masuk adalah 30 orang saja pada satu-satu masa.

 

03

Sudah menjadi kebiasaan untuk tradisi ziarah-menziarahi dilakukan pada musim perayaan. Bagaimanapun untuk Deepavali ini, hanya 20 orang saja dibenarkan untuk berada dalam ruang sebuah rumah pada satu-satu masa. Itu juga bergantung kepada saiz ruang kediaman.

Bagi kediaman jenis kondominium dengan keluasan tidak melebih 1,500 kaki persegi, hanya 10 orang ataupun kurang dibenarkan masuk.

 

04

Now, khusus untuk penduduk di kawasan PKPD, we have some bad news for you.

Upacara keagamaan di kuil tidak dibenarkan sama sekali. Tiada sebarang jenis perniagaan dibenarkan untuk beroperasi.

Malah jika kediaman korang dalam kawasan PKPD, tiada orang luar yang dibenarkan untuk masuk bagi menziarahi kecuali isi rumah saja.

*

Tak mengapalah guys kalau korang dalam kawasan PKPD. Harus diingat, kita perlu membiasakan diri untuk melalui norma baharu.

Published by
FZ