Bolehkah Majikan Tolak Gaji Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan? Ini Hak Pekerja Yang Korang Perlu Tahu

Share

Dengan termaktubnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu bermula esok, mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya adakah kemungkinan majikan menolak gaji pekerja untuk sepanjang tempoh tersebut?

Menurut page Job Malaysia di Facebook, bagi mereka yang bergaji kurang dari RM2,000 atau buruh, majikan tidak boleh sama sekali menolak gaji pekerja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula dari 18 hingga 31 Mac nanti.

Ini seperti dicatatkan dalam Seksyen 24 Akta Kerja 1955 yang tidak membenarkan penolakan gaji. Jika ada majikan yang melakukan hal demikian, mereka akan disabitkan kesalahan dan boleh didenda sebanyak RM10,000.

Gambar hiasan

Untuk pengetahuan korang, penolakan gaji hanya boleh dibuat sekiranya;

1. Ada undang-undang khas yang memperuntukkan sedemikian
2. Ketua Pengarah Tenaga Kerja membenarkannya atas permohonan majikan

Akta Kerja 1955 hanya sah kepada pekerja yang memperoleh gaji kurang dari RM2,000 atau buruh tempatan atau asing.

Jika gaji korang melebihi RM2,000, perlu lihat kontrak pekerjaan masing-masing jika ada peruntukan sedemikian untuk menolak gaji semasa krisis, atau majikan akan berunding dengan korang untuk selamatkan perniagaan. Namun, mereka tidak boleh paksa korang jika tiada dalam kontrak.

Diharap penerangan ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan buat korang yang tertanya-tanya sama ada gaji akan ditolak atau tidak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Apa-apa pun, pastikan korang menjaga kebersihan diri dengan selalu mencuci tangan, pakai topeng muka serta gunakan sanitizer. Keep safe guys!

Sumber: Job Malaysia

Published by
Noor Ain Norman