Boneka yang ditakuti kanak-kanak 90an kembali menghantui kamu tahun ini! Trailer baru yang akan membuatkan memori kamu terhadap patung kejam, pasti akan membuatkan kamu gerun bila teringat babak-babak dalam filem-filem sebelum ini.
Chucky yang kembali dengan tajuk iaitu Child’s Play selepas filem pada tahun 2004, Seed of Chucky. Konsepnya masih sama, gemar membunuh orang sesuka hati tanpa belas kasihan, namun penceritaan dan sedikit kelainan terhadap penggunaan boneka ini berubah mengikut peredaran masa kini.
Mengambil nama yang sama dari filem tahun 1988, Child’s Play menceritakan tentang seorang ibu yang membeli patung mainan untuk anak lelakinya sebagai teman pada ulang tahun anaknya tanpa menyedari bahawa patung yang dibeli itu sebenarnya kejam dan jahat sehingga mampu untuk membunuh sesiapa saja.
Filem yang bakal ditayangkan pertengahan tahun 2019 ini dibintangi oleh Gabriel Bateman, Aubrey Plaza, and Brian Tyree Henry.
Walaupun Chucky kembali menghantui peminat di pawagam, namun suara latar kepada patung keji ini, Brad Dourif tidak lagi menyumbangkan suaranya dalam filem ini, ia digantikan dengan Mark Hamill. Berita ini disampaikan oleh Mark sendiri melalui video pada 30 Mac.
Tak kisahlah siapa pun yang memainkan suara Chucky ni, REMAJA tak sabar nak tengok filem ini di pawagam. Siapa pulak dak Chucky ni nak bunuh lepas ni kan?
Syahmi Sazli Diiktiraf FINAS, Bakal Diangkat Sebagai Ikon Pengarah Muda
Selepas kejayaan Mael Totey The Movie, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal mengangkat Muhammad Syahmi Sazli sebagai Ikon Pengarah Muda. Pengiktirafan ini diberi kerana melihat usaha anak muda ini dengan arahan karya pertama filemnya yang berjaya mengutip lebih RM7 juta di Astro First.
Menurut Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid, sebuah majlis apresiasi bagi menghargai individu yang berjaya dalam bidang perfileman negara akan diadakan pada awal tahun hadapan.
Syahmi Sazli dilihat bukan sahaja berjaya dalam usahanya tetapi juga telah mengangkat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk turut sama menjayakan filem tersebut. Pemuda ini telah membuktikan bahawa dia mampu berjaya tanpa meminta bantuan pihak lain, termasuklah FINAS.
Zakaria turut menegaskan bahawa pengarah muda yang lain juga perlu menghasilkan karya yang dikehendaki golongan muda yang bukan hanya tertumpu kepada kisah stereotaip sebaliknya lebih kepada membawa anak muda untuk membina bangsa dan negara menerusi karya mereka.
“Kita tidak mahu berterusan kisah cinta seperti orang kaya berkahwin dengan orang miskin tetapi mesti mempunyai idea bagaimana dapat memberi semangat kepada golongan muda dalam membina negara,” jelasnya lagi.
Syahmi juga memberitahu bahawa dia merancang untuk menghasilkan sebuah lagi filem baru pada hujung tahun hadapan dan akan memulakan penggambaran dijangka pada Mac 2021.
“Kejayaan Mael Totey akan menjadi perangsang kepada saya untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan akan menggunakan pelakon yang sama untuk filem berlatarbelakangkan kehidupan rakyat Kelantan,” katanya.
Syabas kami ucapkan buat Syahmi Sazli dan team produksinya kerana berjaya membuka mata masyarakat Malaysia dengan menghasilkan karya-karya asli yang pastinya mampu menarik perhatian penonton.
Diharap kejayaan anak Kelantan ini dapat memberikan inspirasi kepada ramai lagi anak muda untuk mereka terus berjuang dan tidak berputus asa.
Sumber: BERNAMA
Siti Saleha Tercalon Di Anugerah Drama Antarabangsa Korea 2024!
Aktres jelita, Siti Saleha, telah tercalon menerusi Bintang Asia Terbaik di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 yang bakal berlangsung Rabu ini di Seoul, Korea Selatan.
Menerusi laporan media tempatan, pelakon berusia 34 tahun yang tercalon menerusi naskhah siri asal tonton berjudul SeOfis itu memaklumkan, nama mendapat pencalonan pun sudah umpama kemenangan buat dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN : Siti Saleha Lebih Berhati-Hati ‘Update’ Aktiviti Di Media Sosial
“Pengurus beritahu TV3 dan tonton calonkan nama saya untuk anugerah ini beberapa bulan lalu. Selain saya, ada juga beberapa nama pelakon lain yang turut dicalonkan.
“Masa mula-mula diberitahu, saya susah juga nak percaya. Tapi selepas membuat kaji selidik, barulah saya tahu yang anugerah ini sudah lama wujud.
“Sangat menakjubkan bila nama saya tercalon dalam acara anugerah bertaraf antarabangsa seperti ini. Pemenang berdasarkan undian global peminat menerusi aplikasi Idol Champ,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Muat Naik Gambar Bersama Seorang Jejaka, Inikah Kekasih Siti Saleha?
Menerusi kategori yang sama, barisan pelakon dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura turut dicalonkan.
Kata pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu, dia sentiasa menghargai pencapaian di peringkat luar negara dan menyifatkan peluang sebegitu membuka jalan buatnya terus melebarkan nama pada peringkat antarabangsa.
“Saya melihat pencalonan ini sebagai satu peluang yang besar untuk saya kembangkan lagi bakat lakonan. Walaupun sekadar finalis itu sudah memadai.
“Saya tidak sabar berjumpa dengan semua yang hadir dan beramah mesra serta bergambar kenangan dengan calon dari negara serantau lain,” ujarnya lagi.
Selain SeOfis, filem Doh lakonan bekas Hero Remaja, Syafiq Kyle juga antara drama yang dihantar untuk pencalonan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Siti Saleha & Kosmo!
Fakta Menakutkan! 80% Kanak-Kanak 10-17 Tahun Sudah Tonton Pornografi Secara Sengaja
Adakah fakta ini mengejutkan kita sebagai orang dewasa?
Ada pelbagai jawapan, ya dan tidak atau buat tak tahu sebab bukan ada kaitan dengan kita!
Namun jika dilihat kepada corak perlakuan, tidak mustahil hal ini terjadi.
Semalam, akhbar arus perdana melaporkan hasil kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data amat mengejutkan – kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja.
Sementara hampir 89 peratus daripada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun menjadi mangsa antun dalam talian.
Pengerusi MAP Dr Shamsuriani Md Jamal berkata bagi membanteras kedua-dua isu itu, ibu bapa dinasihat meningkatkan kecelekan internet mereka bagi membantu anak-anak dari gangguan pornografi dalam talian, sedangkan menyekat mereka dari menggunakan internet bukan cara terbaik.
“Ibu bapa diingatkan agar meningkatkan pengetahuan mereka sendiri tentang bagaiman menggunakan internet dengan sempurna dan mewujdukan persekitaran famili yang selamat dari pengaruh pornografi.
“Dalam pada itu ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka agar tidak melayari sebarang ‘iklan’ yang muncul ketika menggunakan internet jika ‘iklan’ itu membabitkan pasaran tidak sopan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Karnival Kesedaran Rakyat di Kuala Lumpur semalam.
Ibu bapa sila pantau, remaja sila berfikir!
Beliau berkata, MAP sedang menawarkan kursus percuma dalam talian di laman web mereka untuk ibu bapa yang ingin mengingkatkan kecelekan internet, dan mempelajari cara bijak menggunakan internet dan bahaya melayari laman pornografi.
Dr Shamsuriani juga menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memantau aktivit anak-anak di laman media sosial serta mewujudkan ‘privacy functions’ dalam akaun mereka bagi menghalng daripada diceroboihi orang-orang yang tidak dikenali.
“Ibu apa perlu mendidik anak-anak untuk mengaktifkan ‘privacy function’ ini dan tidak menerima sebarang ‘permintaan mesra’ dari orang tidak dikenali yang boleh menyamar sebagai mana-mana orang yang mereka mahu,” katanya.
Menurut beliau, antun dalam talian adalah satu bentuk jenayah siber, dalam mana ‘modus operandi’ mereka ialah mewujudkan akaun media sosial palsu dan mereka akan berkawan dengan kanak-kanak dan orang dewasa, selain memaksa mereka mengirim gambar bogel dan dalam senario paling teruk mereka melakukan jenayah sosial dengan cara mengajak kanak-kanak bersiar-siar keluar bersama mereka.
Di sebalik isu ini, reaksi ini bagaimana pun mendapat respon dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang meminta Malaysians Against Pornografi menjelaskan metodologi kajiannya secara terperinci.
Dr Wan Azizah berkata kajian itu perlu menjelaskan metodologi secara terperinci.
“Jelas sekali, hasilnya membimbangkan. Walau bagaimanapun, penemuan harus dijelaskan dari segi bagaimana kajian dijalankan, berapa kecil atau seberapa besar sampelnya? Bagaimana MAP mendapatkan kesimpulan. Bagaimanakah MAP datang kepada keputusan seperti itu? “Katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai laporan media semalam bahawa kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 dan 17 menonton pornografi secara sengaja.
Dr Wan Azizah juga meminta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan sumber-sumber lain mengenai penemuan kajian oleh MAP.
Beliau berkata kementeriannya memberi perhatian serius terhadap kanak-kanak yang terdedah kepada pornografi di ruang siber.
Timbalan Perdana Menteri berkata Kajian Populasi dan Keluarga Malaysia kelima pada tahun 2014 menunjukkan 35.3 individu berusia 13 hingga 24 tahun terdedah kepada pornografi menerusi internet, telefon pintar dan cakera video digital lucah. Kajian ini dijalankan oleh LPPKN setiap 10 tahun.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui LPPKN telah memberi pendidikan kepada ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di ruang cyber melalui Program Kesedaran Keselamatan Anak-Anak dan Keluarga (Peka) di mana ibu bapa diajar cara untuk membantu anak-anak dalam buli siber, seksting dan dandanan dalam talian.
“Pada 2018, 184 program Peka telah dijalankan melibatkan 5,520 peserta dari seluruh Malaysia. Satu lagi program ialah Pekerti yang memberikan pendedahan kepada kanak-kanak dan remaja mengenai seksualiti di mana 779,000 peserta terlibat dalam program tersebut pada penghujung tahun 2018.
“Selain itu, kempen Keluarga Smart Cyber ini bertujuan untuk memastikan masa yang berkualiti dengan keluarga serta menetapkan masa yang sesuai untuk menggunakan alat-alat serta kempen Keluarga Tolak Pornografi (Stop), inisiatif pertubuhan bukan kerajaan,” tambahnya. Dr Wan Azizah. – Bernama
Dalam isu di atas, remaja seharusnya sudah tahu membezakan buruk dan baik kerana sebarang tindakan akan memberi refleks dalam kehidupan di masa depan.