Sudah pastinya semua di luar sana telah pun mula memikirkan pakaian dan aksesori apa yang ingin digayakan untuk lebaran pada tahun ini…
Bertemakan ‘B-Rasa Sayang’, Aidilfitri pada tahun ini jenama ekslusif terkenal, BONIA mengambil inspirasi dari masa lalu dan meneroka kegembiraan nostalgia retro.
BACA LAGI : Cantik Betul! Scha Alyahya Bergabung Semula Dengan BONIA Untuk Detik Bersejarah Jenama Itu
Jenama gaya hidup mewah itu telah melakukan satu kempen raya khas yang menampilkan pelakon jelita tanah air, Amelia Henderson yang merangkum perjalanan indah masa lalu dan meraikan evolusinya ke zaman moden menerusi tema tersebut.
Menampilkan warna-warna perayaan yang berani iaitu royal blue dan burnt orange, Koleksi BONIA x AMELIA menampilkan beg, kasut dan pakaian sedia untuk dipakai pada acara perayaan dan selepas musim Raya mahupun kasual.
Koleksi ini mempunyai rangkaian beg bahu dan sling bags, sweaters, long dresses, sneakers dan heels dalam tiga warna yang pastinya sangat menarik di mata pencinta fesyen.
“Impian saya untuk bekerjasama dengan BONIA untuk lebaran pada tahun ini telah menjadi impian kenyataan.
“Saya salah seorang peminat jenama ini dan sentiasa menjadi peminat dan untuk bekerjasama dalam koleksi yang ‘bergema’ dengan saya adalah sangat istimewa.
“Maka, saya harap peminat akan menyukai karya yang pelbagai ini sama seperti saya!” kata Amelia Henderson.
K O L E K S I :
Amelia Petite Sling Bag
Amelia Small Shoulder Bag
Amelia Sneakers Outdoor staples
Amelia Sandals
Amelia Vasco Women’s Dress Raya glamour
Amelia Cotton Women’s Sweatshirt
Bagi yang tidak mengetahui Amelia, bintang cantik ini adalah seorang yang bersedahana ataupun ‘simple’ sahaja apabila di luar. Berkongsi kepada Remaja, antara koleksi yang paling ‘favourite’ dan mendapat tempat di hati pelakon naskhah Kisah Cinta Kita adalah Amelia Cotton Women’s Sweatshirt.
Sekadar informasi, BONIA ditubuhkan pada tahun 1974. BONIA ialah jenama gaya hidup dengan engan koleksi beg, aksesori, kasut, jam tangan, cermin mata dan rangkaian gaya hidup yang semakin bertambah, setiap ciptaan direka untuk dicintai dan bertahan teman seumur hidup. Jenama terkini boleh diterokai di bonia.com
.Koleksi #BONIAXAMELIA boleh didapati di butik BONIA dan dalam talian mulai 26 Mac 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.