Ramai yang menanyakan ada apa dengan tarikh tersebut kepada penulis. Uh nothing much, kecuali barangan edisi terhad Billie Eilish X Bershka akan mula dijual!
Billie bukanlah nama asing di kalangan peminat muzik tempatan dan antarabangsa. Sejak melancarkan album debut Ocean Eyes dan menghadiahkan peminat dengan album penuh, When We All Dall Asleep, Where Do We Go?
pada Mac tahun ini, Billie telah menjadi nama fenomena di carta Billboard 200 dan carta lain di seluruh dunia.Sehingga kini, sebanyak 15 BILION online streaming telah dicatatkan oleh penyanyi berusia 17 tahun ini menerusi album barunya itu.
Selain popular dengan genre muzik dan suara uniknya, Billie juga mempunyai stail berfesyen tersendiri. Dia selalu memilih pakaian jenis oversized agar peminat tidak mengadilinya berdasarkan bentuk badan ideal tetapi berdasarkan bakat serta kreativiti menghasilkan muzik.
Kini korang pun boleh kelihatan seperti Billie apabila Bershka bakal melancarkan koleksi istimewa dengannya dalam masa 3 hari saja lagi.
Koleksi ini mempunyai saiz sehingga XXL, adalah uniseks agar lelaki mahupun perempuan boleh memakainya dan mempunyai rekaan grafik yang sinonim dengan gaya Billie sendiri.
Seriously, hoodie dan tracksuit yang ada memang WAJIB korang miliki. Untuk setiap pembelian , korang juga boleh dapatkan sekali tote bag istimewa When We All Dall Asleep, Where Do We Go?
So jangan lepaskan peluang untuk grab sebanyak mungkin merchandise okay!