Boom! Temui Tun M Di Masjid, Netizen Puji Adab Azmin Ali Pada Hari Mulia

Share

 

Salam Aidiladha buat kita semua!

Satu perayaan yang amat bermakna buat umat Islam di seluruh dunia kerana ia membabitkan kepercayaan kita kepada agama, sejarah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang cukup agung diceritakan di dalam kitab suci dan tentunya kerana ia merupakan sebahagian daripada ibadah yang termaktub dalam rukun Islam yang lima.

ARTIKEL BERKAITAN: Pahala 2-in-1 Pada Aidiladha Tahun Ini

Semasa umat Islam di Malaysia terlebih dahulu menunaikan solat sunat Aidiladha pada sebelah pagi tadi, REMAJA tertarik dengan keberadaan dua orang pemimpin negara ini di Masjid Putra, Putrajaya.

Meskipun kini berbeza fahaman politik, Tun Dr Mahathir Mohammad dilihat tidak mempunyai isu untuk berjalan beriringan dengan Datuk Seri Azmin Ali semasa sedang bergerak pulang dari ruang solat Masjid ke kenderaan rasmi beliau.

Malah, Azmin Ali dilihat setia mengiringi beliau hingga ke penghujung sebagai tanda hormat.

Walaupun tidak bersalaman tangan kerana SOP pada musim PKPP ini, namun ‘gesture’ yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak adalah sesuatu yang positif untuk dilihat oleh rakyat.

Ini adalah sesi live yang sempat dirakam oleh rakan media MGTV di Youtube.

Beliau sendiri telah memuat naik tweet dengan gambar yang lebih jelas.

Antara yang memuji tindak-tanduk Azmin Ali itu termasklah @ainmohamed yang merasakan beliau masih tahu untuk mempamerkan adab apabila bersebelahan dengan Tun Mahathir disebabkan rasa hormat dan perbezaan usia di antara mereka berdua.

@HasbullahMaon pula ingin kita ingat semula bahawa ini adalah keindahan yang agama Islam minta kita pamerkan. “Walaupun berbeza pendapat, tetapi bila menyembah Allah yang satu, mereka boleh bersama.”

Muhammad Hatta Tabut pula menyifatkan bahawa Allah tetap yang berkuasa walaupun manusia ‘berebut setengah mati’ mengenai perihal dunia.

Jom lihat beberapa lagi respon netizen kegemaran REMAJA di dalam ruang komen.

 

Pesanan Khutbah Solat Jumaat

Bagi korang yang berada di negeri lain, penulis suka untuk menyentuh serba-sedikit mengenai intipati khutbah yang dibacakan oleh khatib di Selangor pada hari ini.

Ia menyentuh mengenai persaudaraan kita sesame umat Islam. Hhm, seakan mirip dengan situasi yang telah kita lihat di Masjid Putra ini.

Mereka berdua pernah ‘bersatu’ satu masa dahulu..

Antara lainnya, khatib berkata seteruk mana pun pertelingkahan yang tercetus di antara dua pihak, akhirnya kita perlu ingat bahawa kita hadir dari rumpun yang sama dan agama yang sama.

Oleh itu, sebagai saudara seagama kita perlu berpegang teguh kepada kepercayaan yang lebih utama iaitu agama kita sendiri sebelum berpegang kepada kepercayaan lain yang lebih bersifat keduniaan.

*

Semoga tindak-tanduk yang ditunjukkan kepada khalayak ramai di antara Tun Mahathir dan Datuk Seri Azmin Ali boleh dicontohi oleh pemimpin politik lain yang telah menunjukkan tingkah laku yang tidak sepatutnya dalam linkungan perbahasan di Parlimen.

 

Published by
FZ