
Kumpulan Blackpink sekali lagi telah mencatatkan rekod peribadi apabila mencapai kejayaan yang membanggakan di saluran YouTube.
Muzik video BOOMBAYAH yang dilancarkan pada 8 Ogos 2016 pada jam 8 malam waktu Korea telah pun melepasi 1 billion tontonan di YouTube pada kira-kira jam 8.25 pagi waktu Korea pada 13 Oktober 2020. Ini bermaksud muzik video ini memerlukan masa selama sekitar 4 tahun dan 12 jam untuk mencapai jumlah tontonan tersebut.
BOOMBAYAH adalah muzik video ketiga Blackpink yang mencapai 1 billion tontonan mengikuti DDU-DU DD-DU dan Kill This Love. Walaupun muzik video BOOMBAYAH mengambil masa yang agak lama untuk mencapai 1 billion tontonan berbanding dua lagu mereka yang lain, namun difahamkan Blackpink merupakan satu-satunya selebriti Korea dengan tiga muzik video yang mencapai kejayaan dan BOOMBAYAH adalah muzik video debut K-Pop yang mendapat lebih daripada 1 billion tontonan di YouTube.
Kejayaan ini turut diraikan oleh para peminat mereka dan rata-ratanya mengucapkan tahniah buat kejayaan yang dicapai oleh kumpulan K-pop wanita popular ini.
Tahniah Blackpink!
Sumber: Soompi
Duo Adik Beradik Bella dan Didi Astillah Lancar Single Duet Baru Dengan Semangat Positif

Meskipun mendapat sorotan publik baru-baru ini, Bella Astillah dan Didi Astillah, pasangan saudara, tidak terpengaruh dan mampu meneruskan aktiviti seni mereka dengan melancarkan single duet berjudul Bermanja-Manja.
Sebelum ini, pasangan adik-kakak ini telah menarik perhatian dengan lagu mereka di zaman kanak-kanak dan dikenali sebagai Adik-Adik Mutiara. Kini mereka kembali bersatu untuk menyumbangkan suara mereka dalam lagu tema untuk sebuah drama mereka iaitu Leha, Leya Lawa.
Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, menyatakan bahawa mereka merasa teruja diberi kesempatan untuk menyanyikan lagu Bermanja-Manja yang bakal menjadi lagu tema drama berkenaan.
“Ini adalah lagu yang ceria, dengan lirik yang mudah difahami dan suasana yang santai, yang membuat kami berhasil merakam lagu ini hanya dalam waktu dua jam tanpa tekanan berlebihan”
“Proses rakaman juga berjalan lancar berkat kerjasama dengan Mas Dewangga, yang sangat membantu dan memberikan banyak idea. Kami senang bekerja dengannya,” katanya.
Kedua adik beradik ini sering berkomunikasi untuk membahas lagu ini dan menurut mereka, proses berkolaborasi juga lebih mudah kerana mereka saling memahami satu sama lain.
“Kami berharap lagu Bermanja-Manja dapat diterima oleh pendengar, baik di Malaysia mahupun di luar negara. Kami berharap lagu ini menjadi trend di TikTok,” tambah Bella.
Lagu Bermanja-Manja diproduksi oleh Alternate Records & Talents ini membawakan genre Bubble Pop dan merupakan hasil dari kolaborasi antara Mas Dewangga dan Jova Devito sebagai komposer dan penulis lirik.

Mas Dewangga berkata, genre ini dipilih kerana sesuai dengan karakter ceria Bella dan Didi, ditambah pula suara mereka yang unik. Dia juga mengungkapkan kepuasannya dengan kerjasama mereka selama sesi rakaman.
Dalam pada itu, dia juga berharap agar lagu ini dapat diterima baik oleh pendengar kerana ia amat bersesuaian dengan semua orang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Isteri Jadi Bahan Lawak, Will Smith Naik Angin & Tampar Chris Rock Di Pentas Oscars

*Awkward*
Suasana anugerah berprestij, Oscars 2022 yang berlangsung pagi ini terus bertukar muram susulan insiden pelakon Will Smith menampar pelakon komedi, Chris Rock di atas pentas sewaktu Chris sedang menyampaikan anugerah bagi kategori Dokumentari Terbaik.
Chris difahamkan sedang menyampaikan monolog dan seperti kebiasaan, cuba menyelitkan unsur lawak. Kali ini, pasangan Will Smith iaitu Jada Pinkett Smith yang menjadi ‘mangsa bahan’ Chris. Katanya, Jada wajar diambil berlakon dalam filem G.I Jane disebabkan rupa kepalanya yang telah dicukur.

Jada membuat reaksi rolling eyes manakala Will pada mulanya seperti cuba ingin ketawa bersama penonton lain kepada jenaka Chris. Bagaimanapun, apabila dia melihat wajah Jada seakan terkesan dengan komen tersebut, Will serta-merta naik ke atas pentas dan menampar Chris Rock.
Penonton di Dolby Theatre asalnya berpendapat ia sekadar sketsa yang dirancang oleh Chris dan Will. Bagaimanapun, teriakan Will dari tempat duduk sebanyak dua kali berbunyi, “Keep my wife’s name out of your ******** mouth!” membuatkan semua tersedar ini bukanlah sebuah sketsa.
IT . IS . REAL.
Untuk pengetahuan, Jada Pinkett Smith secara terbuka berkongsi mengenai keadaan kesihatan beliau yang dipanggil sebagai Alopecia. Keadaan tersebut telah mendesak dirinya mencukur kepala sehingga botak.
ARTIKEL BERKAITAN : Imej ‘Berhijab’ Jada Pinkett Tarik Perhatian Dunia – REMAJA
“Mama’s gonna have to take it down to the scalp so nobody thinks she got brain surgery or something. Me and this alopecia are going to be friends … period!”
Biarpun selalu bersikap positif, perasaan Jada serba sedikit tentulah terkesan dengan jenaka yang dibuat oleh Chris Rock ini memandangkan jutaan penonton di seluruh dunia berada di hadapan kaca televisyen dan mendengar Chris memersendakan imejnya itu.
Bagi penonton di Amerika Syarikat, audio sewaktu insiden tersebut berlaku sempat dipadamkan oleh pihak produksi 10 saat sebelum ia disiarkan secara langsung. Bagaimanapun, klip sebenar yang dirakam daripada siaran di negara lain telahpun tular di media sosial.
Susulan insiden terbabit, pemenang kategori Dokumentari Terbaik iaitu Questlove untuk dokumentari berjudul Summer of Soul enggan memberikan komen mengenai apa yang terjadi. Satu klip yang sempat dirakam oleh penonton dari tempat duduk atas pula menunjukkan Tyler Perry dan Denzel Washington cuba menenangkan Will Smith sewaktu segmen iklan.
Following the moment in which Will Smith seemingly slapped Chris Rock at the #Oscars, Smith is comforted by Tyler Perry and Denzel Washington. He appears to wipe away tears before rejoining his wife pic.twitter.com/TyXPQe1WGY
— The Hollywood Reporter (@THR) March 28, 2022
P.Diddy aka Sean Combs naik ke atas pentas selepas itu dan cuba menenangkan keadaan dengan berkata, “Will dan Chris, kita akan selesaikannya seperti sebuah keluarga di Gold Party (selepas Oscar tamat).” Will dan Jada jelas kelihatan lebih tenang dan sudah boleh tersenyum.
Sean Combs addresses that wild Will Smith and Chris Rock moment at the #Oscars: “Will and Chris, we’re gonna solve that like family at the Gold Party.” pic.twitter.com/5r6WHHBdeE
— Variety (@Variety) March 28, 2022
Tidak lama kemudian, Will diumumkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik bagi filem King Richard. Menerusi ucapannya, Will menyebut bahawa Denzel telah berpesan, “Pada waktu di mana kamu berada di puncak kejayaan, berhati-hatilah, itulah masa kejahatan akan menghampiri kamu.”
Haih, bukan Oscar lah namanya jika tidak diselubungi kontroversi.
BACA LAGI : Pemenang Oscars Korea Diberi Soalan Merepek, Warganet Persoal Kebijaksanaan Wartawan Hollywood – REMAJA
Adakah korang bersetuju dengan tindakan Will Smith mempertahankan isterinya ini ataupun korang rasakan ia keterlaluan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mochi Soya Pula! Daboba Perkenal 5 Perisa Baru Inspirasi Kuih Dari Jepun

Nampaknya demam ‘bubble tea’ atau boba masih belum reda, malah makin ‘mengganas.’
Umum semua tahu, Mochi atau kek beras Jepun, adalah salah satu makanan kegemaran dan tradisional Jepun.
Sekarang bayangkan Mochi ditransformasikan kepada minuman .
Pelik? No, korang kena cuba dulu baru tahu. Terbaru, jenama minuman yang popular dengan grafik beruang iaitu Daboba telah melancarkan 5 perisa baru berasaskan soya.
Bayangkan minuman korang ada Roll Mochi dan dikelilingi dengan cheese foam. Fuhhh…Wow, interesting!
Remaja sendiri mencuba Daboba Mochi Soya baru-baru ini. Seriously, it’s not bad at all!
Psst! Mochi Soya ni ada 5 perisa seperti:
1. Mochi Pearl Peanut Soya
2. Roasted Brown Sugar Pearl Peanut Soya
3. Brown Sugar Pearl Soya
4. Honey Golden Pearl Soya
5. Roasted Brown Sugar Pearl Soya
Penggemar Daboba kini boleh ‘menikmati’ aroma manis minuman Mochi Pearl Peanut Soya, Roasted Brown Sugar Pearl Peanut Soya, Brown Sugar Pearl Soya, Honey Golden Pearl Soya dan Roasted Brown Sugar Pearl Soya di mana sahaja mereka pergi mulai 10 Julai 2020.
So apa tunggu lagi, cepat tag lah member korang yang suka sangat minum bubble tea ni 😋 Siapa yang kena tag, dia lah yang kena belanja 😏