Kumpulan Blackpink sekali lagi telah mencatatkan rekod peribadi apabila mencapai kejayaan yang membanggakan di saluran YouTube.
Muzik video BOOMBAYAH yang dilancarkan pada 8 Ogos 2016 pada jam 8 malam waktu Korea telah pun melepasi 1 billion tontonan di YouTube pada kira-kira jam 8.25 pagi waktu Korea pada 13 Oktober 2020. Ini bermaksud muzik video ini memerlukan masa selama sekitar 4 tahun dan 12 jam untuk mencapai jumlah tontonan tersebut.
BOOMBAYAH adalah muzik video ketiga Blackpink yang mencapai 1 billion tontonan mengikuti DDU-DU DD-DU dan Kill This Love. Walaupun muzik video BOOMBAYAH mengambil masa yang agak lama untuk mencapai 1 billion tontonan berbanding dua lagu mereka yang lain, namun difahamkan Blackpink merupakan satu-satunya selebriti Korea dengan tiga muzik video yang mencapai kejayaan dan BOOMBAYAH adalah muzik video debut K-Pop yang mendapat lebih daripada 1 billion tontonan di YouTube.
Kejayaan ini turut diraikan oleh para peminat mereka dan rata-ratanya mengucapkan tahniah buat kejayaan yang dicapai oleh kumpulan K-pop wanita popular ini.
Tahniah Blackpink!
Sumber: Soompi