Februari lalu, gempar sebentar dunia media sosial setelah usahawanita terkenal, Dato Seri Vida (DSV) mengumumkan pembantu peribadi (PA) baharunya untuk menggantikan Iqbal Zulkefli sebelum ini.
Daripada banyak-banyak permohonan yang diterimanya, individu yang terpilih itu tidak lain tidak bukan ialah Qushayry. Juga dikenali sebagai Abang Qu, DSV mendedahkan bahawa gaji PA barunya itu mencecah angka RM10,000! Fuh, lumayan betul.
Setaraf dengan gaji tersebut, tentulah harapan DSV terhadap Qu melangit tinggi. Justeru, REMAJA tertanya-tanya sekiranya sukar atau tidak apabila menyandang gelaran PA kepada wanita kental itu?
Pada kesempatan untuk bersama Qu di sesi siaran langsung Remaja Youth Talk sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2022, Qu mengulas mengenai cabaran yang dihadapi.
“Cabaran sejak diumumkan sebagai pembantu peribadi Dato Seri Vida.. saya rasa cabarannya normal saja. Biasalah bila orang berkata-kata sebab semua orang ada pendapat masing-masing.
“Yang cakap positif ada, yang negatif pun ada. Kalau bab negatif itu, jika tak dibaca maka ia tak menganggu pemikiran saya. Saya cuma cari sudut yang baik dan positif saja dari ruangan komen,” jawabnya dengan tenang.
Seperkara lagi yang mencuit hati kami adalah apabila lelaki berusia 26 tahun ini menyentuh mengenai cabaran menetapkan waktu bekerjanya.
“Saya sejenis yang bangun awal manakala Dato Seri Vida pula akan terjaga pada tengah malam untuk melakukan siaran live. Agak mencabar juga pada awalnya untuk saya sesuaikan dengan masanya itu.
“Pagi saya sudah sibuk dengan kerja-kerja yang ada. Hanya pada sebelah petangnya, saya akan bertemu Dato Seri Vida untuk sesi live dan sebagainya,” katanya.
Bercakap mengenai Hari Wanita Sedunia, Qu merasakan setiap hari itu seharusnya disambut dengan membuatkan wanita dalam hidup kita merasa istimewa. Qu memandang golongan wanita sebagai figura yang kental semangat dan pemikirannya. Mengambil contoh ibu sendiri dan rakan-rakannya, setiap wanita itu baginya mempunyai karakteristik yang berbeza. Dato Seri Vida baginya juga tiada bezanya.
“Beliau adalah seorang yang kita tidak boleh nak jangka apa yang akan dilakukannya.
“Idea pemasaran (marketing) yang tular bukanlah sesuatu yang kita rancang. Content berlaku secara spontan. On the spot, kami buat keputusan untuk lakukan sesuatu.
“Seperkara lagi mengenai Dato Seri Vida adalah beliau membawa satu arus baharu yang orang lain tak pernah buat. Wave itu besar sehinggakan satu Malaysia boleh sukakannya. Lelaki atau wanita boleh tersentuh, sehinggakan ke luar negara sekalipun (tahu mengenai projek DSV).”
ARTIKEL BERKAITAN : Gimik Solekan, 8 Persalinan Unik & Cameo PA Sado Menjadi! ‘Ku Ikhlaskan’ Catat 1 Juta Tontonan – REMAJA
Orang selalu mengatakan bekerja dengan bos wanita boleh menjadi pengalaman yang agak menakutkan berikutan sifat mereka yang kadangkala cerewet. Betul ke Qu?
“(Fikir sebentar) Saya faham bila kita menjadi majikan (bos), kita hendakkan sesuatu yang sempurna lebih-lebih lagi jika beliau ialah seorang wanita. Saya juga sukakan perfection.
“Tapi kadang-kadang adalah benda-benda kecil yang jadi ‘tak kena’. Dengan beliau, kita fahamlah.. wanita kan? Wanita punya karakteristik macam mana, agak cermat dan teliti. Saya tak nak sebut cerewet tapi beliau teliti,” akuinya.
Apapun, kemunculan Qu dalam video muzik terbaru DSV berjudul Ku Ikhlaskan telah mencuri tumpuan peminat. Katanya, watak Qu dalam video tersebut menggambarkan PA lama beliau, Iqbal setelah mereka kecundang dalam kisah cinta yang dicanang kepada masyarakat.
Hhm, korang decide-lah sendiri dengan menonton video tersebut di bawah.
BACA LAGI : Lagu Ku Ikhlaskan DSV Jadi Parodi Di Laman TikTok – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.