Pengumuman senarai lagu yang layak ke separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37) telah mendapat reaksi bercampur-baur daripada peminat yang mengundi lagu kegemaran mereka sepanjang setahun lalu.

Antara yang paling diperbualkan di ruangan komen media sosial adalah mengenai pertukaran penyanyi lagu Berakhirlah Pencarianku.

Gandingan asal lagu itu, Ernie Zakri dan Hafiz Suip telahpun ditukar dengan gandingan yang lebih muda iaitu Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq. Masing-masing juga masih belum berpengalaman ke pentas Anugerah Juara Lagu sebelum ini.

“Bos Kata, Awak Kena Nyanyi SFMM37..” Wani Kayrie Bersedia Bawa Lagu ‘Berakhirlah Pencarianku’?
Wani Kayrie bersama Ahmad Shafiq (kiri) dan komposer lagu Berakhirlah Pencarianku, Ikhwan Fatanna.

Pertukaran ini telah mengejutkan ramai pihak terutamanya dalam kalangan peminat Ernie Zakri yang berharap agar Ernie yang akan membawakan lagu tersebut menuju ke pentas akhir.

Menjawab persoalan mengapa dirinya yang menggantikan Ernie Zakri; Wani, 22 tenang dan tampil bersedia dengan apa-apa pendapat yang dilontarkan oleh warganet kepadanya.

Keputusan ini katanya hadir daripada pihak label sendiri iaitu Rocketfuel Entertainment dan Nova Music yang bertanggungjawab di sebalik produksi lagu Berakhirlah Pencarianku. 

“Memang sedikit tergesa-gesa juga. Label minta Wani bagi voice note nyanyi. Wani pun pelik juga (tapi) Wani nyanyi sajalah.

Ads

“Sekali bos kata, awak kena nyanyi di separuh akhir Muzik-Muzik (dan Wani mendapat tahu mengenainya) kurang dua minggu sebelum bertanding.

“Tapi ada masa lagi nak ke 25 haribulan, insyaAllah. Selepas ini kami berharap untuk berjumpa dengan abang Hafiz Suip dan kak Ernie Zakri untuk kami berbincang sekali lagi dan mendapatkan nasihat,” katanya Wani sewaktu ditemui rakan media.

“Bos Kata, Awak Kena Nyanyi SFMM37..” Wani Kayrie Bersedia Bawa Lagu ‘Berakhirlah Pencarianku’?

Bercakap soal jangkaan peminat yang ingin melihat lagu Berakhirlah Pencarianku itu berjaya dibawa ke pentas AJL, Wani berkata mereka akan melakukan persediaan secukupnya sambil mendapatkan nasihat secukupnya daripada gandingan asal lagu tersebut.

Ads

“Ini kali pertama kami jejakkan kaki ke separuh akhir Muzik-Muzik. Jadi Wani perlukan nasihat mereka dan persiapan itu insyaAllah kita buat minimal tetapi tetap memberikan sehabis baiklah, tentunya.

“Setakat ini Wani boleh kata range kami lebih kurang. Kak Ernie pun pernah menjadi guru vokal Wani sekejap dan dia pun tahu range saya/ Cuma untuk lagu ini, kemampuannya terletak pada head voice yang soft manakala suara Wani pula besar.”

“bagi membawakan lagu Berakhirlah Pencarianku ini, Wani perlu menambah teknik dari segi melembutkan suara kerana Wani pun tidak hendak merosakkan lagu orang.”

“Cuma Wani tidak mahu menjadi Ernie Zakri nombor dua. Ada beberapa perkara yang Wani perlu seimbangkan. Susah sebenarnya tetapi Wani akan cuba yang terbaik,” komennya.

Ads

“Bos Kata, Awak Kena Nyanyi SFMM37..” Wani Kayrie Bersedia Bawa Lagu ‘Berakhirlah Pencarianku’?

Apapun, all the best kepada Wani Kayrie dan Ahmad Syafiq!

SFMM37 akan dilangsungkan selama dua hari di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 25 dan 26 November ini bermula jam 3 petang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI