Bosan Asyik Pergi ‘Mall Je’? Jom Singgah Festival Lampu Terbesar Di Malaysia, Luna Lights Wonderland!

Share

Sama ada bunga api di langit atau papan tanda neon di kafe, ada sesuatu tentang paparan cahaya yang baik yang membuatkan kita asyik terpukau.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembatalan Baki 2 Hari Good Vibes Festival 2023, Bayar Ganti Rugi Kepada Pembeli Tiket – Fahmi Fadzil

Jika ini menggambarkan diri kamu juga, anda mungkin boleh luangkan masa memandu perjalanan selama sejam dari Kuala Lumpur ke Seremban. Luna Lights Wonderland, festival lampu terbesar di Malaysia, dihoskan di lokasi tersebut bermula 25 Ogos hingga 24 September 2023.

Pesta lampu magikal ini membolehkan anda melangkah ke alam ajaib yang mempesonakan dengan lima zon bertema – termasuk zon galaksi yang lengkap dengan bulan dan planet gergasi.

Luna Lights Wonderland, terletak di Taman Tasik Seremban, adalah festival lampu luar terbesar di Malaysia. Dengan bantuan lebih 850,000 lampu LED dan paparan mempesonakan yang menerangi disediakan di seluruh ruang taman, pengunjung pasti akan terpesona semasa melawat festival ini.

Melepasi skala Festival Cahaya Putrajaya yang turut sama memukau, Luna Lights Wonderland mendapat tempat dalam Malaysia Book of Records sebagai festival lampu terbesar di negara ini. Woww!

Salah satu paparan cahaya pertama sekali yang anda akan disambut di sini ialah terowong LED yang terbentang sepanjang 50 meter. Tidak perlu dipertikaikan lagi, festival ini mempunyai banyak sudut yang sesuai untuk foto, dan terowong ini hanyalah salah satu daripadanya.

Untuk makluman, tiket ke festival ini berharga RM15/dewasa dan RM8/kanak-kanak. Anda boleh membeli tiket di kawasan festival, yang dibuka setiap hari kepada orang ramai dari jam 7 malam hingga 12 malam.

Sesuai dengan namanya sebagai festival lampu terbesar di negara kita, Luna Lights Wonderland membolehkan anda bersiar-siar melalui lima zon bertema yang menawan, setiap satu dilengkapi dengan paparan uniknya sendiri.

Sorotan di sini ialah zon galaksi, yang mempamerkan misteri kosmos. Terpesona dengan replika bulan dan planet, serta angkasawan yang diterangi pasti membuatkan anda berasa seperti diangkut ke angkasa lepas.

Seterusnya ialah zon bertemakan akuarium, tempat hidupan laut dan paparan bercahaya menampilkan ciri-ciri bawah air turut boleh ditemui.

Terdapat juga zon haiwan yang pasti dinikmati oleh keluarga yang mempunyai anak kecil, dengan lebih banyak paparan haiwan boleh ditemui di sini.

Bagi pasangan yang mencari idea untuk bertemu janji, terdapat paparan hati dan sayap malaikat yang romantik lengkap dengan perkataan “Only One”.

Zon Hutan merupakan zon terakhir di mana anda boleh melangkah ke dalam hutan yang diterangi dengan pepohonan dan bunga hidup dengan simfoni lampu.

Tempat: Taman Tasik Seremban, 30, Jalan Keliling, 70100, Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh: 24 Ogos – 25 September 2023
Masa: 7pm-12am, Setiap hari
Hubungi: 019-918 6989 | Facebook Luna Lights Wonderland

BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Facebook Luna Lights Malaysia

Published by
Adriana Syaurah