Bosan Dengan Island Hopping? 5 Aktiviti Dalam Hutan Ni Boleh Korang Lakukan Di Sabah

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Bila sampai masa nak buat itenarari bercuti di Sabah, mesti korang selalu nampak ‘Island Hopping’ kan?

 

BO – RING. Ya, kawasan pantai dan laut di Taman Laut Tunku Abdul Rahman di Kota Kinabalu Sabah sememang cantik dan sesuai untuk dilawati seisi keluarga. Ada aktiviti snorkelling, berkanu atau rehat malas di tepi pantai, memang havenly!

Namun, kalau dah masuk 3-4 kali korang bercuti di Sabah dan masih hendak ke sana, tak ke bosan weh?

Apa kata untuk musim cuti kali ini, korang cuba twist sikit perancangan dan lawati 5 kawasan hutan di Sabah pula. Selain daripada kehijauan dan rasa damai yang masih tak diterokai dek pembangunan melampau, 5 lokasi ini juga masih kekal misteri di kalangan ramai pelancong. Koranglah antara ‘yang terpilih’ untuk ke sana, cewah.

Jom tengok mana satu yang paling best.

 

01

Maliau Basin

Sering digelar sebagai ‘Lost World’ di Sabah, Maliau Basin ialah salah satu kawasan liar yang masih belum diduduki oleh sesiapaun di dunia. Ia mempunyai salah satu air terjun paling deras dan mungkin juga yang tercantik di Malaysia iaitu Air Terjun Malibu tujuh tingkat.

Di Maliau Basin, ranger hutan boleh membawa kamu untuk menyaksikan spesis yang kian pupus seperti badak sumbu Sumatra, harimau bintang dan beruang Malaya. Banyak benda nak buat sehingga korang perlukan 3 – 4 hari di sini.

 

02

Gunung Trusmadi

Pada ketinggian 264 meter di atas paras laut, Gunung Trusmadi ialah puncak gunung kedua tertinggi di Sabah.

Bagaimanapun, trek laluan untuk ke puncaknya sama sukarnya seperti mendaki Gunung Kinabalu. Hiker perlu mendaki laluan berbatu curam dengan bantuan tali. Kalau nak cekap dan yakin dengan kekuatan diri, susahlah juga untuk korang bertahan sehingga ke puncak.

Namun bila sudah sampai ke puncak, korang pasti rasa BERBALOI semua susah payah pendakian tadi.

 

 

03

Taman Banjaran Crocker

 

Tersenarai sebagai tapak UNESCO, Banjaran Crocker cukup popular dengan kekayaan biodiversiti flora dan faunanya. Memang out-of-the-world lah pemandangan di sana. Korang boleh memilih di antara beberapa pakej tidur malam di sini.

Antaranya termasuklah ekspedisi Salt Trail, pendakian Gunung Alab dan tinggal di perkampungan tradisional Dusun. Selain melihat kekayaan sumber hijau hutannya, Taman Banjaran Crocker juga adalah lokasi popular untuk meninjau spesis burung di Borneo seperti Burung Jambul (Bornean Britlehead) dan Burung Murai Hitam (Bornean Black Magpie),

 

 

04

Lembah Danum

Pencinta alam semula jadi semuanya ingin ke Lembah Danum kerana ia adalah habitat utama kepada 500 spesis mamalia, burung, reptalian dan amfibian.

Selain itu, korang berpeluang untuk melihat sendiri kawasan pengebumian asli Kadazandusun yang jarang sekali ditunjukkan di media mainstream. Pada waktu pagi pula, sambil berbaring di atas buaian hammock, nikmati pemandangan matahari terbit dari Bukit Atur.

 

 

05

Orou Sapulot

Ni memang RARE.

Di Orou Sapulot, korang boleh mendaki puncak batu kapur setinggi 800 kaki. Juga dikenali sebagai Batu Punggul, jangan terlepas untuk melihat bahagian dalam gua mysterious

di sana.

Kalau tak berapa sukakan aktiviti hiking, why not korang naiki bot panjang tradisional di sungai semulajadi. Ambil selfie banyak-banyak tau di atas bot!

 

* * * * *

 

Nak cuba pergi tapi macam takut-takut? Mungkin sebab korang tak familiar lagi dengan 5 kawasan di Sabah ini. Apa kata korang tonton dahulu rancangan Law of the Jungle in Sabah di saluran ONE HD (Astro 393) bermula 31 Julai (Selasa) ini pada jam 11 malam.

Hos dan ketua, Kim Byung Man akan membawa beberapa selebriti Korea Selatan untuk sama-sama menjelajah 5 kawasan yang REMAJA sebutkan tadi dan banyak kawasan lain yang cukup eksotik.

Selamat bercuti dan menonton!

 

Published by
FZ