Bosan Dengan Lokasi Pelancongan Yang Sama? Ini Lima Lokasi Sejarah Di Malaysia Yang Boleh Anda Kunjungi.

Share

Malaysia sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam flora dan fauna. Buktinya apabila tahun ini rakyat tidak boleh mengembara ke luar negara, ramai yang mencari lokasi tempatan untuk melancong. Dari lokasi hutan lipur, pulau dan pantai yang dahulunya tidak popular, kini menjadi popular dek penangan pandemik Covid-19.

Namun tahukah anda selain lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ini, negara kita sebenarnya kaya dengan lokasi bersejarah yang boleh mengajar anda tentang tamadun di Malaysia? Kalau nak tahu, jom penulis senaraikan lima lokasi menarik untuk anda ketahui. Dan siapa tahu mungkin ini bakal menjadi lokasi anda untuk cuti-cuti di dalam negara selepas ini.

Lembah Bujang

Merupakan sebuah tempat bersejarah, ribuan tahun dahulu Lembah Bujang merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di antara utara Gunung Jerai dan selatan Sungai Muda di Kedah. Kedudukan yang strategik ini menjadikan ia sebuah lokasi yang sesuai untuk tujuan pembangunan ekonomi suatu ketika dahulu.

Sumber gambar: Candi Lembah Bujang via haikaldanial66.blogspot.com

Terdapat lebih 17 candi di lembah bujang sebelum candi nombor 11 dimusnahkan ole pemaju. Kini kalau anda mahu melawat lokasi ini anda boleh ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah. Isn’t it great

for us untuk belajar tentang tamadun lampau yang menyumbang kepada pembangunan tamadun manusia hari ini?

Kota Belanda

Terletak di Pulau Pangkor, Perak. Kota Belanda atau nama popular, Dutch Fort dibina pada tahun 1670 sebagai Gedung menyimpan bijih timah dilombong di negeri Perak. Pada masa kota ini dibina Belanda sudah menjajah Melaka Ketika itu yang mana mereka meluaskan kekuasaan mereka demi mengeksploitasi industri perdagangan bijih timah. Mengikut maklumat, kubu ini padamulanya diperbuat dari kayu namun dibina semula dengan batu bata demi mengukuhkan struktur.

Sumber gambar: Kota Belanda via tigerrock.info

Pada tahun 1690, orang Melayu di bawah perintah Panglima Kulup memusnahkan bangunan ini sebagai tentangan terhadap penguasaan Belanda di dalam ekonomi bijih timah di Perak. Namun begitu, ia dibina kembali dan dikawal rapi dengan askar. Kalau dihitung, usia kota ini dah hamper 400 tahun! Semestinya satu tinggalan sejarah yang tidak sia-sia untuk kita dalami dan menghirup sedikit sisa perjuangan orang dahulu kala dibawah cengkaman kuasa luar.

Istana Bandar
Nak lokasi OOTD yang menarik? Bolehlah anda melawat Istana Bandar atau pun dikenali sebagai Istana Alauddin yang terletak di Banting, Selangor. Kalau nak tahu Istana Bandar dibina lebih 100 tahun yang lalu dan menjadi lokasi bersemayam Sultan Sultan Alauddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Musa yang merupakan Sultan Selangor kelima.

Sumber gambar: Istana Bandar via thestar.com.my

Istana ini dibina pada tahun 1899 di atas tanah seluas lima hektar dan mula didiami oleh keluarga diRaja bermula pada tahun 1905 sehinggalah pada tahun 1938, tahun yang mana baginda mangkat. Senibina Istana ini banyak dipengaruhi oleh senibina Eropah dan China. Setelah lama ditinggalkan Istana ini pernah menjadi pusat Tahfiz dan juga Pusat Kraftangan sebelum ia mula dibaik pulih dan kini dibuka kepada umum untuk pelawat dalam dan luar negara.

Kellies Castle
Bangunan ini merupakan saksi cinta yang terus kukuh berdiri di puncak bukit. Jika anda berkunjung ke Perak tidak sah jika tidak datang ke lokasi ini. Bangunan yang sudah berusia lebih 100 tahun ini masih kekal utuh hasil daripada konservasi yang dilakukan. Kalau di India, Taj Mahal lambing cinta Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal, Kellie’s Castle pula tersergam suatu ketika dahulu atas rasa rasa cinta dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. Namun sayangnya pembinaan bangunan ini tidak pernah disiapkan disebabkan oleh kematian William dan kemudiannya, Agnes pulang ke Scotland.

Sumber gambar: Kellie’s Castle via malaysia.travel

Penulis sebelum ini ada berkunjung ke sini, kalau diperhatikan setiap bilik yang dibina memiliki laluan rahsia seperti menuju ke sebuah terowong. Menurut caka-cakap orang tempatan terowong tersebut disambungkan untuk menyelamatkan diri daripada serangan. Sekarang ni kalau nak berkunjung ke sini, ada caj tiket kemasukan. Untuk warganegara, bagi dewasa anda perlu membayar sebanyak RM5 dan RM4 untuk kanak-kanak. Manakala untuk warga asing pula harga bagi dewasa adalah RM10 dan RM5 bagi kanak-kanak.

Kota A’Famosa
Kalau anda ke Melaka, tidak sah jika tidak melawat tinggalan sejarah yang menjadi tanda penjajahan yang berlaku di bandaraya bersejarah ratusan tahu lampau. Serpihan tinggalan bangunan itu masih lagi kukuh sehingga hari ini dan menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara. Untuk pengetahuan anda bangunan ini dibina oleh orang Portugis setelah menakluk melaka pada 1511.

Sumber gambar: A’Famosa via sejarah.my

Pembinaan ini atas arahan Alfonso de Albuquerque menjadi satu lambang penentangan penduduk Melaka yang tidak sukakan penjajah. Menurut cerita, bangunan ini dibina dengan hasil batuan dari masjid dan juga batu kubur, serta melibatkan ramai hamba abdi yang mati dek kerahan tenaga yang keterlaluan. Kalau ke Melaka pastikan anda melawat tinggalan sejarah yang sudah berusia lebih 500 tahun ini!

Lima lokasi ini mungkin ada yang tidak pernah korang kunjungi. But believe me this place will teach you a lot about our history. Menyentuh dan mengamati bangunan yang beratus tahun usia membawa kita tenggelam dalam nostalgia dan juga apa yang dilalui oleh orang dahulu kala. Not to forget, these spots are the perfect spot for your instagram post!

Published by
Fiezreen