Setiap kali pelakon popular Korea Selatan, Lee Dong Wook muncul dengan naskah baharu, tidak sukar untuknya menarik penonton daripada pelbagai peringkat umur untuk setia menonton setiap episod tanpa gagal.
Hhm, apa agaknya rahsia di sebalik pengaruh Dong Wook ini selain – of course – bakat lakonannya yang digemari ramai?
Kata Dong Wook sewaktu sidang media drama terbarunya, Bad and Crazy yang kini boleh ditonton di platform penstriman iQiyi, setiap watak yang ditawarkan kepadanya haruslah mempunyai keistimewaan tersendiri dan berlainan daripada watak-watak yang pernah dijayakannya.
Sebagai contoh dalam siri Bad and Crazy, ia menceritakan tentang karakter Dong Wook, Ryu Su Yeol yang merupakan detektif dalam misi mereka untuk menentang isu rasuah dalam kalangan ahli polis. Beraksi di samping Wi Ha Joon, pada awalnya Su Yeol hanya fokus pada keinginan materialistik. Namun setelah berdepan beberapa situasi (no spoilers from us!), dia akhirnya berubah menjadi seorang yang lebih berdedikasi terhadap sistem keadilan dan juga peranan keluarga dalam hidupnya.
Menerusi karakter Su Yeol ini, Dong Wook juga harus membawakan sisi ‘split personality’ yang dihadapinya. Kongsinya, “Karakter ini mengawal tingkah lakunya. Walaupun berdepan cabaran, ia akhirnya memudahkan Su Yeol untuk memilih jalan benar.
Ads
“Saya enggan memainkan karakter sama, dalam genre yang sama. Bosanlah begitu, Sebab itu saya suka mencabar diri memainkan karakter berbeza setiap masa; sambil mempelajar perkara baru yang membuat saya puas.
“Untuk kekal menjadi ikutan bukan mudah. Tiada rahsia kecuali keikhlasan saya terhadap kerja (sebagai pelakon). Saya tidak mahu cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Saya bernasib baik kerana penggiat industri dan peminat saya menyukai sisi diri saya itu, ia juga penyebab saya berada di masa saya ada sekarang.”
“Peminat saya sering menggesa saya untuk ‘take things easy’ tapi dengan bekerja keras dan terus-menerus mencabar kemampuan diri inilah yang membuatkan saya gembira dengan kehidupan sekarang,” katanya dalam sidang media tersebut.
Ads
Menerusi Bad and Crazy juga, Dong Wook berdepan banyak babak melibatkannya. Bayangkan sajalah, dia muncul dalam 80 peratus babak pada setiap episod. Ia sekaligus memerlukannya berada di set untuk tempoh paling lama berbanding pelakon dan kru yang ada.
Biarpun perkara tersebut memberikannya cabaran (selain perlu menghafal gerak-geri aksi menembak), Dong Wook tetap profesional atas dasar minat mendalam untuk seni lakonan.
Haa bukan mudah tau untuk berjaya hingga ke tahap Dong Wook. Di sebalik sisi glamor yang selalu dikaitkan dengannya, hanya dia yang mengerti jerih perih yang terpaksa dilalui.
Ads
Tonton 12 buah episod Bad & Crazy menerusi platform iQIYI hari ini. Selain Lee Dong Wook, Bad & Crazy turut dibintangi oleh Wi Ha Jun (Squid Game), Han Ji-eun (Be Melodramatic) dan Cha Hak Yeon (ahli kumpulan VIXX).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, peragawati, pengacara dan usahawan terkenal, Dynas Mokhtar berkongsi bahawa dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata keempat menerusi satu hantaran di laman Instagram.
Menerusi perkongsian itu, wanita anggun tinggi lampai itu mencoret kata ringkas, “Ketentuan Ilahi… Alhamdulillah. MasyaAllah, bayi perempuan untuk kami.”
Potret yang sama turut dikongsikan di ruangan Instagram suaminya, Shazrik Din yang turut menyatakan bahawa kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang sihat.
Dalam hantaran tersebut turut disertakan tarikh kelahiran bayi tersebut pada Sabtu, 27 Mei 2023. Sehingga kini hantaran tersebut menerima ribuan tanda suka dan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
Imbas Kembali, Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtarsebelum ini memiliki seorang cahaya mata lelaki, Edriel, 3 tahun hasil perkongsian hidup bersama suaminya kini.
Manakala menerusi perkahwinan terdahulu Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata aitu Khyra, 12 tahun dan Haqaish, 9 tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah jadi seperti satu kebiasaan bagi anak muda, bila mereka suka mencari port untuk merakam foto OOTD. Nak muat naik gambar di Instagram mestilah kena style kan?
Pantang nampak tempat baru yang cantik dan best untuk lepak, confirm ramai yang berpusu-pusu datang singgah kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar.
So kali ini, Remaja nak kongsi dengan korang port best untuk rakam gambar OOTD dengan wira negara yang melindungi kita dari Covid-19!
Semenjak penularan wabak Covid-19, telah ada beberapa individu diangkat sebagai wira negara. Mereka juga merupakan pasukan yang berada di barisan paling hadapan petugas kesihatan dan keselamatan yang mampu mengendali pandemik ini dengan cemerlang.
Melalui perkongsian oleh Suhaimi Ali di laman Facebooknya, dia telah berkongsi gambar mural yang dilukisnya di sebuah dinding di Shah Alam. Dia yang merupakan seorang pelukis mural menggunakan lukisan tersebut sebagai tanda terima kasih kepada mereka.
Suhaimi Ali, seorang pelukis mural yang merupakan anak kelahiran Kuala Terengganu mengabdikan wajah kebanggaan negara itu melalui lukisan mural sebagai menghargai jasa dan keprihatinan wira negara dalam menghadapi pandemik ini.
Dalam kapsyen yang ditulis oleh Suhaimi Ali di laman Facebook beliau, dia turut mengungkapkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada barisan hadapan dan wira negara yang bertungkus-lumus mengawal Covid-19 dari awal sehingga menunjukkan penurunan yang ketara setakat ini.
Mural dengan wajah KDYMM, Seri Paduka Baginda YDP Agong dan Datuk Dr Noor Hisham telah dilukis oleh Suhaimi Ali dengan strok tona yang berbeza-beza namun kelihatan sangat kemas sehingga menjadi tular di media sosial.
Antara lakaran wajah lain yang turut kelihatan di sebelah potret mural Dr Noor Hisham adalah wajah Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yang kini terkenal dengan jolokan Pak Long Mail oleh netizen.
Menerusi laman Facebook Suhaimi, dia juga sempat menunjukkan proses lukisan mural tersebut dibuat dan hasilnya begitu menakjubkan.
Lukisan mural tersebut dihasilkan di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam di belakang Restoran Isa Maju.
Apabila kesemua mural ini sudah siap sepenuhnya, pastinya lokasi tersebut bakal menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bergambar bersama karya yang memaparkan sebahagian daripada lipatan sejarah negara.
So korang tak nak ke jadi orang yang terawal OOtd dekat sini. hiks
Sumber : Suhaimi Ali
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal lebih kurang dua minggu lagi kita sudah memasuki tahun baru, 2021. Biasanya, selain meneruskan azam nak kurus (hehe), ramai juga yang merancang untuk menukar penampilan diri. Contohnya, gaya rambut.
Bagi individu yang inginkan kelainan, sering kali mereka akan tampil mewarnakan rambut dengan warna-warna ‘berani’ yang tidak semua berani melakukannya.
Kini, warna holographic dilihat menjadi trend anak muda, khususnya bagi remaja di luar negara yang sentiasa tampil dengan gaya berani.
Apa itu warna holographic?
Ala, lebih kurang seperti warna unicorn kegilaan kanak-kanak tu. Hiks! Menarik bukan? Jangan kata kanak-kanak, kalau dah namanya perempuan, kami pasti ramai yang turut menggemari warna unicorn itu.
Agak-agaknya macam mana rupanya kalau rambut diwarnakan secara holographic ni ya? Jom kita lihat antara contoh trend warna rambut ini.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Macam ala-ala fairytale kan? Persoalannya korang berani ke nak warnakan rambut seperti ini? Kalau parents tak ada masalah bolehlah try. Tapi kalau mereka tak beri kebenaran, pandai-pandai la korang fikir sendiri. Hiks!
Sumber: Instagram
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejadian buli melibatkan beberapa pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) dan juga di institusi pendidikan bukan satu omong kosong, tetapi nyata berlaku sehingga membahayakan nyawa...