Setiap kali pelakon popular Korea Selatan, Lee Dong Wook muncul dengan naskah baharu, tidak sukar untuknya menarik penonton daripada pelbagai peringkat umur untuk setia menonton setiap episod tanpa gagal.
Hhm, apa agaknya rahsia di sebalik pengaruh Dong Wook ini selain – of course – bakat lakonannya yang digemari ramai?
Kata Dong Wook sewaktu sidang media drama terbarunya, Bad and Crazy yang kini boleh ditonton di platform penstriman iQiyi, setiap watak yang ditawarkan kepadanya haruslah mempunyai keistimewaan tersendiri dan berlainan daripada watak-watak yang pernah dijayakannya.
Sebagai contoh dalam siri Bad and Crazy, ia menceritakan tentang karakter Dong Wook, Ryu Su Yeol yang merupakan detektif dalam misi mereka untuk menentang isu rasuah dalam kalangan ahli polis. Beraksi di samping Wi Ha Joon, pada awalnya Su Yeol hanya fokus pada keinginan materialistik. Namun setelah berdepan beberapa situasi (no spoilers from us!
), dia akhirnya berubah menjadi seorang yang lebih berdedikasi terhadap sistem keadilan dan juga peranan keluarga dalam hidupnya.Menerusi karakter Su Yeol ini, Dong Wook juga harus membawakan sisi ‘split personality’ yang dihadapinya. Kongsinya, “Karakter ini mengawal tingkah lakunya. Walaupun berdepan cabaran, ia akhirnya memudahkan Su Yeol untuk memilih jalan benar.
“Saya enggan memainkan karakter sama, dalam genre yang sama. Bosanlah begitu, Sebab itu saya suka mencabar diri memainkan karakter berbeza setiap masa; sambil mempelajar perkara baru yang membuat saya puas.
“Untuk kekal menjadi ikutan bukan mudah. Tiada rahsia kecuali keikhlasan saya terhadap kerja (sebagai pelakon). Saya tidak mahu cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Saya bernasib baik kerana penggiat industri dan peminat saya menyukai sisi diri saya itu, ia juga penyebab saya berada di masa saya ada sekarang.”
“Peminat saya sering menggesa saya untuk ‘take things easy’ tapi dengan bekerja keras dan terus-menerus mencabar kemampuan diri inilah yang membuatkan saya gembira dengan kehidupan sekarang,” katanya dalam sidang media tersebut.
Menerusi Bad and Crazy juga, Dong Wook berdepan banyak babak melibatkannya. Bayangkan sajalah, dia muncul dalam 80 peratus babak pada setiap episod. Ia sekaligus memerlukannya berada di set untuk tempoh paling lama berbanding pelakon dan kru yang ada.
Biarpun perkara tersebut memberikannya cabaran (selain perlu menghafal gerak-geri aksi menembak), Dong Wook tetap profesional atas dasar minat mendalam untuk seni lakonan.
ARTIKEL BERKAITAN : 15 Selebriti Korea Yang Merupakan Best Friend Dalam Kehidupan Sebenar – REMAJA
Haa bukan mudah tau untuk berjaya hingga ke tahap Dong Wook. Di sebalik sisi glamor yang selalu dikaitkan dengannya, hanya dia yang mengerti jerih perih yang terpaksa dilalui.
Tonton 12 buah episod Bad & Crazy menerusi platform iQIYI hari ini. Selain Lee Dong Wook, Bad & Crazy turut dibintangi oleh Wi Ha Jun (Squid Game), Han Ji-eun (Be Melodramatic) dan Cha Hak Yeon (ahli kumpulan VIXX).
BACA LAGI : Terhibur Baca Komen PU Azman Kepada Dong Wook, Peminat K-Drama Rupanya.. – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.