Boss Tak Pernah Pandang “Keupayaan” Kita Di Tempat Kerja, Hadam Kisah Inspirasi Ini, Memang Takjub

Share

Konflik di pejabat adalah sebahagian dari asam garam dunia pekerjaan. Kadang kala tidak semua perkara kita bersetuju dengan ketua terutama bos kecil (bos yang selalunya merasakan dirinya lebih powerful dari bos CEO). Bos jenis ini biasanya selalu merasakan pendapat dirinya lebih baik dari orang lain dan tidak suka mengambil kira pendapat orang kerana merasakan ideanya jauh lebih baik.

Dilema dalam dunia pekerjaan ini tidak akan pernah habis. Ada antara kita hanya perlu mengadapnya kerana malas hendak cari pekerjaan lain, takut untuk diberhentikan kerja dan lain-lain masalah yang wujud.

Namun satu perkongsian dari Mohd Azizi Abd Rahman mengenai dunia pekerjaan ini boleh kita jadikan inspirasi. Buatlah kerja kerana Allah, bukan kerana mahu dipuji. Baca perkongsiannya.

Assalamu'alaikum bro/sis.

Pernah tak korang rasa tersisih dan diketepikan?

Contoh, boss pilih mereka yang tak selayaknya mengetuai sesuatu program atau projek.

Padahal korang rasa yang paling layak dan paling berpengalaman dalam pengurusan program tu adalah diri korang sendiri.

So, apa korang rasa?
Sentap.
Sedih.
Pilu.
Sendu.
Tak puas hati.
Merajuk.
Menyisihkan diri.
HEY COME ON GAIS!
Meh aku nak share sebuah kisah inspirasi.

Siapa tak kenal Khalid al Walid. Sahabat Nabi yang digelar Pedang Allah.

Ketangkasan dan kecekapan beliau bertarung menjadi kegerunan musuh.

Dalam siri ratusan perang yang diketuai oleh beliau, semuanya berakhir dengan kemenangan di pihak Islam.

Hebat tak hebat!

Tetapi …

Di zaman Saiyidina Umar al Khattab menjadi khalifah, beliau telah menggugurkan Khalid dari mengetuai gerombolan perang.

Ianya bersebab

Saiyidina Umar mula perasan yang kaum muslimin telah meletakkan keyakinan yang sangat tinggi untuk kemenangan Islam sekiranya ianya diketuai oleh Khalid al Walid.

Kaum muslimin mula berkiblat kepada makhluk. Lupa bahawa makhluk hanyalah menjadi asbab kemenangan.

Mereka lupa segalanya berlaku dengan izin Allah!

Apabila dipanggil mengadap, Khalifah Umar mengatakan bahawa Khalid juga manusia biasa yang apabila terlalu sangat menerima sanjungan dan pujian, ditakuti akan timbul rasa sombong dalam diri.

Sedangkan Allah sangat membenci orang yang memiliki sifat sombong. Ditakuti Khalid akan terjerumus ke dalam api neraka.

"Aku ingin menjagamu, sebab itulah aku memecatmu!"

Gais, korang tahu apa jawapan Panglima Khalid?

Khalid memeluk Khalifah Umar sambil menangis dan berbisik, "terimakasih wahai Khalifah, Engkau saudaraku".

Subhanallah!

Khalid pergi ke medan perang sebagai tentera biasa. Para sahabat hairan. Sudah dipecat dari jawatan Panglima perang, Khalid masih lagi mahu berjuang.

Apa jawapan Khalid al Walid?

"Saya berperang bukan kerana populariti, bukan juga kerana Khalifah Umar, saya berperang semata-mata mahu mencari keredhaan Allah!".

Bro/sis,
Kita bekerja kerana apa?
Kerana siapa?
Masih lagi nak sentap?
Chill ehh …
Evolusikan jiwamu!
#KoloniLebahBunga
#RoadToGCBN
#evolusijiwa

Kredit : Mohd Azizi Abd Rahman

Published by
Almaswa Haji Che Ros