‘Bottom 3’ & Tak Ready Punca Aziz Harun Tarik Diri Big Stage? Alasannya..

Share

 

Memasuki minggu ketiga dalam misi menjuarai pertandingan nyanyian Big Stage musim kedua, wakil dari Brunei iaitu Aziz Harun membuat pengumuman mengejutkan apabila dia menarik diri daripada bertanding.

 

Bagi peminat Aziz yang mengikutinya di akaun Instagram, pengumuman itu sebenarnya tidaklah terlalu mengejutkan apabila dia memberikan hint beberapa jam sebelum Big Stage keudara.

Kongsinya menerusi paparan Instagram Story, “Maybe this is gonna be my last day on Big Stage” diikuti oleh emoji muka bersalah.

Hhm, kenapa Aziz buat keputusan seperti ini? Ataupun sememangnya dia tidak bersedia untuk pertandingan nyanyian terbuka seperti Big Stage ini?

*

‘Drama’ bermula apabila pengacara, Alif Satar bertanyakan mengenai Insta Story tersebut selepas Aziz menamatkan persembahannya.

Serta-merta Aziz mengumumkan, “Saya ingin tarik diri.”

Pengumuman itu juga dilakukan selepas juri jemputan, Ajai memberi komen bahawa Aziz seperti tidak bersedia untuk menyampaikan lagunya semalam iaitu Beautiful nyanyian asal Bazzi.

“Sebelum awak masuk tadi, saya tengok muka awak dah pucat. Sepatutnya bila hampir nak buat persembahan semua itu dah tak perlu dah. Sebab sudah rehearsal.

“Sepatutnya ketika berada di atas pentas, keyakinan sudah perlu tinggi,” kata beliau.

Pengumuman tarik diri itu juga dilakukan selepas Aziz menduduki kedudukan Bottom 3 pada minggu lalu dan minggu ini.

Alasan Aziz Harun

Sebagai salah satu rakan media yang sudah lama mengikuti perjalanan seni Aziz, REMAJA pasti Aziz mempunyai alasannya sendiri dan dia tidak mudah luntur dengan kritikan juri profesional pada setiap minggu.

“Sudah lama saya tunggu untuk dapat peluang seperti Big Stage. Saya ucapkan terima kasih kepada produksi, juri dan peminat.

“Saya tarik diri kerana mendapat tawaran belajar di luar negara dalam masa terdekat,” katanya.

Disebabkan penarikan diri tersebut, minggu ketiga Big Stage 2019 menyaksikan tiada penyingkiran dan membiarkan Aziz meninggalkan pentas pertandingan.

*

Apa nak buat, kita respect jelah keputusan penyanyi Brunei itu walaupun ramai yang menganggap dia mampu untuk memberikan saingan sengit pada awal musim.

 

HEY GIRLS, WE’RE BACK!

Published by
FZ