Kegagalan dalam hubungan merupakan satu lumrah yang ramai di antara kita terpaksa lalui. Ia merupakan suatu learning proses yang perlu dihadapi dengan hati terbuka. Tapi apakah yang berlaku jika teman lelaki kamu berubah dan ingin memutuskan hubungan di atas sebab dia ingin menjadi seorang transeksual? Hati telah dicurahkan segala namun terpaksa berdepan situasi begini?

Girl, Don’t Blame Yourself

Apa jua yang berlaku dalam hubungan yang terputus, apa yang paling penting jangan salahkan diri kamu. Mungkin pada awalnya kamu akan selalu berfikir dan mencari sebab kenapa dia berubah menjadi begitu.

Persoalan ‘apa salah aku’ atau ‘adakah layanan aku tidak layak buat dia’ merupakan perkara yang harus dielak. Sebelum dia berterus terang mungkin kamu berasa dia marah atau tidak puas hati dengan kamu.

Apa yang positif, dia berterus terang dengan kamu dan memutuskan hubungan dengan baik. Sekali lagi Remaja ingin tegaskan, janganlah kamu menyalahkan diri kamu sendiri. You’re far better than that!

Ads

Berdepan dengan Kenyataan

Selepas mendengar luahan serta hasratnya untuk memutuskan hubungan ada beberapa perkara yang harus kamu elakkan; tidak kirlah betapa kecewa atau marah kepadanya. Ya, perkara ini tidak senang untuk ditelan buat kamu tetapi yakinlah ia juga tidak senang buatnya.

Walau apa jua pandangan kamu terhadap perubahan ini, kamu tidak harus cepat melatah dan naik angin. Bertindaklah dengan matang dan terima pendedahan ini dengan hati terbuka. Langkah seterusnya adalah kamu perlu putuskan bagaimana kamu boleh membantunya di masa akan datang.

Boyfriend Tiba-Tiba Berubah Jadi Transgender… Nak Buat Apa Ni?

Ads

Jangan Jauhi Berikan Sokongan

Hakikat bahawa dia sanggup berterus terang dengan kamu bukanlah satu perkara mudah buatnya. Kamu mungkin berasa sia-sia kerana telah habiskan banyak masa, tenaga malah wang ringgit dalam hubungan ini.

Tetapi jika kamu mengambilnya dengan positif, ia pasti memberikan satu pengalaman bermanfaat buat kamu. Setiap perkara yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Dan ini bukanlah masa untuk kamu menjauhi dia.

Pada waktu beginilah dia memerlukan sokongan. Jika kamu beragama Islam, bimbinglah dia untuk kembali ke jalan benar dengan cara yang betul. Apa yang paling penting kamu tidak menyisihkan dalam hidup kamu semata-mata tindakannya.

Ads

Kongsi Bersama Seseorang

Berdepan dengan situasi putus cinta sememangnya tidak pernah senang terutamanya jika berlaku dengan cara begini. Jika kamu dan si dia berkongsi rakan-rakan yang sama, hubungilah mereka.

Mungkin si dia tidak mahu kamu berkongsi tentang perkara ini dengan orang lain, Itu tidak menjadi masalah. Kamu masih boleh kongsi kecelaruan fikiran kamu dengan rakan-rakan dengan bercerita secara general.

Lambat laun rahsia ini akan terbongkar juga. Daripada rakan-rakan kamu dapat tahu melalui orang lain, lebih baik ia datang dari mulut kamu sendiri.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI