Baik wanita ataupun lelaki, pemakain minyak wangi sudah menjadi satu kewajipan supaya penampilan lebih menarik dan meyakinkan. Bayangkan sudah bersiap dan bersolek cantik tetapi memiliki bau badan yang kurang menyenangkan, mesti akan mematikan pesona diri anda, euww!
Penggunaan minyak wangi bukanlah sekadar semburan membuta tuli, sebaliknya ada Teknik yang boleh memanjangkan jangka hayat haruman yang melekap ditubuh anda.
Bila menyembur minyak wangi terus ke kulit badan ia akan mengaktifkan haba semula jadi pada tubuh sekaligus akan menjadikan haruman kekal lebih lama.
Biasa kita lihat, kalau selepas menyembur minyak wangi pasti akan mengosok-gosok bahagian yang disembur kononnya untuk menjadikan semburan lebih tahan lama dan wangi. Kalau nak tahu, perbuatan menggosok boleh memusnahkan molekul minyak wangi sekaligus mnyebabkan bauan tidak tahan lama.
Menyembur minyak wangi pada kulit yang kering membuatkan minyak wangi tidak bertahan lama, sebaliknya sebelum mengenakan minyak wangi lembapkan dulu kulit dengan pelembap tanpa bau. Ia akan membuatkkan haruman kekal tahan lama.
Bila anda sembur minyak wangi, jangan terlalu dekat dengan kulit sehingga ia meleleh seperti air, ini membazir. Sebaliknya sembur dari jarak 15 ke 20 cm bagi memastikan minyak wangi bertebaran luas ke kulit.
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik bila memakai minyak wangi, sasarkan semburan ke bahagian nadi. Antara titik tumpu yang sesuai adalah seperti belakang telinga, pangkal leher, siku dan pergelangan tangan.
Selamat mencuba!
Sumber gambar: Via pexels.com