Boys! Ingin Baju Raya Baru Tetapi Enggan Pilih Baju Melayu? Ini 4 Jenama Pilihan Kami

Share

 

Raya kan sebulan.

Biarpun pada tahun ini suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri masih suram tanpa kehadiran sana saudara dan kenalan rapat ke rumah, ia masih wajar disambut oleh kita semua sebagai tanda kemenangan.

Bercakap mengenai sambutan, tentulah kita akan membeli pakaian baru setiap kali tibanya lebaran. Cuma bagi golongan lelaki, ia sedikit berbeza kerana tidak semua lelaki ‘bernafsu’ untuk menukar baju Melayu mereka pada setiap tahun.

“Selagi boleh muat, pakailah..” – Huh, mesti korang pernah dengar kan?

Oleh itu, REMAJA senaraikan 4 jenama pilihan kami yang menyediakan pakaian yang bersesuaian dengan Hari Raya namun tidak semestinya tertakluk kepada baju Melayu konvensional saja.

 

Uniqlo

Apa yang membuatkan koleksi Raya Uniqlo ini istimewa adalah keselesaan yang ada padanya. Sebagai contoh, baju Melayu tanpa kolar dan berkolar ini diperbuat dengan teknologi Dry Easy Care iaitu daripada jenis kain stretch jersey.

Jadi, ia cantik terletak pada tubuh dan tidaklah terlalu ketat.

Seperti tahun-tahun lalu, Uniqlo juga menawarkan kemeja bermotif Batik dengan cetakan moden. Ia diperbuat daripada jenis kain kapas yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Justeru, kita boleh memakai kemeja ini bukan saja sepanjang bulan Syawal tetapi juga sepanjang tahun. Hanya dengan memadankan kemeja Batik ini dengan seluar jenis ankle pants atau ultra light pants dari Uniqlo, you are good to go.

Girls, jangan risau kerana ada juga pilihan menarik untuk korang.

Seperti yang korang lihat pada kempen featuring Mira Filzah ini, ia berpotongan longgar dan amat menyelesakan. Korang boleh memilih baju Raya jenis Rayon Tunic ala kurta ataupun seleksi blaus dan skirt bermotif Batik.

BELI DI SINI

 

Lubna

Ada sesuatu yang istimewa mengenai koleksi Lubna Homme bagi Aidilfitri tahun ini

Ya, korang masih boleh mencari pilihan baju Melayu dan jubah dari Lubna seperti biasa. Namun, Lubna pada tahun ini memberi peluang kepada kita untuk menyarungkan top yang lebih kasual.

Sama ada korang sedang mencari kemeja berlengan pendek ataupun baju Melayu moden Teluk Belanga yang mudah untuk digayakan sebagai top biasa – it is all up to you.

BELI DI SINI

 

Behati

Rasanya semua fesyenista remaja di luar sana sudah sinonim dengan identiti jenama Behati. It is not for the faint of heart, namun sesiapa saja sebenarnya boleh menggayakan pakaian daripada Behati tanpa mengira peringkat usia atau bentuk fizizal seseorang.

Tahun ini, Behati meneruskan koleksi Hari Raya mereka yang berasaskan pakaian tradisional berpotongan oversized. Sejak tular pada tahun 2019, permintaan terhadap koleksi raya oversized ini terus meningkat.

Kali ini, kita bertuah ada item yang mudah untuk digayakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh adalah Denim Baju Oversaiz, Baju Kurung Air Emas dan set Linen Denim Baju Melayu ini. Penulis merasakan ia senang digayakan untuk apa-apa tujuan tanpa perlu menunggu hari perayaan.

BELI DI SINI

 

Superdry

Okay secara teknikalnya, Superdry tidak memperkenalkan koleksi Hari Raya khas pada tahun ini. But we cannot help but to fall in love with these Hawaiian Box pieces!

Bukan saja ia bersesuaian untuk dijadikan pakaian memenuhi undangan rumah terbuka Raya (err okay tiada rumah terbuka pada tahun ini, but still..).

Lebih penting adalah ia bersifat universal untuk digayakan untuk apa-apa acara sekalipun.

Lagipun Superdry sedang menawarkan diskaun di Zalora sekarang. So boys, tunggu apa lagi?

BELI DI SINI

*

Artikel Berkaitan : Trend Baju Raya 2021, Dari Klasik Ke Moden Mana Satu Pilihan Korang? – REMAJA

Published by
FZ