“Ingat wajahnya, tapi lupa namanya…”
Siapa selalu macam ni? Kalau korang nak tahu aktor yang pernah memenangi Oscar iaitu Brad Pitt juga menderita dengan penyakit prosopagnosia ini. Brad Pitt disyaki mengalami sejenis penyakit dikenali sebagai ‘buta muka’ yang menyukarkan dia mengecam orang lain.
Malah penyakit yang tidak didiagnosis itu dikatakan sebagai punca dia menyendiri dan kelihatan seperti mementingkan diri sendiri.
Pitt, 58, berkata dia mahu mengingati wajah orang ramai namun kecewa apabila dia tidak mampu berbuat demikian.
Salah satu perubahan ketara dalam kehidupan Brad Pitt ialah kesihatannya. Selepas Angelina Jolie memfailkan perceraian pada tahun 2016, Brad cuba untuk lebih peka terhadap kesihatannya. Malah, Brad sanggup menghadiri Alcoholics Anonymous (AA), sebuah persatuan tidak rasmi untuk bekas penagih alkohol.
“Saya mempunyai kumpulan lelaki yang sangat hebat di sini yang sangat peribadi dan selektif, jadi ia selamat,” kata Brad Pitt dalam majalah GQ edisi Ogos 2022 yang dipetik dari Insider.
“”Kerana saya telah melihat hal-hal dari orang lain yang telah dirakam saat mereka menumpahkan isi perut mereka, dan itu sangat mengerikan bagi saya,”” sambungnya.
View this post on Instagram
“Tiada siapa percaya saya!” katanya.
“RAMAI ORANG MEMBENCI SAYA KERANA MEREKA FIKIR SAYA TIDAK MENGHORMATI MEREKA. WAJAH ADALAH MISTERI BAGI SAYA.. SAYA TIDAK DAPAT MEMAHAMI MUKA-MUKA MANUSIA . SAYA AKAN MENGUJINYA,” KATA PITT PADA TAHUN 2013.
Selepas merujuk kepada penyakitnya, Brad Pitt malah memberi petanda kepada rancangannya untuk bersara. Walau bagaimanapun, Brad masih dijadualkan untuk muncul dalam Bullet Train (ditayangkan 2022) dan drama sejarah Babylon.
Apa Itu Prosopagnosia
Penyakit prosopagnosia mungkin masih asing bagi kebanyakan orang. Penyakit ini merupakan gangguan yang menyukarkan penghidap untuk mengenali wajah orang lain termasuk wajah mereka sendiri.
Malah, seseorang yang mengalami gangguan prosopagnosia tidak dapat mengenali wajah rakan, pasangan, dan juga keluarga mereka sendiri, yang boleh menyebabkan masalah berterusan dalam hidup mereka. Prosopagnosia sendiri terbahagi kepada dua jenis iaitu:
- Developmental prosopagnosia: keadaan dimana seseorang mengalami kelainan prosopagnosia tanpa kerosakan otak.
- Acquired prosopagnosia: keadaan seseorang mengalami kelainan prosopagnosia setelah mengalami kerosakan otak. Contohnya, akibat stroke atau cedera otak.
National Institutes of Health menyenaraikan gajala prosopagnosia boleh melumpuhkan sosial seseorang seperti berikut;
- Individu yang mengalami masalah itu sering mengalami kesukaran untuk mengenali ahli keluarga dan teman rapat walaupun sering bertemu.
- Mereka sering menggunakan cara lain untuk mengenal pasti seseorang seperti melalui suara, pakaian atau sifat fizikal yang unik.
- Kanak-kanak yang mengalami prosopagnosia kongenital sukar mengenali wajah sejak kecil.
Rawatan prosopagnosia disediakan kepada pesakit yang mengalami strok atau trauma otak. Mereka dilatih menggunakan petunjuk lain untuk mengenal pasti individu.
Malah, dalam drama-drama Korea juga kian mengangkat dan memberi kesadaran mengenai penyakit ini.Bagi anda yang tidak tahu, berikut adalah drama Korea yang menampilkan watak prosopagnosia
1. The Beauty Inside
2. Rich Man, Poor Woman
3. The Secret Life of My Secretary
4. A Girl Who Sees Smells
5. My Holo Love
Sumber : Insider, National Institutes of Health
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE&feature=youtu.be