Apa yang akan kita lakukan sekiranya terserempak dengan bekas kekasih di tempat sama? Lari bukan?
Tetapi itu bukanlah kes yang berlaku kepada pasangan paling ideal pada awal 2000-an iaitu Brad Pitt dan Jennifer Aniston pada hari ini.
Jom recap semula.
Jodoh mereka tidak panjang apabila perkahwinan yang dibina hanya bertahan selama 5 tahun saja. Selepas itu, Brad dan Jennifer begitu pandai untuk tidak ‘ditangkap’ berada di lokasi sama oleh jurugambar paparazi.
Hari ini, sejarah tercipta apabila Brad dan Jennifer terbuka hati untuk bertandang ke anugerah Golden Globes yang berlangsung di Beverly Hills.
Sudah tentu, para wartawan tidak akan melepaskan peluang untuk bertanya kepada kedua-dua selebriti tersebut mengenai pendapat mereka terhadap bekas pasangan masing-masing.
Ketika ditemu ramah oleh Entertainment Tonight, Brad secara kasual berkata, “Saya akan bertemu juga dengan Jen, dia merupakan kawan baik saya. Yeah,” kata pelakon berusia 55 tahun itu.
Semasa anugerah berlangsung, Brad telah naik ke pentas untuk menerima anugerah bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki terbaik untuk filem One Upon A Time In Hollywood.
Juru kamera acara tak melepaskan peluang untuk merekodkan reaksi Jennifer semasa Brad memberikan ucapan. Korang cuba tonton sendiri di bawah dan komen sama ada Jennifer masih berkawan dengan Brad ataupun tidak?
Untuk pengetahuan korang, Brad dan Jennifer kekal berkawan baik dan ia terbukti apabila Brad menghadiri majlis sambutan hari lahir ke-50 Jennifer pada Februari tahun lalu.
Rata-rata peminat mereka berdua tidak keruan di media sosial setelah berita mereka berdua berada di Golden Globes tersebar.
Menariknya, bukan Jennifer saja merupakan bekas kekasih Brad yang bertandang ke acara ini. Malah, Gwyneth Paltrow dan Christina Applegate juga berada di sana. Mereka berdua juga pernah menjalinkan hubungan dengan Brad.
Beli Baju Raya Lebih RM 1000, Pemuda Ini Dedah Hanya Dapat ‘Refund’ 80% Sahaja?
Seorang pemuda mendedahkan dirinya hanya mendapat pulangan (refund) sebanyak 80% sahaja daripada harga lebih RM 1000 apabila membeli sepasang baju raya di salah sebuah jenama fesyen tempatan.
Perkara tersebut didedahkan pemuda itu menerusi hantaran di entri Twitter miliknya (@ezad_Amir).
Dalam perkongsian tersebut, pemilik Twitter yang dikenali sebagai Ezad berkongsi tangkap layar perbualan bersama ‘seller‘ jenama tersebut melalui aplikasi Whatsapp.
ARTIKEL BERKAITAN : Aliff Syukri Kembali Buat Hal, Kongsi Sedutan Klip Video Muzik Lagu Raya Terbaru
Menurut pengguna itu, punca dirinya untuk meminta ‘refund‘ wangnya kembali oleh kerana pihak berkenaan kelewatan tiga minggu untuk menghantar baju yang dipesannya.
Pengguna itu pada awalnya meminta agar wangnya dikembalikan semula sepenuhnya, namun seller tersebut hanya menyatakan wang hanya akan dipulangkan 80% daripada jumlah keseluruhan yang telah dibayarnya, kerana mengikut ketetapan polisi jenama itu.
@remaja.my Kalau korang dah ‘petak’ nak pilih baju apa untuk pergi open house nanti, bolehlah cuba koleksi PUMA Raya – Memori Aidilfitri ni 💙 Lelaki perempuan ada, bukan sahaja didatangkan dalam satu warna. Boleh lah matching-matching untuk couple! 😍 Dapatkannya di stor PUMA seluruh negara ataupun kunjungi laman web https://rebrand.ly/SS23HariRayaMY-Remaja #PUMAMY #PUMARAYA #majalahremaja #remaja #remajamalaysia ♬ original sound – Remaja
Lantaran itu, atas ketidakpuasan hati dengan respon yang diberi seller berkenaan, pengguna tersebut mengambil inisiatif untuk membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan selanjutnya bagi mendapatkan pulangan penuh wang yang telah dibayar olehnya.
“Beli baju raya, lewat tiga minggu. Seller nak refund 80%. Aku report dekat KPDNHEP.
“Terus dapat pulangan penuh 100%. Jadilah pengguna bijak,” ciapnya.
Menerusi ciapan berkenaan, dia turut berkongsi panduan untuk melaporkan kepada pihak berwajib itu jika pengguna yang lain sedang melalui perkara yang sama seperti dirinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Twitter Ezad Amir
Bella Hadid Di Kuala Lumpur, Followers Malaysia Naik Gila!
Okay, bukan selalu supermodel turun padang ke Malaysia untuk tujuan promosi, penggambaran ataupun acara catwalk.
Justeru, apabila model Amerika, Bella Hadid semalam mengumumkan dia kini berada di Kuala Lumpur (seperti baru saja landing di KLIA) menerusi video di Insta Story, pengikutnya di Instagram dan Twitter terus ‘naik gila’!
Semalam, Bella baru saja tiba dari Dubai UAE dan dalam salah satu posting terbarunya, Bella menyampaikan mesej, Coming for you Kuala Lumpur, cannot wait to see your beautiful country.”
Beberapa jam kemudian, Bella yang berada di bilik hotel memberitahu bahawa dia berada di sini untuk menghadiri sebuah acara eksklusif anjuran jenama jam tangan antarabangsa, Tag Heaur di The Gardens pada jam 5 petang tadi.
Ramai peminat Bella yang melahirkan rasa tak percaya model tersebut berada di Kuala Lumpur, apatah lagi bakal berada di lokasi terbuka seperti The Gardens. Lantas, mereka tak melepaskan peluang untuk bertemu empat mata bersama Bella yang mesra dengan senyuman dan lambaian tangan.
Ini pula antara tweet peminat Bella yang tak percaya akan kunjungannya ke Malaysia.
Love lah Bella, cantik luaran dan dalaman! Hope you enjoy your stay here.
Membaca Al-Quran Terbukti Buat Jiwa Tenang & Penyembuhan Penyakit!
Esok, 28 March 2024 merupakan hari istimewa dan penting buat umat Islam.
Setiap kali 17 Ramadan umat Islam di seluruh dunia pasti akan mengenangkan satu peristiwa yang amat penting dalam sirah Islam iaitu bermulanya penurunan al-Quran ke atas Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibril atau Nuzul Quran.
Bagi yang kurang memahami apa maksud di sebalik Nuzul Quran, kami kongsikan pandangan dari Mufti Wilayah pengertiannya selain pengaruh Al-Quran pada otak manusia.
Pengertian Nuzul Al-Quran
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh:-
وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
Maksudnya: “Dia yang telah menurunkan hujan.” (Surah al-Baqarah:22)
نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
Maksudnya: “Dialah yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Surah Ali-Imran:3)
Keistimewaan Al-Quran
Sebenarnya al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab. Oleh kerana tajuk ini cukup besar, penulis hanya menyebut sepintas lalu dengan satu dalil sahaja dengan setiap satunya. Dipetik daripada karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang bertajuk “Bagaimana kita berinteraksi bersama dengan al-Quran al-Azim.” Antara lain menyebut:-
Al-Quran kitab Ilahi. Hal ini dijelaskan dengan banyak ayat antaranya:
الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ
Maksudnya: “Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada Allah SWT Yang Maha Mendalam pengetahuannya.(Surah Hud:1)
Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara). Firman Allah SWT:-
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan memeliharanya.” (Surah al-Hijr: 9)
Maksud hafizun dalam ayat ini dengan pemeliharaan Allah dari sebarang perubahan dan pertukaran seperti kata Ibn Kathir.
Al-Quran adalah mukjizat. Firman Allah SWT:
قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الإنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآنِ لا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ
بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا
Maksudnya: “Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.” (Surah al-Isra’:88)
Dalam buku al-I’jaz al-Ilmi oleh Yusuf al-Haj Ahmad antara lain menyebut: “Tidak diragukan lagi bahawa sudut kemukjizatan al-Quran al-Karim begitu pelbagai dan tepat. Dari aspek kepelbagaiannnya antara lain kemukjizatan saintifik, kemukjizatan legislatif, kemukjizatan retorik, kemukjizatan metafisik, kemudian yang terakhir kemukjizatan artistik-ilustratif. Sementara dari ketepatannya, kita boleh melihat sejumlah amaran yang dibuktikan kebenarannya oleh sains moden dari waktu ke waktu. Fakta-fakta alamiah (bahanal) mahupun imbahanal ini semakin menegaskan dan mendukung isyarat yang diberitakan al-Quran.
Al-Quran kitab nyata lagi mudah. Firman Allah SWT:
فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
Maksudnya: “Maka sesungguhnya kami memudahkan al-Quran dengan bahasamu (hai Muhammad) semoga mereka mengambil pengajaran.” (Surah ad-Dukhan: 58)
Al-Quran kitab zaman semuanya. Ianya bermaksud kitab yang kekal dan bukan hanya sesuai pada suatu masa sahaja dan bukan untuk satu generasi sahaja. Tetapi al-Quran sesuai sepanjang zaman dan semua tempat. Justeru tidak pelik sehingga sekarang al-Quran tetap menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan.
Al-Quran kitab agama keseluruhannya. Maksudnya ialah ianya menjadi asas kepada agama dan roh Islamnya dan daripadanya diambil roh akidah, ibadat, akhlak dan juga usul tasyri’ dan hukum hakam.
Al-Quran merupakan kitab insani sejagat. Hal ini dapat difahami berdasarkan kepada sifat al-Quran itu sendiri yang banyak menekankan kehidupan manusia dengan kalimahnya dan untuk alam sejagat. Benarlah firman Allah SWT:
إِنْ هُوَ إِلا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ
Maksudnya: “Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam.”(Surah al-Takwir: 27).
Pengaruh Al-Quran pada otak manusia
Jelas Mufti Wilayah, dipetik Detik Islam yang bertarikh 10 Ogos 2012 berkenaan dengan pengaruh bacaan al-Quran pada saraf, otak dan organ tubuh lain antaranya menyatakan: “Tidak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya ingatan dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca al-Quran.”
Dr. Al-Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran, seorang muslim, baik mereka yang berbahasa Arab mahupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.
Penurunan tekakanan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, merungkai pelbagai macam penyakit merupakan pengaruh am yang dirasakan orang-orang yang menjadi objek kajiannya. Penemuan kajian ini dilihat tidak menentu.
Penelitiannya disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil kajiannya, beliau telah membuat kesimpulan, bahawa bacaan al-Quran berpengaruh besar sehingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.
Kajian Dr. Al-Qadhi ini diperkuat pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Pertubuhan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.
Kesimpulan hasil kajian tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston. Sasaran kajiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.
Kelima orang tersebut sama sekali tidak mahir bahasa Arab dan mereka pun tidak diberitahu bahawa mereka akan diperdengarkannya adalah al-Quran.
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi kepada dua sesi, iaitu membaca al-Quran dengan tartil dan membacakan Bahasa Arab yang bukan dari al-Quran.
Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sehingga 65% ketika mendengar Bacaan al-Quran dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar Bahasa Arab yang buka dari al-Quran.
Al-Quran memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati sewaktu Seminar Kaunseling Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut penyelidikan yang dijalankan, bayi berusia 48 jam yang diperdengarkan ayat-ayat al-Quran dari perakam suara menunjukkan respon tersenyum dan menjadi lebih tenang.
Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan nikmat yang besar., kita mempunyai al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.
Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (eq) seseorang, bacalah al-Quran mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).
Artikel ini diambik dan diolah dari Kashorga.
BACA LAGI :
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.