Brad Pitt & Jennifer Buktikan 4 Sebab ‘Exes’ Boleh Berkawan

Share

 

Media sosial kembali hangat apabila imej Brad Pitt dan Jennifer Aniston di anugerah SAGs tular semalam.

 

Umum tahu bagaimana perjalanan hubungan mereka berakhir dengan penceraian. Merekalah ‘the couple to beat’ pada awal era 2000-an.

Setelah beberapa tahun ‘berjaya’ untuk menjauhi diri masing-masing di sebarang acara anugerah, akhirnya Brad dan Jennifer disatukan di anugerah Golden Globes awal tahun ini.

Artikel Berkaitan: Brad Pitt Beri Gelaran Ini Kepada Golden Globes, Peminat Tak Keruan

Semalam, sekali lagi mereka bersama di bawah satu bumbung di anugerah Screen Actors Guild (SAGs).

Imej mereka bertegur sapa di ruang backstage selepas Jennifer menerima anugerah. Mesra sungguh ya korang!

Jelas, situasi pasangan yang cuba berbaik semula ini bukan situasi baru. Ia selalu berlaku, mungkin disebabkan oleh 5 sebab ini.

 

01

Matang Selari Dengan Usia

Okay, ini satu fakta saintifik untuk korang hadam.

Sesiapa yang belum berusia 25 tahun didapati sukar mengawal emosi dan reaksi balas disebabkan satu perkara, frontal lobe. Ia adalah satu bahagian di dalam otak yang akan berkembang sehingga usia 25 tahun. Itulah bahagian yang mengawal emosi dan personaliti manusia.

Tak hairanlah apabila remaja terlalu mudah putuskan hubungan ketika bergaduh dengan pasangan dan menyesal tak lama. Ini kerana remaja memerlukan masa untuk meredakan emosi dan kemarahan.

Sekali dah naik angin, memang kita senang nak cakap lepas je. Bila sudah menyesal, kita merayu untuk kembali bersama. Tipikal.

Apabila seseorang itu sudah lebih berusia; secara automatik dia boleh mengawal emosi dan berfikir secara logik. Mungkin juga korang yang kini semakin matang akan kembali bersama..

 

02

Masih Terikat Di Media Sosial

Wujudnya akaun seperti Facebook, Snapchat dan Instagram menyukarkan seseorang  untuk melupakan ex kecualilah korang bertindak untuk block mereka.

Perhatikan jika si dia masih belum memadamkan gambar korang bersama atau belum unfollow korang lagi, besar kemungkinan perasaan sayang itu masih ada padanya.

 

03

Keadaan Sudah Berubah

Pernah dengar alasan, “Itu dia yang dulu, sekarang keadaan dah berubah” ?

Dengar macam klise tetapi alasan itu sebenarnya relevan dan boleh menentukan jika pasangan itu akan kembali bersama.

Ada yang dahulunya terpaksa putus kerana keadaan yang tidak mengizinkan seperti jarak jauh (belajar di negeri lain atau di luar negara). Atau mungkin hubungan dihalang oleh keluarga kerana masih terlalu muda untuk bercinta.

Bukannya korang tak saling menyukai antara satu sama lain, cuma dulu masanya tidak tepat untuk bercinta. Kini setelah beberapa tahun berlalu, mungkin ~ repeat after us ~ “keadaan sudah berubah” dan mungkin inilah waktu terbaik untuk meneruskan hubungan.

 

04

Dia Sudah Tahu Baik Buruk Kamu

Dulu sewaktu bercinta, korang rasakan tiada siapa yang boleh menyayangi korang sebaik si dia.

Semasa bercinta, masing-masing sudah mengetahui sisi baik pasangan. Bila sudah putus, sisi buruk pula yang terserlah. Ini bermakna tiada rahsia yang tinggal, baik buruk pasangan semua sudah terserlah. Itulah fasa saling mengenali pasangan.

Sekarang sepatutnya korang berdua lebih mudah untuk mengendalikan hubungan ini walaupun setakat berkahwin.

You guys have been through a lot, it is hard to fail this relationship.

*

Apa pendapat korang? Okay ke kalau get back together dan berapa banyak chance boleh kita beri kepada pasangan?

 

Published by
FZ