Berita

BraderWheelchair, LoKohoPunoh Dinobat ‘Changemaker Of The Year’, Mahu Beri Inspirasi Dan Kesedaran Kepada Masyarakat

Share

Baru-baru ini, dua pemenang anugerah khas ‘Changemaker Of The Year’ TikTok Awards Malaysia 2024 telah membuktikan bahawa dengan mencipta kandungan bukan sahaja boleh dijadikan pengaruh untuk hiburan, bahkan ia mampu memberi inspirasi ke arah perubahan sosial yang lebih positif.

Anugerah yang pertama kali diperkenalkan itu telah mengangkat peranan pencipta kandungan BraderWheelchair dan LoKohoPunoh Group (LKP).

BraderWheelchair 

BraderWheelchair atau nama sebenarnya Nur Izhar Idham (38) adalah antara individu yang memperjuangkan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) dengan usaha meningkatkan kesedaran tentang kehidupan sebagai pengguna kerusi roda melalui platform Tiktok.

Menurutnya, pada awalnya penglibatan di Tiktok, dia cuma sekadar berkongsi rutin harian dan tutorial kerusi roda dengan cepat, namun kini ia mendapat perhatian dan orang ramai juga boleh belajar melalui platform berkenaan.

BACA: Pinn Yang Cadang Nak Buka Yayasan Sendiri, Mahu Bantu Lebih Ramai Golongan Yang Memerlukan

Kredit: TV3 Malaysia

“TikTok merupakan salah satu platform yang saya guna untuk beri kesedaran untuk orang ramai tahu kepentingan kemudahan OKU dalam Malaysia yang orang ramai salah gunakan”

Perjalanan Izhar di TikTok juga didorong dari keinginannya untuk memberi inspirasi kepada pengguna kerusi roda lain untuk menjadi lebih berdikari. 

Selain itu, kandungan Izhar turut mengutamakan tutorial praktikal seperti cara keluar masuk kereta dari kerusi roda dan menguruskan aktiviti harian.

@braderwheelchair Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. Realiti keadaan sebenar kami yg berkerusi roda ni kena hadapi bila pergi ke sesuatu tempat. Banyak tempat dalam Malaysia ni kononnye tempat tu ada sediakan kemudahan untuk oku yg berkerusi roda tapi hakikatnye tak semua boleh diakses pun. Inilah sebab utamanye bila buat sesuatu kemudahan untuk oku jangan buat sebarangan dan bila dah buat tu bg laa kami yg oku ni buat audit untuk testing sbnye kami yg penguna tegar. Kalau tak jadi macam nilah. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. #fyp #penang #oku #malaysia #padangkotalama #wheelchair #nobarriers #awareness #wheelchairlifestyle #wheelerangers #braderwheelchair ♬ Padang Kota – M. Shariff

“Saya lihat ramai pengguna kerusi roda masih kurang kemahiran asas mengendalikan kerusi roda, jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengetahuan kepada mereka”

“TikTok merupakan platform yang luas dan mampu memberi kesan kepada masyarakat di seluruh dunia,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Izhar juga sering berinteraksi dengan pengikutnya dengan menjawab soalan tentang kehidupannya, kebolehannya, dan pengalamannya.

“Soalan yang paling biasa saya terima ialah tentang cara saya memandu kereta dan apa yang berlaku pada kaki saya,” kongsi Izhar.

BACA: Semangat Kemanusiaan Melangkaui Rasa Takut, 10 Selebriti Muda Di Perhimpunan Aman Palestin

LoKohoPunoh

Sementara itu, seorang lagi pemenang ‘Changemaker Of The Year’ iaitu LoKohoPunoh Group (LKP) ialah sekumpulan sukarelawan alam sekitar berasal dari Terengganu yang giat menjalankan operasi membersihkan kawasan pantai-pantai di Malaysia.

Pengasas LKP, Uzair Emir dan pasukannya memilih Tiktok sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran berkaitan projek membersihkan alam sekitar.

Ia bermula dari Pantai Batu Burok di Terengganu dan kini berkembang menjadi gerakan di seluruh negara, kumpulan ini telah memberi inspirasi kepada masyarakat untuk mengambil bahagian dalam pemeliharaan alam sekitar.

Kredit: TV3 Malaysia

Uzair yang juga merupakan pelajar tahun akhir MBBS, mengimbau kembali bagaimana mesej WhatsApp rakan tentang pembersihan mencetuskan idea kepadanya untuk bertindak sedemikian.

“Kami mempunyai misi untuk mengajak orang ramai menjaga kebersihan, meneutralkan perkara-perkara yang melibatkan kebersihan. Jadi kami buat video untuk beri kesedaran supaya masyarakat lebih menjaga alam sekitar”

Menyedari TikTok berpotensi untuk menjangkau khalayak yang lebih besar, Uzair dan pasukannya mula mendokumentasikan aktiviti mereka di platform berkenaan.

“Kami menerima sokongan dan maklum balas positif daripada komuniti di TikTok dan ramai memulakan inisiatif mereka sendiri. Sebelum ini kami hanya mempunyai kurang daripada 10 orang yang silih berganti. Kini, LKP mempunyai 100 ahli di seluruh Malaysia, ramai yang menyertai selepas melihat video kami di TikTok,” katanya.

Uzair yang juga merupakan pelajar tahun akhir MBBS berkata, antara aspek yang paling penting untuk orang ramai menyertai projek ini adalah kesihatan.

@lokohopunohgroup Ni antara tempat paling mencabar kami terjah #drawbridgeterengganu #bersih #clean #fyp #viral #beranda #trend ♬ original sound – LKP

“Aspek kesihatan adalah benda pertama yang saya titikberatkan kerana saya sendiri daripada latar belakang ‘medical’. Jadi saya akan pastikan kesihatan para sukarelawan perlu baik dan sihat terlebih dahulu sebab kita mahu mengelak sebarang masalah ketika aktiviti pembersihan”

Tambahnya lagi, LKP juga turut memilih tempat yang selamat dan sesuai mengikut projek yang diadakan sama ada berskala besar atau kecil selain memastikan keselamatan para sukarelawan dalam keadaan yang baik.

Kejayaan mereka di TikTok Awards Malaysia 2024 berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Ahad 11 Ogos lalu adalah contoh kekuatan kandungan tulen yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga boleh mengubah sesuatu dan memberi inspirasi kepada masyarakat.

BACA: Jennie Blackpink Buat Akaun TikTok, Peminat Luah Rasa Teruja. Siap Ada Yang Tak Percaya! -“For Real?”

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Malaysia SWITH, STAYC kata next visit diorang teringin nak pergi Kota Kinabalu! ✨ Agak-agak apa yang diorang nak buat kat sana eh?ℹ️ STAYC merupakan girlgrup Korea Selatan yang terdiri daripada 6 ahli di bawah High Up Entertainment. Kumpulan ini terkenal dengan konsep segar dan bertenaga serta lagu-lagu catchy seperti “So Bad”, “ASAP”, “Stereotype”, dan “RUN2U”.

#majalahremaja #remaja #remajamalaysia” />

Published by
ZOE