
Kalau tak kenal lagi Sofearose, raya tahun ini boleh cuba sehelai dulu! Kualiti fabrik dan potongan tudung yang pastinya menjadi pilihan utama peminatnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Takut Wajah Kusam, 3 Tip Mudah Tampil Ayu & Manis Dengan Helaian Tudung Putih
SofeaRose menawarkan lebih daripada 30 pilihan corak exclusive, terkini dan fabrik
hijab quality premium.
Sesuai untuk digayakan di sebarang acara formal dan kasual, pilihan corak yang ditawarkan menepati citarasa dan sesuai digayakan setiap golongan.
BAJU RAYA
Tidak hanya menyediakan helaian tudung, untuk Lebaran 2023, SofeaRose mengeluarkan 18 design/koleksi baju raya yang bertemakan klasik moden yang sesuai dengan semua lapisan umur. Design baju kebarung, baju kurung, kaftan dan potongan moden turut dipertaruhkan buat koleksi Raya 2023.
HARGA HIJAB DAN BAJU RAYA
RM75 – RM293
Jadi apa tunggu lagi, korang boleh dapatkan helaian Sofearose ini di :
Facebook : SofeaRose
Instagram : SofeaRose_hq
Laman Web : www.sofearose.com
BACA LAGI : Mahu Yakin Bergambar Di Pagi Raya? Jom Ikut Tips Ini Untuk Kurus Semasa Berpuasa Di Bulan Ramadan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Trend Tenun Nama, Tandatangan Pada Baju Kahwin Akan Jadi Hot! Persis Busana Alif Muhaimin & Alissa

Isi Kandungan
ToggleSemakin lama, semakin kreatif garapan pereka fesyen terhadap rekaan busana kahwin moden.
Terbaru, pasangan merpati sejoli yang telah melangsungkan majlis resepsi, Alif Muhaimin dan isteri, Nur Fatin Alissa Azam tampil dalam adibusana yang dicipta khas buat mereka hasil kreativiti pereka tempatan, Kashfi Zulkufli.
ARTIKEL BERKAITAN: Nikah Bawah Panas Terik Tidak Halang Kegembiraan Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin Tamat Zaman Bujang – REMAJA
Ibarat meraikan sang putera dan puterinya yang muncul dari kisah dongeng, kedua-dua bukan sahaja tampak eksklusif dengan permainan warna hitam putih, malah busana masing-masing mempunyai makna yang lebih mendalam lagi kreatif termasuklah nama Alif Muhaimin yang ditenun pada bahagian bahu blazer!
REMAJA menghubungi Kashfi untuk bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai idea di sebalik pembikinannya.
Bagaimana timbulnya idea bagi busana Alif dan Alissa?
Kashfi Zulkufli (KZ): Perbualan awal kami bermula kira-kira dua bulan sebelum majlis resepsi berlangsung pada 24 Jun 2023. Harus saya berikan pujian buat Alif dan Alissa kerana mereka datang kepada saya lengkap dengan konsep yang diinginkan. Impian mereka adalah agar busana tersebut tidak bersifat stereotaip seperti pasangan pengantin lain. Oleh itu, saya terapkan beberapa kelainan yang boleh korang lihat di beberapa bahagian busana.
Trend tenun nama pengantin pada busana.
KZ: Buat pertama kalinya untuk majlis resepsi selebriti tempatan, saya perkenalkan idea nama pengantin pada sutnya. Nama Alif Muhaimin menghiasi bahagian kiri sut dengan kontras warna hitam putih dan saya percaya, trend nama yang ditenun ini akan menjadi hot dan lebih ramai pengantin yang akan inginkannya untuk busana kahwin mereka pula.
Bagi Alissa pula, kami telah menggunakan idea hand-embroidered custom lace yang dicipta khas untuknya sahaja 100 peratus, dari peringkat melukis motif hinggalah menenun.
Tidak ketinggalan, kami juga menyelitkan elemen bow pada bahagian belakang skirt ball gown siap dengan tandatangan Alyssa yang ditenun pada fabrik bow. Selain itu, busana ini juga mempunyai butterfly cape pada bahagian bahu.
Ya, memang banyak perincian unik pada kali ini dan saya terfikir, why not? Ia adalah hari bahagia mereka yang hadir hanya sekali dalam seumur hidup.
Tiara Hitam
KZ: Konsep tiara black diamond yang dipakaikan pada kepala Alyssa mungkin kelihatan janggal jika dipadankan dengan rekaan gaun berbeza, namun untuk busana perkahwinannya ia seakan sentuhan terakhir yang melengkapkan imejnya sebagai raja sehari. Kami customed agar ia kelihatan lain daripada yang lain dengan campuran rona hitam dan perak.
Nilai Eksklusif Busana Kahwin Alif Muhaimin & Ayssa
KZ: Seperti yang saya kongsikan tadi, Alif dan Alyssa hadir kepada saya dengan bersedia. Bukan sahaja dengan idea malahan bajet yang ingin digunakan bagi mendapatkan busana perkahwinan impian mereka.
Sepasang busana yang dicipta khas seperti ini selalunya bernilai dalam lingkungan RM30,000 dan Alif sedari awal sudahpun bersedia dengan bajet bersesuaian tanpa merintih untuk ditaja oleh pihak kami. Beliau bersetuju dan memberi kebebasan kepada saya untuk merealisasikan apa yang mereka idamkan.
*
Haa, bayar sendiri tau gaiss!
Apapun Kashfi Zulkufli selaku pereka fesyen pada majlis resepsi perkahwinan telah mencipta magis tersendiri yang lari daripada busana stereotaip agar Alif Muhaimin dan Alissa akan mengingati hari istimewa mereka sehingga bila-bila.
Kredit FOTO: Instagram @alipblastoff
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Miss Universe 2002, Oksana Federova Kekal Popular Biarpun Kemenangannya Ditarik Balik

Tahun 2002 menjadi tahun bersejarah bagi Rusia dalam arena ratu cantik antarabangsa. Mana tidaknya, tahun itu wakilnya di pentas Miss Universe, Oksana Federova berjaya menjadi pemenang bagi pertandingan tersebut.
Oksana yang berusia 25 tahun ketika memenangi mahkota yang diimpikan ramai wanita seluruh dunia itu walau bagaimanapun hanya sempat menjadi Miss Universe selama empat bulan sebelum kemenangannya ditarik balik.

Miss Universe Panama, Justin Pasek yang merupakan pemenang tempat kedua menjadi penggantinya sebagai Miss Universe 2002. Walaupun begitu, Justin tidak popular seperti Oksana. Sehingga kini ratu cantik dari Rusia itu masih dianggap sebagai Miss Universe 2002 dan insiden yang mana kemenangannya ditarik balik menjadi tanda tanya.
Menurut pemilik francais Miss Universe ketika itu, Donald Trump seperti kenyataan yang disiarkan oleh CNN berkata, “Kami fikir dia sangat cantik dan sangat baik, tetapi dia tidak dapat memenuhi tugasnya oleh itu, kami tidak mempunyai pilihan selain memecatnya.”

Biarpun banyak gosip liar yang disebarkan apabila kemenangannya ditarik balik, Oksana berpegang bahawa dia tidak dipecat sebaliknya dia meletakkan jawatan. Menerusi temu bual bersama Miss Universe 2005, Natalie Glebova, Oksana berkongsi kisah mengapa gelarannya sebagai Miss Universe 2002 ditarik balik.
Beliau sebenarnya bertindak mengikut kata hatinya untuk menamatkan kontrak kerana ingin meneruskan pengajiannya dalam bidang undang-undang. Setelah empat bulan menghabiskan waktu sebagai Miss Universe, dia mula memikirkan apakah kehidupan selepas itu.

Keputusannya untuk tidak meneruskan gelaran sebagai Miss Universe memberikan seribu satu makna. Dia berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat kedoktoran dan bergelar Doktor Falsafah dalam bidang Undang-Undang Awam. Dia seterusnya mengajar di Saint Petersburg University of the Ministry of Interior of Russia.
BACA JUGA: Menarik & Menawan, Ini 6 Gaun Pemenang Miss Universe Paling Diingati!

Selain bergelar pendidik, Oksana juga aktif dalam bidang seni terutamanya di dalam bidang pengacaraan, nyanyian, peserta rancangan realiti dan juga artis alih suara. Kini pada usia 44 tahun, wanita yang masih lagi mengekalkan keanggunannya ni bahagia bersama suami dan dua orang anaknya.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mexico Buat Kejutan, Ketepi Gadis ‘Favourite’ Menangi Miss Universe 2020

Setelah pertandingan Miss Universe 2020 terpaksa ditundakan hingga ke tahun ini akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, akhirnya seorang juara telahpun dinobatkan pada pagi hari ini oleh pemenang terdahulu, Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan.
Berlangsung penuh meriah di Seminole Hard Rock Hotel & Casino, Hollywood Floride di Amerika Syarikat, Andrea Meza dari Mexico mengejutkan ramai penonton yang menyaksikan siaran pentas akhir itu secara langsung di televisyen mahupun secara atas talian.
Gadis yang berasal dari kota Chihuahua itu mengenepikan 73 wakil negara lain termasuklah wakil Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong James bagi mengembalikan gelaran Miss Universe kepada benua Amerika Selatan.
Kali terakhirnya seorang wakil ‘latina’ memenanginya adalah pada tahun 2014 menerusi wakil Columbia, Paulina Vega.

4 jelitawan lain yang memenuhi senarai 5 terbaik pada edisi ke 69 ini termasuklah naib juara Julia Gama (Brazil), Janick Maceta del Castillo (Peru), Adline Castelino (India) dan Kimberly Jimenez (Dominican Republic).
Ini sekaligus menjadikan India sebagai satu-satunya negara dari Asia yang berjaya memasuki ke pusingan Top 5.
ARTIKEL BERKAITAN : Corat Coret! 7 Fakta Menarik Miss Universe 2020 – REMAJA
Ramai Tidak Berpuas Hati?
Dalam sesi pengenalannya, Andrea berkongsi mengenai tugasnya bersama Jabatan Pelancongan di Chihuahua dan dia juga merupakan duta rasmi bagi menggalakkan industri pelancongan di sana.
Selain itu, Andrea juga aktif sebagai seorang duta Hak Asasi Wanita di Mexico kerana dia percaya, gadis remaja di luar sana perlu berani untuk mempertahankan hak mereka.
Andrea berjaya mengharungi segmen-segmen yang disediakan oleh pihak Miss Universe untuk tiba ke pusingan Top 5 seperti pusingan pakaian mandi dan gaun. Namun setibanya di pusingan Q&A (soal jawab), ramai merasakan Andrea bukanlah wakil yang berjaya memberikan jawapan terbaik berbanding beberapa wakil lain.
Bagi sesi Q&A ini, Andrea menerima soalan dari Miss Universe 1997 iaitu Brook Lee dari Amerika Syarikat.
Sekiranya anda adalah pemimpin negara anda, bagaimanakah cara anda tangani pandemik COVID-19?
“Saya percaya tiada satu cara sempurna untuk menangani situasi seperti COVID-19. Bagaimanapun, saya akan meletakkan arahan ‘lockdown’ sebelum wabak ini merebak lebih meluas. Ini kerana kita telah kehilangan terlalu banyak nyawa dan kita perlu menjaga keselamatan mereka sejak peringkat awal.”
Pada pusingan yang meminta wakil memberikan pandangan mereka terhadap satu topik, Andrea telah memilih topik ‘Menukar Standard Kecantikan’. Ini adalah kenyataannya:
“Apabila kita hidup dalam masyarakat yang semakin maju, kita juga semakin meninggalkan stereotaip. Pada zaman ini, kecantikan bukan saja terletak pada rupa luaran kita. Untuk saya, kecantikan bukan saja terserlah dari semangat diri kita tetapi juga dalam jiwa kita. Jangan sesekali membenarkan sesiapa memberitahu diri kamu tidak bernilai.”
Lalu, ramai merasakan wakil lain seperti Peru lebih layak untuk dimahkotakan sebagai Miss Universe 2020 berdasarkan jawapan yang diberi. Hhm..
Apapun, Andrea telah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diserahkan oleh Zozibini Tunzi dan besar harapan peminat dunia ratu cantik untuk melihat Andrea menyampaikan mesej hak asasi wanita dengan lebih menyeluruh kepada seluruh dunia.
BACA LAGI : 4 Kostum Nasional Di Miss Universe 2020 Suarakan Isu Panas! – REMAJA