Gaya Hidup

Brice Terbang Tinggi, Snek Sihat Kini Tersedia Di Penerbangan Batik Air

Share

Terbaru, jenama snek sihat popular, Brice kini terbang lebih tinggi melalui kerjasama istimewa bersama bersama Batik Air bermula Disember ini.

Snek tempatan Brice akan tersedia di semua penerbangan dan diperkenalkan kepada penumpang dalam dan luar negara dengan rasa dan kualiti premium

Brice adalah salah satu snek pilihan ideal untuk anda yang inginkan kudapan sihat semasa bekerja, melancong, atau sebagai makanan ringan di antara waktu makan. Lebih menarik lagi, ia didatangi dalam dua perisa unik iaitu Keju Pedas dan Rumput Laut

Dalam pada itu, melalui kerjasama bersama Batik Air ini juga menandakan satu pencapaian besar bagi ecoBrown’s sebagai jenama beras Malaysia sejak tahun 1993. Lebih lagi, ia merupakan salah satu jenama yang dikenali kerana kualiti dan dedikasinya terhadap kelestarian dengan menyediakan pilihan makanan yang lebih sihat dan mudah didapati. 

Sementara itu, bagi menambah baik pengalaman dalam setiap penerbangan, Batik Air juga mahu memastikan setiap perjalanan mencerminkan keunikan budaya dan cita rasa Malaysia.

Melalui rangkaian penerbangan antarabangsa Batik Air yang semakin berkembang ke Asia Tenggara, Australia, dan Timur Tengah, Brice bersedia untuk membawa rasa terbaik Malaysia ke penumpang di seluruh dunia.

Sekadar info, ecoBrown’s merupakan jenama yang menggalakkan gaya hidup sihat melalui produk bijirin penuh semulajadi seperti nasi perang berkualiti tinggi. Jenama ini turut mengamalkan kaedah pertanian lestari untuk menghasilkan makanan berkhasiat yang menyokong diet seimbang dan gaya hidup aktif.

Selain meningkatkan kesedaran tentang kesihatan, termasuk diabetes, dan menggalakkan pemakanan sihat melalui acara komuniti dan kerjasama dengan rakan kongsi. Jenama yang bernaung di bawah syarikat Serba Wangi Sdn. Bhd ini juga bermatlamat untuk menjadikan makanan sihat lebih mudah diakses oleh semua, agar rakyat Malaysia dapat hidup dengan lebih sihat.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE