Jika beberapa tahun lalu, ahli kumpulan Blackpink iaitu Rosé dan bekas ahli kumpulan 2NE1, CL pernah mencatat rekod sebagai dua selebriti wanita K-pop pertama menerima jemputan ke acara fesyen tahunan, Met Gala di kota New York.
Pada tauhun 2024 pula, tiba giliran pelakon kacak, Bright Vachirawit untuk melakukan perkara sama bagi negara kelahirannya, Thailand.
Untuk penampilan pertamanya di acara tersebut, Bright yang terkenal kerana lakonannya dalam drama bersiri 2Gether: The Series dan F4 Thailand: Boys Over Flowers tidak kekok memperkenalkan dirinya sebagai kuasa fesyen antarabangsa baharu.
Bright yang merupakan duta antarabangsa jenama Burberry memperagakan jaket georgette dengan perincian butang bullion emas pada bahagian sisi serta bahu; lantas membuatkan penampilan Bright kelihatan segak persis putera diraja. Perincian frills pada kelim lengan jaket (cuff) pula ibarat the icing on the cake.
Ads
Ia dipadankan dengan seluar sutera hitam dan top tanpa lengan keemasan pada bahagian dalam; semuanya hasil rekaan khas oleh pengarah kreatif Burberry, Daniel Lee buatnya. Sepatu hitam dengan rekaan tapak bersegi melengkapkan gaya Bright itu.
Rambutnya kekal dalam gaya ke belakang seperti kebiasaan agar imej Bright kekal kasual selari dengan visi yang ditetapkan oleh rumah fesyen Inggeris itu.
Ads
Biarpun ada yang berpendapat gaya Bright itu agak ringkas dan tidak mempunyai elemen bunga mengikut kod pemakaian Met Gala pada tahun ini iaitu The Garden of Time; pemerhati fesyen tetap memuji gaya fesyennya yang diolah daripada cara pemakaian lelaki aristokrat Inggeris di zaman lampau.
Sekurang-kurangnya, ia masih menepati tema masa yang ada dalam kod pemakaian tersebut.
Keterbukaan penganjur Met Gala untuk menjemput lebih ramai selebriti dari negara Asia untuk menyertai acara itu dilihat sebagai satu tanda positif terhadap inklusiviti yang cuba dibawakan oleh dunia fesyen masa kini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang ibu, Wan Hasmiza Wan Ismail merayu agar saksi kejadian yang melihat kemalangan maut melibatkan anak sulungnya Nor Hafiz Hafizan Raja Nor Azuan, 19 tahun di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan tampil dengan segera bagi meredakan pertanyaan yang membelenggu jiwa raganya.
Mengidap kanser limfoma tahap dua a (bahagian limpa), Wan Hasmiza yang perlu menjalani kemoterapi saban minggu berkata, sejak kejadian menimpa anak sulungnya itu, dia selalu menangis.
“Hati saya tertanya-tanya. Kalau ada saksi kejadian, tolonglah tampil ke balai polis berdekatan untuk menjawap semua pertanyaan di hati saya ini,” katanya yang menangis tatkala dihubungi REMAJA.
Menurut wanita berusia 40 tahun yang terpaksa berhenti kerja Februari lalu berikutan kesihatannya semakin melemah kerana kanser, dia begitu terkilan kerana tidak sempat untuk menyambut ulang tahun ke 19 anak sulungnya itu.
“Semuanya sudah saya sediakan termasuk membeli makanan, penyediaan permainan malah pemilihan tema baju yang bakal disambut Ahad ini. Saya ingatkan untuk maklumkan pada anak hari Jumaat itu tetapi Allah lebih sayangkan dirinya,” katanya mengesahkan anaknya ditemui maut di Lebuhraya LDP itu malah orang awam datang ke rumah mencarinya bagi memaklumkan kejadian tersebut Khamis lalu.
Kata Wan Hasmiza, sekitar jam 11 lebih, pihak polis memaklumkan kepadanya bahawa anaknya kemalangan di Jalan Klang Lama dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya sudah hampir masuk tidur ketika itu ditambah rasa tidak sihat akibat kanser. Bila ketukan di pintu, pihak polis memaklumkan kejadian ini. Awalnya saya menyangka bahawa anak kemalangan biasa sahaja.
“Tapi selepas pihak polis pulang, saya ternampak seorang lelaki seperti mencari-cari rumah seseorang. Saya tegur dia, katanya dia mencari rumah Nor Hafiz. Bila saya kata saya emak Along, dia maklumkan anak kemalangan di Lebuhraya LDP tu dan mayatnya ada di lokasi kejadian.
“Mulanya saya tak percaya kerana pihak polis baru maklumkan lain tapi dia cakap dia bawa bukti iaitu kad pengenalan anak, ketika itulah saya mula rebah sehingga perlu dipapah. Kami bergegas ke lokasi kejadian dan benar Along sudah terbujur kaku,’ katanya terus menangis.
Jelas Wan Hasmiza lagi, dari cakap penunggang motosikal, mereka mengakui sudah mengalihkan motosikal Along dari lorong tengah ke tepi sementara mayat anak masih berada di lorong laju.
“Kalau diikutkan dari keadaan motosikalnya, ada besar kemungkinan dilanggar dari belakang. Siapa saksinya tolonglah tampil kerana ia memberi besar ertinya kepada saya,’ katanya lagi.
Menjelaskan kematian anaknya akibat kecederaan dalaman akibat langgaran, Wan Hasmiza menjelaskan bahagian kepala anaknya cuma ada sedikit luka. Tak ada patah di bahagian tubuhnya.
“Saya tak tahu sama ada anak terbabas atau dilanggar dari arah belakang. Saya mahukan sebuah jawapan. Kalau betul arwah terbabas tolonglah datang ke balai polis ceritakan situasi itu. Sementara kalau arwah dilanggar lari juga, tolonglah tampil. Ada saksi-saksi yang membantu berkata, mereka cuma nampak arwah anak terbaring di lorong laju sahaja dan mereka cuma menolong mengalihkan motosikalnya. Itu saja maklumat saya dapat,” katanya.
Tambah ibu empat anak ini lagi, arwah anaknya kini berada di Semester 3, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (bahagian pembungkusan) di Politeknik Shah Alam.
Dahulu arwah anaknya itu tinggal di asrama namun sejak dia perlu menjalani rawatan kemoterapi, Along meminta izin untuk duduk luar demi menjaga saya.
“Dialah yang masak di rumah bila saya tak sihat terutama lepas kemoterapi. Dialah sidaikan baju malah anak juga bekerja part time di Giant Kelana Jaya demi membantu kewangan keluarga kami kerana suami hanya bekerja kilang dengan pendapatan RM1500 sebulan.
“Kalau hari biasa Along kerja di Giant tapi hujung minggu arwah kerja tukang bancuh air di PKNS demi membantu saya,” katanya yang sehingga hari ini tidak mampu menjamah nasi kerana berasa kehilangan selain rasa terkilan.
“Hari kejadian, saya masakkan kari, lauk kesukaannya. Biasa lepas balik dari Politeknik, arwah akan makan nasi dahulu tapi pada hari itu, dia solat dulu. Makan pun tak sempat sebelum bergegas ke tempat kerja. Sebab itulah saya begitu terkilan kerana anak tak sempat jamah makanannya,” katanya memaklumkan, selepas kematian anaknya itu, barulah dia dapat tahu bahawa anaknya disayangi ramai termasuk bergiat aktif dalam kerja dakwah dan kebajikan islam malah menjadi naib presidennya.
“Arwah selalu buat kerja-kerja dakwah selain sampaikan bantuan. Saya ingat lagi dia minta adiknya belikan cakera kosong untuknya. Malah dia minta adiknya bawa turun laptop, cd dan chargernya untuk dia siapkan perbentangan projek itu.Bila dia meninggal, barulah kawan-kawannya bercerita. Allah, mulianya hatimu nak!
Jelas Wan Hasmiza lagi, anaknya itu selalu mengucapkan ingin mati syahid dalam mempertahankan keluarga ternyata menjadi kenyatan kerana anaknya itu pergi meninggalkan dirinya sekeluarga selepas selesai membuat kerja part time. Malah apa yang membuatkan hatinya bertambah sedih, anak yang rapat dengan arwah iaitu Syakirah selalu menyebut dan bertanya di mana abang kesayangannya itu.
Bagi anda yang ada melihat kejadian kemalangan pada 18 Oktober lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berdekatan susur ke Lebuhraya Persekutuan, boleh hubungi Wan Hasmiza sendiri di talian 018-4675768. Bantulah ibu ini kerana dia mahukan sebuah kepastian.
Baca juga luahan hati Wan Hasmiza di fbnya:
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemanisan bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang bertambah manis dengan kehadiran kolaborasi terbaru di antara syarikat rantaian aiskrim terbesar di dunia, Baskin-Robbins® bersama jenama fesyen Muslimah Malaysia, dUCk.
dUCk seperti yang diketahui ramai tidak asing lagi dengan projek kolaborasi seperti ini setelah jenama yang diasaskan oleh Vivy Yusof ini pernah melancarkan koleksi bersama jenama antarabangsa seperti Barbie, Monopoly dan Swarovski.
Namun ada sesuatu yang istimewa mengenai kolaborasi bersama Baskin-Robbins® memandangkan ia bukan sekadar pelancaran koleksi tudung baharu. Ia menampilkan edisi terhad hidangan aiskrim Baskin-Robbins® yang diinspirasikan daripada dUCk DAN edisi terhad koleksi fesyen serta aksesori dUCk yang – pada pandangan REMAJA – amat bersesuaian untuk dijadikan Raya look korang.
Tambahan pula bulan Ramadan inikan masa yang istimewa untuk masyarakat Islam di Malaysia. Justeru, Baskin-Robbins® ingin meraikannya dengan berkongsi bukan saja perisa ketika berbuka puasa tetapi juga look baharu bersama dUCk. Lagipula, dUCk merupakan jenama pertama yang berkolaborasi dengan Baskin-Robbins® dalam sejarahnya. Oleh itu, bersiap-sedialah untuk mata korang dikaburi dengan variasi pilihan aiskrim, kek dan aksesori fesyen terbaru dua jenama ini bermula sekarang sehingga 12 Mei 2022.
Jom lihat apa yang special sangat mengenainya.
Di stor Baskin-Robbins® seluruh Malaysia, korang boleh mendapatkan koleksi aiskrim istimewa dUCk scoop, a stylish dUCk cake, More Eh! Party Pack dan More Eh! Family Pack.
Selain itu, terdapat juga cooler bag edisi terhad Baskin-Robbins® bersama dUCk yang akan berada di pasaran bermula esok, 9 April 2022 di stor Baskin-Robbins® dengan setiap pembelian mana-mana aiskrim ‘Pint’ atau ‘Quart’.
Di stor dUCk pula, korang perlu melihat sendiri koleksi tudung edisi terhad serta pakaian yang diinspirasikan daripada perisa aiskrim Baskin-Robbins® kegemaran ramai seperti Baseball Nut, Pralines ‘N Cream, Strawberry Cheesecake dan Mint Chocolate Chip.
Turut ditawarkan ialah set edisi terhad dUCk x Baskin-Robbins® Body Butter dan Body Scrub yang diinspirasikan daripada perisa Very Berry Strawberry, Mint Chocolate Chip dan Praline ‘N Cream. Sekali korang cuba pada lengan dan badan, memang bau sama seperti aiskrim Baskin-Robbins®! Jangan pula korang terjilat body B=butter dan body scrub ini sudahlah, puasa..
Last but not least, dUCk turut menawarkan beg Mayday Tote dengan cetakan motif Baskin-Robbins® bagi melengkapkan gaya korang. Cantik juga dibawa sebagai beg telekung untuk menunaikan solat Tarawih dan solat sunat Aidilfiitri nanti, kan?
Kesemua ini ada dijual secara ata talin di LAMAN WEB dUCk, dUCk App dan butik dUCk di seluruh negara. Bagi yang mendapatkan Baskin-Robbins® ‘Pint’ secara online, korang akan mendapat Baskin-Robbins® Single Junior scoop secara percuma!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penganjuran acara muzik tahunan, Good Vibes Festival 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 20 dan 21 Julai kelak telahpun dibatalkan serta merta.
Penganjurnya, Future Sound Asia sebentar tadi mengumumkan pembatalan mengejutkan itu menerusi laman sesawang rasmi dan platform media sosial Good Vibes Festival.
Menurut kenyataan rasminya, pembatalan berkenaan adalah demi menghormati istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang bakal berlangsung di Balairung Seri Istana Negara pada 20 Julai 2024.
Sebarang persembahan berskala besar melibatkan artis antarabangsa tidak dibenarkan untuk berlangsung pada tarikh yang sama dan pihak berkuasa mengarahkannya agar ditunda ke tarikh lain.
Malangnya, sebarang bentuk penundaan oleh Future Sound Asia tidak mungkin boleh dilakukan memandangkan artis-artis yang dijadualkan membuat persembahan telah menyusun jadual masing-masing bagi menjayakan festival muzik lain yang berlangsung di sekitar rantau Asia Tenggara.
Justeru, Future Sound Asia tidak mempunyai jalan selain membatalkan penganjuran Good Vibes Festival 2024 biarpun ia menerima tentangan daripada pembeli tiket.
Menurutnya lagi, pembeli tiket akan menerima semula jumlah wang pembayaran secara automatik menerusi cara pembelian tiket terdahulu.
Sebagai info, Good Vibes Festival 2024 telahpun membariskan nama-nama artis kontemporari antarabangsa dan lokal bagi melakukan persembahan di tapak parkir bas Genting Highlands Premium Outlet.
Antaranya termasuklah Joji, Russ, J Balvin, Henry Moodie, Tiger JK & Yoon Mi Raae serta ramai lagi.
Terdahulu, Good Vibes Festival 2023 pernah diarahkan batal oleh pihak kerajaan setelah kumpulan pop rock Inggeris, The 1975 melakukan aksi terlarang di atas pentas seperti bercium sesama jenis, mengeluarkan kata-kata kesat bagi menghina undang-undang di Malaysia dan membawa botol arak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!