Pada satu ketika dahulu, majlis perkahwinan (pada waktu tersebut) pemain bola England, David Beckham dan ahli kumpulan Spice Girls, Victoria ‘Posh’ Adams pernah menjadi tajuk berita paling sensasi di dada akhbar seluruh dunia apabila mereka memutuskan untuk mengikat tali perkahwinan.
Ia menjadi ikutan peminat sukan bola sepak dan peminat dunia hiburan pop sehinggakan ramai ternanti-nanti untuk melihat foto-foto eksklusif majlis mereka.
Lalu, David dan Victoria telah menandatangani perjanjian bersama majalah OK! pada waktu itu untuk menjadi penghias muka hadapannya. Disebabkan dunia internet baru ingin berkembang pada tahun 1999, foto-foto masih tersimpan kemas dalam simpanan pasangan itu dan ia dipertontonkan dalam sisipan isu OK!.
Kini setelah 23 tahun, anak sulung mereka Brooklyn Beckham; 23 yang baru saja mengucapkan “I do” kepada isterinya, Nicola Peltz; 27 Sabtu lalu telah mengikut jejak langkah ibu bapanya dan meneruskan tradisi menjual hak penyiaran eksklusif foto-foto perkahwinan mereka kepada media.
Pasangan yang berkahwin di West Palm, Florida itu disahkan telah menandatangani perjanjian bersama majalah VOGUE (the VOGUE) Amerika Syarikat untuk muncul sebagai penghias wajah hadapannya bagi isu Jun 2022. Mereka juga akan berkongsi foto-foto rasmi daripada majlis mereka menerusi sisipan istimewa dalam edisi tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : Brooklyn Beckham Bergelar Suami Kepada Nicola Peltz Dalam Majlis Bernilai USD3.5 Juta – REMAJA
Setakat pagi ini, dua keping foto rasmi telahpun dikongsi di media sosial Brooklyn, Nicola, majalah Vogue AS dan majalah British Vogue.
TBH, REMAJA tidak terkejut sekiranya Brooklyn dan Nicola akan muncul dalam majalah British Vogue yang berada di bawah ‘bumbung’ syarikat penerbitan sama.
Disebabkan perjanjian dengan majalah Vogue ini, 300 orang tetamu yang dijemput ke majlis perkahwinan mereka telah diminta untuk mengikut syarat ketat dan tidak dibenarkan membawa masuk telefon pintar mereka.
Begitupun, teman wanita Romeo Beckham iaitu Mia Regan nampaknya ‘melanggar’ peraturan itu; as expected from the little rebel.
Mia didapati memuat naik foto ini ke Instagram Story miliknya. Ia menunjukkan separuh pakaian yang disarungkannya dan Romeo ke majlis raptai pada hari Jumaat.
Anyway, keluarga Beckham dan Peltz nampaknya benar-benar serius mengenai perjanjian ini. Cermin kereta rasmi yang membawa masuk pasangan pengantin, ahli keluarga serta rakan mereka turut digelapkan agar paparazi tidak boleh ‘curi-curi’ mengambil foto mereka.
Adakah ini ‘Wedding of the Year’ bagi tahun 2022? Kita kenalah nantikan isu Jun 2022 majalah Vogue nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.