“Brown Sugar Is Sexy…”, Nabila Huda Risau Obsesi Masyarakat Terhadap Kulit Putih

Share

Persepsi orang kita “kulit cerah itu cantik manakala kulit gelap pula tidak menarik”.

Buktinya, kini tidak kira para gadis, wanita mahupun lelaki lebih cenderung menghabiskan wang ringgit melakukan rawatan pemutihan serta mengambil minuman tambahan agar berhasil mendapatkan kulit secerah awek Kpop. Paling merisaukan mereka ini tidak menghiraukan kesihatan diri dimasa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN : Girls! Banggalah Dengan Warna Kulit Sendiri Dengan Memilih Tona Foundation Betul

Foto Via Instagram

Baru-baru ini, pelakon berbakat besar, Nabila Huda meluahkan kehairanan beliau apabila kebanyakan kaum wanita obses untuk memiliki warna kulit yang cerah berbanding sawo matang.

Menerusi ciapan dikongsikan di laman Twitter, pemilik nama Nabila Huda Suhaimi berpendapat warna kulit asli wanita Melayu adalah cantik dan unik.

“Kenapa ramai perempuan Melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obses nak berkulit putih?”ciapnya.

Anak kepada penyanyi lagenda, Amy Search ini turut berkata, setiap wanita berkulit sawo matang seharusnya berbangga kerana warna berkenaan sangatlah ‘seksi’ dan mempunyai daya tarikan sendiri.

‘Beauty Standard’ Asia

Rata-rata warganet meninggalkan komen bersetuju dengan pandangan Nabila Hu dengan mengatakan kulit asli setiap wanita Melayu adalah cantik. Malah, mereka turut berkongsi pengalaman dan pendapat bahawa ada pihak meletakkan aras kecantikan seseorang wanita perlulah memiliki kulit cerah, barulah dikategorikan sebagai cantik.

Sebelum ini, Nabila Huda berbangga kerana tidak pernah mengambil sebarang pil pencerahan kulit meskipun bergelar seorang anak seni. Malah, beliau, menyatakan dia bangga dan bersyukur memiliki kulit yang sempurna, sawo matang kerana ia melambangkan ciri-ciri seorang wanita Melayu terakhir.

Tengok, kulit semulajadi dan gelap pun cantik tau…

BACA : Jangan ‘Skip’ Pakai Pelindung Matahari SPF, Ini Tip Pilih Ikut Jenis Kulit

Sumber: Twitter @abilsuhaimi

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana