Hiburan

Bruno Mars Gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil 17 September Ini

Share

Pemenang anugerah Grammy sebanyak 14 kali, Bruno Mars mengumumkan bakal kembali ke Kuala Lumpur bagi menjayakan  konsert Bruno Mars Live in Kuala Lumpur pada 17 September 2024.

Selepas enam tahun tidak bertandang ke sini, Bruno dijadualkan menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan lagu-lagu hit yang sering menjadi siulan peminat muzik di Malaysia.

Terdahulu, Bruno Mars pernah menjayakan konsert di Axiata Arena yang kebetulan jatuh pada tarikh sama dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia pada 9 Mei 2018.

Bagi korang yang tidak sempat untuk menyaksikan kehebatan vokal serta persembahan mantap Bruno pada waktu itu, jangan risau!

Korang boleh mendapatkan tiket konsert kali ini mulai 27 Jun, minggu hadapan sempena pra-jualan untuk ahli Live Nation dari 10 pagi hingga 11.59 malam. Sementara itu, jualan am pula akan dibuka pada 28 Jun, Jumaat mulai 10 pagi menerusi laman sesawang Go Live.

Buat masa ini, penganjur masih belum menguar-uarkan harga tiket bagi setiap kategori yang ditawarkan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ