BTS Cipta Sejarah Baru Bakal Buat Konsert Di Arab Saudi

Share

Kumpulan pop terkenal dari Korea, BTS mencipta sejarah baru dalam kerjaya muzik mereka apabila bakal mengadakan konsert di Riyadh, Arab Saudi.

Peminat di Malaysia baru saja excited

tentang berita kehadiran BTS yang khabarnya bakal mengadakan konsert di negara kita pada tahun hadapan dan kini kumpulan yang dianggotai oleh RM, Jin, Jungkook, Jimin, J-Hope, Suga dan V akan membuat persembahan dalam siri jelajah dunia di Stadium Antarabangsa Raja Fahd pada 11 Oktober nanti.

Berita ini disahkan menerusi KpopHerald di laman twitter mereka

Jika pada awal tahun ini, BTS sudah melakar sejarah apabila diundang sebagai penyampai trofi di majlis anugerah muzik popular dunia, Grammy Awards, kini populariti K-Pop turut menembusi negara Islam.

Tak sabar pula rasanya nak tunggu BTS datang ke Malaysia. Harapnya tidak ada isu perkauman dan agama dibangkitkan kerana ini semua adalah pilihan masing-masing.

Published by
Noor Ain Norman