BTS Dahului 7 Selebriti ‘Best Dressed’ Di Karpet Merah AMAs 2021

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Bertempat di Microsoft Theater di Los Angelas California, acara American Music Awards 2021 telahpun dilangsungkan pada pagi ini dengan penampilan di karpet merah oleh selebriti berkelas A dari Hollywood (dan Korea Selatan!).

Apabila bercakap mengenai AMAs saja, korang pasti teringat banyak momen fesyen yang cukup ikonik di karpet merah ini. Contohnya seperti Britney dan Justin yang tampil sebagai denim duo dan Lady Gaga dengan ‘kudanya.

Bagaimana pula dengan tahun ini? Jom lihat 6 selebriti ‘Best Dressed’ pilihan REMAJA.

 

01

BTS

Selalunya, selebriti lelaki akan tampil dengan sut blazer dan seluar hitam ke acara anugerah seperti ini kan? *Snoozefest!* Kumpulan sensasi K-pop, BTS membuktikan pemakaian lelaki bagi acara hiburan tetap boleh kelihatan classy dan menyeronokkan pada waktu yang sama.

Hari ini, mereka bertujuh menyarungkan sut Louis Vuitton daripada rangkaian tona monokrom seperti hitam, kelabu gelap dan kelabu cair. Apa yang membuatkan mereka berlainan adalah potongan siluet setiap sut ahlinya berserta warna kemeja pada bahagian dalam.

Ada yang memilih aksesori tambahan seperti tali pinggang pada bahagian pinggang manakala ada juga sut yang berpotongan lebih pendek daripada kebiasaan seperti yang dipakai oleh RM.

 

02

CARDI B

Rapper dan pengacara anugerah AMAs pada hari ini, Cardi B telahpun bersiap sedia untuk segmen karpet merah hari ini sejak sebulan yang lalu. Ternyata, Cardi dan glam squad-nya tidak mengecewakan apabila tampil dalam dua persalinan serba hitam.

Sabtu lalu, Cardi telah mengenakan gaun halter hitam bagi acara pengenalan untuk anugerah AMAs. Tapi tumpuan tentunya terarah kepada penampilannya pada acara utama, hari ini.

Penyanyi I Like It ini memadankan dress hitam berpotongan mermaid pada bahagian atas dengan topeng muka serta anting-anting emas. Tambah dramatik lagi apabila look Cardi ini lengkap dengan kain veil pada bahagian kepala dan kuku palsu emas yang didatangkan pada sarung tangan hitam.

Sekilas pandang, penampilan ‘Surrealism’ Cardi ini mengingatkan penulis kepada dan aksesori Beyonce di anugerah Grammy awal tahun ini oleh rumah fesyen, Schiaparelli. Ternyata telahan itu benar apabila pereka fesyennya, Daniel Roseberry turut memuat naik foto Cardi di akaun Instagram peribadi.

 

03

BILLY PORTER

Tidak lengkap rasanya karpet merah di Hollywood tanpa kehadiran pelakon Pose berusia 52 tahun, Billy Porter! Jangan cakap abang tak payung tau apabila Billy sekali lagi menjadi topik perbualan utama dengan aksesori kepala ala payung.

Demi memastikan dia tetap kelihatan chic, Billy menetapkan hanya satu tona warna saja bagi keseluruhan penampilannya hari ini daripada from umbrella head to toe. Hanya boot platform hitam dan padanan aksesori cincin yang pelbagai saja yang memisahkan tona warna tersebut. Heck

, kukunya juga diwarnakan biru!

Effort memang A.

 

04

JOJO

Lama tak nampak kelibat penyanyi Leave ini kan! JoJo ada saja dalam industri dan masih aktif menyanyi. Cuma penampilannya di AMAs kali ini telah mencuri perhatian setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke karpet merah anugerah.

JoJo yang memilih dress perak rekaan Usama Ishtay kelihatan lebih matang berbanding dahulu. Mungkin kerana dia baru saja menyiapkan album EP berjudul Trying Not To Think About It yang menceritakan episod depresi yang pernah melanda JoJo sebelum ini.

 

05

MACHINE GUN KELLY

Beberapa bulan kebelakangan ini, nama Machine Gun Kelly hanya dikaitkan dengan teman wanita yang kemudian menjadi tunangnya, Kourtney Kardashian. Setiap kali penyanyi ini memuat naik foto bersama Kourt, pasti jumlah likes dan komen netizen melipat kali ganda.

Sebab itulah, kami lega apabila jejaka berusia 31 tahun ini memilih untuk membawa anak perempuannya, Casie yang baru berusia 12 tahun sebagai ‘date’ ke karpet merah AMAs pada hari ini.

Kelly (atau nama sebenarnya, Colson Baker) dan Casie memakai persalinan serba hitam ala punk (duh) dengan aksesori yang pelbagai terutamanya pada Kelly. Tidak cukup dengan itu, masing-masing mengenakan warna kuku ‘matching’ untuk menjadikannya lebih menyeronokkan.

 

06

BAD BUNNY

Jika kami boleh memilih untuk menjadi salah seorang selebriti di karpet merah AMAs pada hari ini, pilihan kami tentunya ialah Bad Bunny! Bukan saja warna mint pada jaket puffer dan seluarnya kelihatan segar dan mudah dipadankan dengan sebarang aksesori. Malah, ia juga adalah persalinan paling selesa di antara semua selebriti yang hadir pada tahun ini!

And talk about those shades ! Kami inginkannya daripada pemenang kategori Favourite Male Latin Artist award ini.

 

07

OLIVIA RODRIGO

Dan akhirnya, kami perlu memberikan pujian kepada penyanyi Deja Vu, Olivia Rodrigo! Tidak gentar untuk mengambil risiko dari satu penampilan karpet merah ke penampilan seterusnya, Olivia semakin selesa dengan pemakaian yang lebih seksi dan selesa dengan tubuhnya sendiri seiring dengan usia yang semakin matang.

Kali ini, Olivia memilih gaun sekuin biru rekaan David Koma dengan padanan bra top dan high waisted underpants serba biru. Di bahagian bawah pula menampilkan elemen bulu sebagai suntikan retro yang diminati Olivia. Solekannya kekal ringkas demi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada gaun yang dipakai. Hanya bahagian bibir saja tercalit rona lipstik merah kejinggaan.

*

Korang rasakan penampilan Olivia pada kali ini terlalu seksi ataupun ia sesuai dengan imejnya sekarang?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi REMAJA untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ