
American Music Awards sudah pun menyenaraikan percalonan bagi setiap kategori dan kumpulan lelaki Kpop popular BTS dicalonkan untuk kategori Favorite Duo or Group – Pop/Rock yang pernah dimenangi mereka pada tahuh lalu. Turut dicalonkan dalam kategori tersebut adalah kumpulan adik-beradik Jonas Brothers dan Maroon 5.

Selain itu, BTS, EXO dan NCT 127 juga masing-masing bersaing untuk kategori Favorite Social Artist dan berentap bersama Billie Eilish dan Ariana Grande. Walau bagaimanapun, BTS telah mencatatkan kemenangan bagi kategori ini bagi dua tahun berturut-turut.


Fuh, mesti peminat tak sabar nak tunggu adakah tahun ini BTS sekali lagi berjaya melakar kemenangan dalam anugerah berprestij ini.
Pencalonan American Musics Awards 2020 turut menyenaraikan nama-nama besar seperti Lady Gaga, Taylor Swift, Justin Bieber dan ramai lagi.
American Musics Awards 2020 akan disiarkan pada 22 November ini di saluran ABC pada jam 8 malam ET / PT, bertempat di Microsoft Theater, Los Angeles.
Sama-sama kita nantikan kejutannya..
Sumber: Soompi
‘Selangkah Kita Keluar Tanpa Bertudung, Selangkah Kita Tarik Ayah Kita Ke Neraka,’ Netizen Puji Eyra Hazali

Nama Eyra Hazali semakin meningkat naik selepas kemunculannya dalam drama Mr Grey yang ditayangkan di Astro Ria pada tahun lalu.
Chemistry yang terjalin antara Eyra dan Fendy Bakry selaku pemegang watak hero sangat memberi impak kepada penonton dengan keserasian yang ditonjolkan dalam drama tersebut.
Baru-baru ini, Eyra Hazali dilihat sudah bertukar imej dengan memakai hijab. Artis remaja ini menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah setahun menyimpan hasrat untuk menutup aurat dan semuanya berlaku sekelip mata ketika Eyra bangun untuk menunaikan solat Subuh pada beberapa hari lepas, dia terus nekad untuk menutup aurat.
Perkongsian ini juga telah dibuat oleh Pencetus Ummah Amin di laman instagramnya dengan caption:
Boring jugak dengan tazkirah dari ustaz ustazah, apa kata korang dengar tazkirah artis ni. Simple, padat dan pengalaman diri dia sendiri..
Percayalah! Siapa jaga hukum Allah apsti Allah akan buka pintu rezeki tanpa dia sedar. Rezeki paling istimewa hati jadi tenang kemudian dibanyakkan hartanya. Doakan artis ini dilindungi Allah dan Malaikat dan kekal istiqamah atas jalan agama nya..
Ayat ni Win teruk: “Selangkah kita keluar tanpa bertudung (tak tutup aurat), selangkah kita tarik ayah kita ke neraka”
Keputusan Eyra Hazali mendapat pujian dan reaksi positif daripada netizen. Ramai yang mendoakan agar anak muda ini istiqamah dan mendoakan yang baik-baik untuknya.
Eyra juga telah memadam semua gambarnya semasa tidak berhijab. Salute!
Baru berusia 20 tahun, Eyra Hazali antara yang dilihat bakal menjadi pelapis pelakon wanita yang ada sekarang. Pernah menangguhkan keputusan untuk bertudung kerana terlalu memikirkan tentang kerjayanya, kami yakin bahawa walaupun sudah berhijab, ia tidak langsung menganggu perjalanan karier seninya.
Dengan bakat yang ada, Eyra Hazali mampu mendapat tempat dalam industri. Apa-apa pun, kita doakan agar Eyra terus mempamerkan sikap istiqamahnya ini dan menjadi contoh terbaik untuk anak muda hari ini.
InsyaAllah!
“Please Jangan Tertipu…”, Akaun Media Sosial Mia Sara Digodam Scammer

Pelakon, Mia Sara baru-baru ini mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambar dan namanya bagi melakukan kegiatan scam atau penipuan
Mia yang berkongsi hal itu menerusi akaun Tiktok miliknya semalam berkata pihak berkenaan menggodam emel dan juga akaun media sosial seperti X, Telegram dan Youtube.

“Saya tak boleh nak akses emel, Twitter (X), Telegram dan YouTube. Sebab dia ambil emel saya jadi dia gunakan sosial media saya untuk scam orang lain. Saya memang tak dapat akses lagi,” katanya.
Beberapa tangkap layar mesej perbualan mangsa-mangsa scammer yang menggunakan nama pelakon itu juga turut dikongsikan.

Mia Sara juga meminta orang ramai supaya tidak terpedaya sekiranya mereka menerima mesej tersebut secara peribadi. Jelasnya lagi, pihak scammer tersebut menawarkan kelas dan urusan jual beli akaun yang menggunakan namanya.
“Mana-mana pihak yang dapat notis atau mesej daripada Twitter (X) dan Telegram. Saya pun tak pakai Telegram dan kalau ada orang kata saya buka kelas ke apa, itu bukan saya.” – Mia Sara
“Itu orang lain yang guna nama dan muka saya,” ujarnya.
Menurutnya, dia juga menerima aduan daripada beberapa pengikut di media sosial mengenai kegiatan tersebut. Disebabkan itu, Mia memohon maaf kepada semua mangsa scammer berkenaan memandangkan hal ini terjadi diluar kawalannya.
Jelasnya lagi, laporan polis akan dibuat agar orang ramai tidak tertipu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sedia Sedia Terima Pesakit COVID-19, KKM Tambah Jumlah Katil Di Pusat Kuarantin MAEPS

Kes baharu positif COVID-19 setakat ini (28 Disember 2020) mencatatkan jumlah sebanyak 1,594 dengan tiga kematian direkodkan. PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Sabah serta beberapa daerah di Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang juga dilanjutkan bermula 1 Januari sehingga 14 Januari depan.
Hal ini tidak boleh dipandang remeh oleh masyarakat kerana kita masih belum menang bagi menangani situasi pandemik ini.
Operasi di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) Maeps juga nampaknya sudah bersiap sedia dengan penambahan kapasiti katil bagi fasa kedua sebanyak 3,032 menjadikan jumlah kapasiti katil sekarang adalah 6,132.


Usaha ini merupakan salah satu langkah proaktif KKM bagi memastikan kesiapsiagaan hospital sentiasa berada di tahap optimum. Bilangan katil akan terus dipertingkatkan mungkin sehingga 10,000 katil mengikut keperluan semasa. Peningkatan kapasiti katil PKRC MAEPS 2.0 fasa ke dua melalui pembukaan dewan baru ini diperlukan kerana pertambahan kes positif COVID-19 yang berterusan.
Kewujudan PKRC MAEPS 2.0 ini adalah hasil persetujuan sidang Majkis Keselamatan Negara (MKN) dan merupakan satu kolaborasi yang dipengerusikan bersama oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Agensi lain yang terlibat dalam usaha kolaborasi ini termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan MAEPS sendiri.


Nampaknya barisan frontliners kita masih lagi bertungkus-lumus dalam membuat persediaan sekiranya kes positif COVID-19 semakin meningkat. Namun, janganlah pula korang berasa selesa kerana kita tidak mahu virus ini terus menular di dalam negara.
Kita jaga kita, pastikan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Jadikan ini sebagai amaran dan peringatan untuk orang awam menjadi lebih peka dengan keadaan semasa.
Bercuti, bercuti juga ya. Tapi ingat, COVID-19 masih belum reda ya. Jaga penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka okay?
Sumber: Program Perubatan KKM