BTS & Girls’ Generation Antara Artis K-pop Tersenarai Dalam Carta Muzik Video Terbaik Abad Ke-21

Share

 

Taklukan serta jajahan industri muzik Korea yang popular dengan gelaran K-pop bukan lagi berlegar sekitar di negara-negara Asia tetapi ke seluruh dunia.

Populariti mereka yang pada mulanya dipandang sebelah mata oleh pengkritik muzik Barat nampaknya telah berubah sama sekali dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Setiap konsert atau siri jelajah mereka di luar negara juga sentiasa sold out dan mendapat perhatian luar biasa.

Terbaru carta muzik paling popular di dunia iaitu Billboard telah mengumumkan senarai ‘100 Greatest Music Video Of The 21st Century’.

Dan apa yang menarik sebanyak empat artis K-pop turut terpilih dan tersenarai dalam carta tersebut.

Carta yang diumumkan pada 24 Julai yang lali menyaksikan muzik video dari BTS, Girls’ Generation, PSY dan Orange Caramel telah dipilih.

Jadi apakah lagu dan muzik video setiap artis tersebut dan di kedudukan ke berapakah mereka berada?

Girls’ Generation

 

Tempat ke-92
Lagu: Gee
Tahun: 2009

Di angkat sebagai antara lagu K-pop terhebat sepanjang zaman, Girls’ Generation memperkenalkan diri mereka kepada audiens global dengan sebuah lagu electro pop yang rancak. Pengenalan muzik video yang cukup ikonik ini juga telah meletakkan muzik K-pop di mata dunia.

BTS

Tempat ke-67
Lagu: Blood, Sweat & Tears
Tahun: 2016

Arguably the most influential K-pop group in the world at the moment. BTS yang terkenal dengan koreografi dan gerak tari kompleks muncul dalam carta ini dengan muzik video ‘Blood, Sweat & Tears’. Sarat dengan pelbagai intrepretasi tarian, BTS membuktikan muzik video bukanlah sekadar pelengkap single sahaja.

Orange Caramel

Tempat ke-48
Lagu: My Copycat
Tahun: 2014

Sub-unit dari After School yang hanya aktif sampai tahun 2015 ini ternyata berjaya meninggalkan impak cukup besar dalam industri hiburan. Orange Caramel yang merupakan sub-unit tiga ahli terdiri dari Raina, Nana dan Lizzy memperkenalkan muzik video ‘My Copycat’ pada tahun 2014. Dengan corak agak unik, eksentriks dan lain daripada yang lain, Orange Caramel membuktikan sub-unit juga mampu berjaya!

ARTIKEL BERKAITAN: 7 Perkara Hanya Fans K-pop Saja Yang Lakukan

PSY

Tempat ke-12


Lagu: Gangnam Style
Tahun: 2012

Apa lagi yang boleh kita perkatakan tentang lagu dan muzik video K-pop paling ikonik dalam sejarah iaitu ‘Gangnam Style’. Malah tidak salah jika REMAJA katakan populariti dan sifat tular yang dibawa oleh PSY menerusi muzik video ini telah membuka jalan kepada industri K-pop berkembang lebih pesat di Eropah dan benua Amerika. Lagu yang catchy, tarian ikonik dan faktor tak terjangka menjadinya ‘Gangnam Style’ akan sentiasa berada dalam lipatan sejarah muzik K-pop global.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim