Baru-baru ini, peminat kumpulan sensasi BTS iaitu ARMY meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap kerajaan Korea Selatan selepas satu laporan yang tular di media sosial. 

Menerusi laporan tersebut, ada pihak mendakwa bahawa BTS tidak menerima sebarang bayaran untuk penglibatan mereka dalam konsert percuma bagi mempromosikan kempen Busan World Expo 2030 yang dijalankan pada tahun 2022 lalu.

BTS, yang terkenal dengan sumbangan besar mereka pada industri budaya dan ekonomi Korea, dilaporkan sepatutnya menerima 7 billion KRW (sekitar USD4.75 juta) dalam penglibatan mereka. Walau bagaimanapun, sebaliknya kumpulan ini dan agensi mereka, HYBE terpaksa menanggung sepenuhnya kos penganjuran bagi konsert tersebut.

BTS Kena ‘Scam’ Bayaran 7 Bilion Won Untuk Konsert Percuma Busan, Peminat Kecewa Dengan Kerajaan Korea Selatan
BTS ketika dilantik sebagai Duta Busan World Expo 2030

 Terdahulu, konsert yang berlangsung pada 15 Oktober 2022 di Stadium Utama Asiad Busan, pada mulanya dirancang untuk diadakan di tempat yang kurang selamat. Namun, kebimbangan mengenai keselamatan menyebabkan mereka terpaksa menukar tempat, yang menambah lagi cabaran logistik yang dihadapi oleh HYBE dan BTS dalam mengatur acara tersebut.

Dalam pada itu, tuduhan mengenai eksploitasi dan penipuan bayaran ini telah menimbulkan perdebatan hangat di media sosial sehingga ada ramai peminat tampil mempersoalkan layanan kerajaan Korea Selatan terhadap BTS sebagai salah satu sumber yang banyak menyumbang kepada negara ginseng tersebut.

Ads

Menurut sumber, ini bukanlah kali pertama BTS didakwa dieksploitasi sebegitu rupa. Malah, peminat BTS (ARMY) juga mengkritik acara tersebut kerana pengaturannya yang teruk serta menuduh kerajaan menggunakan BTS bagi tujuan publisiti selain menipu kumpulan itu.

BTS Kena ‘Scam’ Bayaran 7 Bilion Won Untuk Konsert Percuma Busan, Peminat Kecewa Dengan Kerajaan Korea Selatan
BTS ketika persembahan konsert Busan pada tahun 2022

 Walaupun diiktiraf sebagai Duta Kehormat untuk Expo Dunia dan memainkan peranan penting dalam menarik perhatian antarabangsa, ketujuh-tujuh ahli kumpulan itu bukan sahaja membuat persembahan tanpa bayaran, tetapi juga menanggung kos pengaturcaraan, termasuk pengeluaran, keselamatan, dan pengurusan staf.

Ads

Selain itu, pada tahun 2023, kerajaan Korea Selatan turut dilaporkan cuba memaksa ahli BTS untuk membuat persembahan ketika mereka sedang menjalankan latihan wajib ketenteraan. Namun, cadangan tersebut berjaya ditentang oleh agensi pengurusan HYBE.

Kritikan yang serupa timbul terhadap cadangan undang-undang yang membenarkan kumpulan itu membuat persembahan semasa menjalani khidmat ketenteraan secara berperingkat tanpa bayaran yang sepatutnya, kerana undang-undang yang ada tidak membenarkan tentera yang berkhidmat menerima pendapatan luar.

Ads
BTS Kena ‘Scam’ Bayaran 7 Bilion Won Untuk Konsert Percuma Busan, Peminat Kecewa Dengan Kerajaan Korea Selatan
BTS dianggotai oleh RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V & Jungkook

Sekadar info, konsert percuma di Busan itu disaksikan oleh lebih 55,000 penonton secara langsung di stadium dan berjuta-juta penonton di seluruh dunia, menunjukkan pengaruh global kumpulan ini. Walaupun HYBE mengakui tekanan kewangan, mereka menekankan komitmen mereka untuk mengekalkan standard prestasi yang tinggi dan berbangga kerana dapat menyokong inisiatif nasional.

Menurut laporan oleh Sports Chosun pada 2022, HYBE menekankan faedah ekonomi yang boleh dibawa oleh Expo kepada Korea dan matlamat bersama untuk mempromosikan Busan di pentas global.

Pada masa ini, lima daripada tujuh ahli kumpulan itu sedang menjalani khidmat ketenteraan dan menurut laporan kesemua ahli akan menamatkan perkhidmatan mereka menjelang Jun 2025. Jin dan j-hope telah pun menamatkan perkhidmatan mereka, dengan Jin selesai pada Jun dan j-hope pada Oktober.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI