
calling out all bts armys!!
Mcdonald’s telah melancarkan kolaborasi mereka bersama boyband terkenal K-Pop BTS (Bangtan Boys) dan menu terbaru BTS ni akan dilancarkan di Malaysia pada 26 Mei ini!
Menurut label agensi BTS, BigHit Music, kumpulan K-pop ini mempunyai momen manis bersama Mcdonald’s dan mereka berasa sangat teruja untuk berkongsikan BTS Meal ini bersama seluruh dunia! Menurut Naib Presiden dan Ketua Pemasaran McDonald’s pula, tidak kira siapa pun anda, semua orang pasti akan ada menu favorite mereka di McD, even BTS sekalipun!

Untuk pengetahuan korang, BTS Meal set ni datang dalam set Chicken Mc-Nuggets 10 pieces, medium size Coke, dan juga dipping sauce Sweet Chili dan Cajun. Kalau korang nak tahu, sebenarnya resepi terkenal ini diinspirasikan khas daripada McDonald’s Korea Selatan.

BTS Armys Malaysia! Jangan lepaskan peluang ini tau.. mark calendar korang 26 Mei ni cepat-cepat.. serbu McD boleh, tapi make sure korang jaga SOP juga tau!
“Ya Allah! Bomba Ambil Masa 2 Jam Untuk Potong Kaki Rakyat Malaysia Tersepit Mesin Sampah Di Korea Selatan

Semalam, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih menimpa Daniel Arif Ahmad Fuad, 21 tahun yang tersepit di mesin pengisar sampah ketika bekerja di Samseong, Seoul, Korea Selatan di mana kejadian menimpanya Isnin lalu.
Dalam kejadian menyedihkan itu, Daniel dikatakan sedang mengorek sampah yang melekat pada mesin pengisar berkenaan sebelum mesin tersebut secara automatik bergerak sendiri biar sudah di off melalui alat kawalan jauh sehingga mengisar sebahagian kakinya.
Malah pihak bomba juga terpaksa mengambil masa dua jam untuk memotong kakinya sebelum dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal. Ya Allah, sedihnya!

Buat masa ini keadaan mangsa dilaporkan kritikal dan diberi ubat tidur. Masa yang sama esok satu pembedahan besar akan dilakukan oleh pihak Hospital Suwon Ajudee ke paras pehanya selepas diiangkiti kuman. Pembedahan ini akan dilakukan segera selepas kedatangan kedua ibu bapa Daniel yang sudah pun bertolak ke Korea Selatan.
Rakan kepada Daniel yang lebih dikenali sebagai Shahir yang sama-sama bekerja di Korea Selatan memohon doa dari rakyat Malaysia agar sahabatnya itu diberikan kesembuhan.
“Saya berharap rakyat Malaysia dapat doakan pembedahan kedua Daniel Arif berjaya dan dia diberikan kekuatan serta kesembuhan oleh Allah SWT.”

Shahir berkata, Daniel Arif kini dirawat di Hospital Suwon Ajudae, Seoul dan perlu menjalani pembedahan kedua untuk memotong pangkal paha akibat jangkitan kuman.
“Doktor memberitahu pembedahan berkenaan berisiko kehilangan nyawa, dan saya mohon orang ramai dapat mendoakan Daniel Arif diberikan kesembuhan segera.
Ngeri bila tahu bagaimana kejadian ini menimpa Daniel sehingga kakinya dikisar mesin sampah!.
Menurut rakan mangsa, kejadian ini berlaku sekitar jam 3 petang di mana mesin pengisar sampah itu tersangkut menyebabkan Daniel terpaksa mengorek sampah yang melekat di bahagian pengisar itu.
“Ketika kejadian, mesin sudah ditutup dan Daniel Arif diarahkan mengorek sampah dari dalam, manakala pekerja lain sedang berusaha memperbaikinya.
“Namun tidak tahu bagaimana selepas sejam lebih, mesin berkenaan “berjalan” sendiri walaupun sudah ditutup menggunakan alat kawalan jauh menyebabkan separuh badan Daniel dikisar dari paha hingga ke kaki.
“Menyedari kejadian itu, penyelia kilang terus berlari dan menekan suis kecemasan untuk menghentikan mesin berkenaan sebelum menghubungi ambulan.
“Selepas ambulan tiba, bomba dan pihak hospital terpaksa mengambil masa lebih dua jam untuk memotong kaki Daniel sebelum dia berjaya dikeluarkan dan ketika itu dia berada dalam keadaan separa sedar,” katanya.

Sementara itu dalam satu temubual sebelum bertolak ke Korea Selatan, bapa Daniel iaitu Ahmad Fuad Yun, 52, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh rakan anaknya mengenai kejadian itu.
“Saya memang ada halang dia nak ke sana dulu (bekerja). Sedih tu, sesiapa pun akan sedih. Tapi kita sebagai orang Islam, kita terima qada dan qadar Allah,” katanya yang kedatangannya amat ditunggu oleh pihak hospital kerana perlu menandatangani surat kebenaran memotong sehingga ke paras peha anaknya yang sudah dijangkiti kuman.
Masa yang sama keluarga ini sendiri tidak tahu, berapa jumlah bil perubatan akan dihadapi oleh anaknya itu. Bagi yang mahu meringankan beban keluarga ini, boleh salurkan bantuan ke akaun Maybank atas nama ibunya, Zainah Mohamad di akaun 157090003447 .
Jom rakyat Malaysia yang prihatin membantu dari segi kewangan selain doa untuk anak muda ini. Hari ini mungkin harinya dan kita tidak tahu nasib diri di masa akan datang.
Sumber : HARIAN METRO & M STAR
“Menunjukkan Contoh Yang Tidak Baik…”, Dr Noor Hisham Beri Teguran Buat Noh Salleh

Merokok merupakan salah satu punca seseorang individu itu mendapat penyakit berbahaya dan ia secara tidak langsung memberikan kesan buruk kepada perokok. Apa yang lebih membimbangkan, ada yang mula menghisap rokok sewaktu di bangku sekolah lagi. Hal ini menunjukkan satu gaya hidup yang tidak sihat telah berlaku dalam masyarakat kita.
ARTIKEL BERKAITAN : Paru-Paru Ditebuk Akibat Vape & Rokok, Lelaki Ini Mahu Kisahnya Jadi Iktibar

Tular di media sosial berkenaan gambar serta video seorang vokalis kumpulan nyanyian berjalan di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dengan menyelitkan sepuntung rokok di jarinya.
Lebih mengecewakan, perbuatan tersebut sememangnya dilarang dilakukan di tempat awam dan akan menjadi contoh tidak baik terutama buat golongan muda.
“Menunjukkan Contoh Yang Tidak Baik…”
Tindakan Noh Salleh kemudian mendapat teguran oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (DG Hisham) menerusi kenyataan rasmi di laman Twitter beliau. DG Hisham memandang serius isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.
Malah, menurut DG Hisham beliau turut menyeru masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadikan budaya merokok satu budaya yang tidak diterima dalam kalangan masyarakat.
Sebelum ini, Noh pernah mencetus sensasi gara-gara selamba menghisap rokok elektronik ketika ditemu bual media dalam sebuah acara sekitar Julai lalu.
*
Satu pesanan dari REMAJA, confirm tak hilang macho korang kalau tak hisap vape atau rokok di khalayak ramai.
BACA: Malaysia Cadang Haram Penjualan Rokok Kepada Mereka Yang Lahir Selepas 2005
Sumber : Twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (DG Hisham)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semak Laman Web Ini Untuk Lihat Lingkungan Perjalanan 10 KM Dari Rumah Korang

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini menyaksikan 6 buah negeri terlibat, termasuklah Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sabah. Kesemua negeri tersebut dilarang untuk merentas negeri dan daerah, hanya dibenarkan bergerak dalam radius 10 kilometer sahaja dari kawasan rumah.
Persoalannya, bagaimana untuk kita melihat sama ada destinasi yang ingin dituju itu terletak dalam lingkungan 10 km? Nah, ada satu cara mudah yang telah dikongsi oleh amanz.my, korang boleh menggunakan laman web 2kmfromhome untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Di Ireland, laman web ini telah dibangunkan bagi memudahkan warga negara tersebut mematuhi jarak perjalanan maksimum yang dikenakan kerajaan. Terdapat pilihan untuk jarak perjalanan 1,2, 5, 10, 15 dan 25 kilometer. Ia secara automatik akan menjejak lokasi korang dan menunjukkan kawasan di dalam jarak yang dicari dalam bulatan berwarna merah.
Jadi, sepanjang PKP ni tidaklah korang melilau merata-rata kalau dah tahu had yang dibenarkan untuk bergerak. Walau bagaimanapun, kalau tiada urusan penting jangan pula gatal-gatal nak keluar rumah ya. Hiks!
Stay safe!
Sumber: amanz.my