
Penangan muzik K-Pop memang tidak boleh disangkal lagi apabila kali ini kumpulan anak muda dari Korea, BTS pula berjaya mencipta sejarah kerana lagu terbaru mereka berjudul Dynamite mencatatkan jumlah tontonan tertinggi dalam masa 24 jam.
Lagu Dynamite merupakan single Inggeris daripada kumpulan BTS yang dilancarkan pada 21 Ogos 2020 pada jam 1 petang waktu Korea, sekali gus dengan muzik video.
Pada 23 Ogos, YouTube mendedahkan muzik video Dynamite telah memperoleh sebanyak 101.1 juta tontonan dalam tempoh 24 jam sejak dilancarkan, secara tidak langsung memecahkan rekod yang dipegang Blackpink menerusi lagu How You Like That yang mencapai 86.3 juta tontonan.
Kiraan tontonan rasmi YouTube sering kali berbeza dengan jumlah sebenar real time. Berdasarkan perkiraan rasmi YouTube, ternyata tontonan muzik video Dynamite mencapai jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah tontonan 98.3 juta yang dilihat pada laman web dalam masa 24 jam.
Walaupun dilaporkan bahawa Dynamite mencatatkan tontonan tayangan perdana YouTube yang paling tinggi dalam sejarah, YouTube kini telah pun mengesahkan fakta ini dan mendedahkan bahawa muzik video ini mempunyai lebih daripada 3 juta penonton secara langsung dalam satu ketika. Rekod sebelumnya dipegang oleh video muzik How You Like That daripada Blacpink, yang mempunyai sebanyak 1.66 juta penonton serentak.
Wah, memang bukan biasa-biasa BTS ni, tahniah!
Sumber: Soompi
10 Cara Paling Seronok Recycle Seluar Jean Lama

Isi Kandungan
ToggleRasanya tak sah kalau korang sebagai remaja kalau tidak memiliki hatta sepasang seluar jean. Diperbuat daripada bahan denim, seluar jean biasanya menjadi pilihan orang muda kerana sifatnya yang tahan lasak, senang digayakan dan berjiwa muda atau rebel.
Namun, kami pasti korang paling kurang pun dalam almari pakaian mesti memiliki beberapa helai seluar jean lama yang telah lusuh atau saiznya yang kini… ehem… mungkin tidak lagi padan dengan ukuran pinggang.
Jadi apa yang boleh korang buat dengan seluar jean tersebut? Takkan nak biarkan sampai reput dalam almari, bukan? Jom ikuti beberapa cara paling seronok bagaimana korang boleh kitar semula seluar jean menjadi barangan yang berguna!
1. Selipar denim
Terdapat beberapa aspek mengapa bahan dari denim sentiasa jadi pilihan. Salah satu daripadanya ialah keselesaan. Jadi, apa kata korang guna kain denim pada seluar jean yang lama dan tukarkannya menjadi selipar bilik. Bukan sahaja selesa tapi cantik!
2. Sarung tangan dapur
Khas buat korang yang minat memasak dan sering masuk dapur. Jadikan denim yang tidak digunakan untuk dijadikan sebagai sarung tangan dapur yang menarik. Bahan denim yang lasak memang sesuai dijadikan sarung tangan begini. Korang yang suka masak kek tu, inilah jawapan yang dicari agar tangan tak melecur.
3. Beg tangan
Kalau dulu ia hanya muncul sebagai barangan D.I.Y tapi sekarang beg tangan denim sudah dihasilkan secara komersial. Bagi korang yang ada seluar jean lama tak perlu beli tetapi dengan sedikit ubah suai sahaja sudah boleh bergaya sakand dengan beg tangan denim!
4. Bekas alat tulis
Bagi golongan pelajar sekolah dan universiti, bekas alat tulis bukan sahaja berfungsi sebagai alat membawa alat tulis tetpai ia juga boleh jadi medium untuk mengekspresikan diri. Jadi, gunalah seluar jean lama untuk hasilkan bekas alat tulis dan tampalkan patches menarik untuk nampak lebih cool!
5. Tali leher
Ini khas untuk jejaka. Buat gadis-gadis sekalin, korang boleh hasilkan tali leher ini sebagai hadiah hari ulang tahun atau hadiah anniversary. Percayalah lelaki sangat hargai hadiah daripada pasangannya yang dihasilkan sendiri dengan usaha dan hati yang ikhlas. Cuma jangan pula nanti dia gunakan tali leher ini untuk ke sesi temuduga sudahlah. Hehe.
6. Hiasan bunga
Ini khas untuk korang yang suka dengans eni gubahan. Korang boleh cuba kelainan dengan menghasilkan hiasan bunga diperbuat daripada seluar jean lama atau lusuh. Ia akan kelihatan dengan lebih menarik bersama gabungan pin rambut pelbagai bentuk. Ia boleh nampak kompleks tetapi sangat cantik!
7. Alas kerusi
Ini merupakan satu lagi idea menarik bagaimana seluar jean lama boleh diguna pakai semula dengan bijak. Set kerusi makan sudah lama digunakan dan ia semakin kotor dan hilah warna. Jangan risau, korang boleh menggantikan alas dengan seluar jean yang dipotong mengikut saiz sesuai. Lukisan tambahan pada alas kerusi juga menjadikan ia lebih ‘hidup’.
8. Cekak rambut
Ramai wanita berambut panjang menggunakan cekak setiap hari dan boleh dikatakan setiap masa untuk tampil lebih kemas dan cantik. Dan dengan itu terdapat ribuan jenis corak dan bentuk cekak rambut ditawarkan di pasaran. Namun ada satu corak cekak rambut yang diperbuat daripada kain denim boleh menarik perhatian ramai pihak. Balutkan cekak rambut yang basic dan jadikannya sebagai cekak rambut hebat.
9. Sarung Bakul Sampah
Bakul sampah pasti akan wujud di dalam kelas, pejabat dan mungkin terletak di sebelah kamu saja. Kadangkala bakul sampah begini bukan sahaja digunakan untuk menampung sampai tetapi diubah suai menjadi produk lain lebih berguna.
10. Apron
Satu lagi karya kitar semula yang mesra dapur dan khas buat golongan wanita dan lelaki yang gemar memasak. Apron merupakan satu bentuk pakaian yang sangat sesuai digunakan di dapur. Hasil kerja tangan sendiri yang digunakan untuk dapur sendiri, ia merupakan satu kebanggaan buat kora
“Mak Ayah Dah Tua Bukan Kain Buruk Atau Barangan Lusuh” Sayangi Selagi Ada, Menangis Bila Baca Coretan Ini

Di zaman dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan. Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan. Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya, agar tidak membebankan kehidupan anak-anaknya.
Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan. Kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya . Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.
Sesampai di dalam hutan yang tebal, si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya. Si ibu yang tak terdaya tadi masih tenang.
Dalam senyumnya, dia berkata, ”Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah ”.


Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal.
Sahabatku semua, renung2kanlah.
”Orang tua ” bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya. Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam susah , hanya ”orang tua” yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah.
”Orang tua” mereka tidak pernah meninggalkan kita, macam manapun keadaan kita.
Walaupun kita pernah melawan atau meninggi suara kepada orang tua namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita.

Ibu bapa Menurut al-Qur’an..
Terdapat tiga ayat di dalam al-Qur’an yang saling berulang, yang dapat kita gunakan untuk mengetahui betapa besar kedudukan ibubapa dan betapa penting tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Ayat-ayat tersebut adalah:
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36][1]
Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]
Kasihi dan sayangi lah orang tua kita selagi mereka masih hidup.
Pawagam Berteriak Tonton Filem Perempuan Tanah Jahanam, Peminat ‘Pengabdi Setan’ Pasti Suka

Iyalah, filem seram Indonesia selalu sarat dengan elemen mistik daripada kebudayaan dan kepercayaan sesetengah masyarakat di sana.
Ditambah pula dengan teknik sinematografi dan jalan ceritanya yang mempunyai plot twist, kita pasti akan ternanti-nanti dibuatnya.
*
Selepas ditayangkan di Indonesia pada Oktober 2019, akhirnya filem Perempuan Tanah Jahanam menemui pawagam Golden Screen Cinemas pada minggu ini. Penulis sendiri sempat untuk menyaksikan filem tersebut sempena acara yang dianjurkan oleh portal Media Hiburan.
Walaupun memiliki jalan cerita baharu, beberapa puluh minit pertama filem ini akan mengingatkan korang kepada filem Pengabdi Setan yang memecahkan rekod gempak di Malaysia 2 tahun lalu.
Ini kerana Perempuan Tanah Jahanam juga diarahkan oleh Joko Anwar. Malah peminat filem seram di negara seberang berpendapat Perempuan Tanah Jahanam lebih menakutkan dan realistik berbanding Pengabdi Setan kerana tempoh penggambaran filem ini lebih panjang (satu setengah bulan) dan di lebih banyak lokasi.
Perempuan Tanah Jahanam menceritakan tentang seorang gadis bernama Maya (Tara Basro) yang ingin mengkaji sejarah keluarganya bersama rakan baiknya, Dini (Marisa Anita) sebagai peneman.

Maya juga mendapat tahu dia merupakan waris kepada harta peninggalan keluarganya.
Namun, jejak Maya dan Dini sebaliknya bertukar seram apabila sejarah hitam penduduk kampung tersebut menghantui mereka berdua sehingga mampu meragut nyawa.
Penduduk kampung memberikan layanan dingin kepada mereka berdua dan rupa-rupanya ingin membunuh Maya demi menghentikan sumpahan yang berlaku kepada bayi yang baru lahir di kampung itu.
*
Bagi penulis, filem ini sarat mesej dan bermain dengan fikiran penonton akan misteri yang menyebulungi kampung itu. Tetapi di pertengahan filem, korang akan mulai terasa seram dengan kejadian yang berlaku satu-persatu sehingga korang tak sempat nak berehat daripada rasa terkejut.
Cer tonton reaksi finalis Hero Remaja dan Dewi Remaja yang menonton semalam di bawah.