BTS Percaya Dunia Akan Kembali Pulih Menerusi ‘Permission To Dance’

Share

 

Nampaknya, BTS benar-benar menggemari muzik yang kedengaran ‘fun’ dan ‘cute’.

Secara peribadinya, kami rindukan genre muzik seperti Fire, We Are Bulletproof dan Epiphany. Namun, single seperti Boy With Luv dan Butter masih merupakan antara lagu BTS yang paling kerap diulang dalam Playlist kami.

Terbaru, BTS telahpun melancarkan single berjudul Permission To Dance pada hari ini. Ia hadir dalam bentuk CD single yang mengandungi trek Butter, Permission to Dance dan versi instrumental bagi kedua-dua lagu tersebut. BTS turut melancarkan sebuah video muzik untuk single baharu ini.

Seperti yang ARMY ketahui, Permission To Dance ditulis bersama-sama Ed Sheeran, Steve Mac, Johnny Mcdaid dan Jenna Andrews. Kali pertama penulis mendengar Permission To Dance

sebentar tadi, jujurnya ia kedengaran seperti lagu yang dinyanyikan dalam episod muzikal Disney atau Nicklodeon.

It is cute, but is this what I am looking for from BTS?

Namun, setelah diamati dengan lebih teliti pada lirik serta muzik video Permission To Dance, single berentak youthful ini sebenarnya membawa maksud yang lebih mendalam.

Bahagian pra-korusnya memberikan gambaran agar kita tidak sekali-sekali hilang harapan apabila berdepan dengan sesuatu cabaran.

When the nights get colder
And the rhythms got you falling behind
Just dream about that moment
When you look yourself right in the eye
Then you say
I wanna dance

Semua orang akan diuji dengan kepayahan hidup. Bahkan seluruh dunia sekarang sedang diuji dengan situasi COVID-19 yang masih tidak menampakkan tanda-tanda akan pulih; apatah lagi dengan kehadiran beberapa varian wabak baharu.

Namun itu tidak bermakna kamu harus melepaskan impian dan perancangan yang telah dicatur dalam hidup. Yes, akan ada beberapa perkara yang perlu ditunda, tapi kita tidak akan duduk di dalam rumah selama-lamanya, kan? So lets look on the brighter side.

We don’t need to worry
‘Cause when we fall, we know how to land.

Bahagian pra-korus yang dinyanyikan oleh Jimin, RM dan Jin ini sudah membayangkan situasi yang kita lalui sekarang.

We need to trust the process. Ada sebab mengapa semua cabaran hidup ini mendatang. Ia menjadikan seseorang lebih kuat, tabah dan matang. Dari situ, kamu akan lebih bersedia untuk berdepan apa-apa cabaran yang lebih getir pada masa akan datang.

Secara visual pula pada video muziknya, Permission To Dance amat dekat dengan realiti dunia sekarang. Penduduk dunia perlu memakai pelitup muka di mana-mana.

Hanya ahli BTS saja yang bebas menyanyi dan menari tanpa sebarang kerisauan. Penulis mentafsirkan grup tersebut sebagai simbol harapan dan positiviti yang perlu ada dalam diri kita semua. Satu hari nanti, pasti kita juga boleh menjadi bebas seperti mereka.

Belon berwarna ungu pula melengkapkan idea video muzik ini. Semua orang dapat disatukan dengan harapan agar mesej-mesej positif daripada Permission To Dance sampai kepada mereka.

*

Apa pendapat korang mengenai Permission To Dance? Adakah korang merasakan ia mempunyai vibe seperti High School Musical? Ataupun lagu tema filem Despicable Me 3, Happy nyanyian Pharell Williams?

Cer tonton MV-nya di bawah:

Published by
FZ