BTS Tebus Kekecewaan Grammy Dengan 4 Kemenangan Anugerah Muzik Billboard

Share

 

Siapa dapat lupakan bagaimana kumpulan K-pop bertaraf penghibur antarabangsa, BTS seakan ‘dimanipulasi’ oleh penganjur anugerah Grammy beberapa bulan lalu.

Peminat mereka, Army mempersoalkan tindakan Grammy yang seakan menggunakan populariti BTS demi menaikkan rating rancangan anugerah tersebut walaupun BTS gagal membawa pulang kategori Persembahan Pop Duo atau Berkumpulan menerusi lagu Dynamite.

BACA LAGI : MTV, Halsey & Lauv Pertahankan BTS Selepas Komen ‘Racist’ DJ Radio – REMAJA

Hari ini, BTS menebus semula kekecewaan di Grammy itu dengan kemenangan berganda di Anugerah Muzik Billboard 2021.

Dynamite dinobatkan sebagai lagu paling laris terjual dengan mengenepikan calon lain seperti I Hop (Charlie Puth), WAP (Megan Thee Stallion), Blinding Lights (The Weeknd) dan Savage (Megan Thee Stallion feat. Beyonce).

Kemenangan yang diumumkan oleh Gabrielle Union itu menambah koleksi kemenangan BTS selepas mereka turut membawa pulang kategori Duo/Group, Social Artist dan Song Sales Artist.

Dalam ucapan mereka, BTS terlebih dahulu berterima kasih kepada Army yang tidak putus-putus memberikan sokongan dari Seoul Korea dan dari seluruh dunia.

Kata RM dalam nada terharu, “Ini adalah satu penghargaan untuk menjadi pemenang bagi kategori signifikan ini.

“Kami ingin kongsikan ‘fresh energy’ dengan semua pendengar lagu Dynamite dan anugerah ini telah membuktikan bahawa kami berjaya melakukannya. Terima kasih banyak-banyak, love you & bless you.

“Terima kasih kerana meminati muzik kami dan terima kasih di atas anugerah yang kami menangi pada malam ini,” ujarnya.

Untuk pengetahuan, Dynamite berjaya berada dalam carta Billbboard Hot 100 selama 32 minggu berturut-turut setelah berjaya mendaki tangga pertama pada 4 September 2020. Ia sekaligus menjadikan BTS sebagai penghibur yang sepenuhnya berasal dari Korea Selatan pertama yang berjaya memperolehi kejayaan tersebut.

Terdahulu pada Jumaat minggu lalu, BTS memecahkan rekod mereka sendiri di YouTube setelah video klip untuk single terbaru, Butter mencatatkan jumlah tontonan tertinggi dalam tempoh 24 jam mengatasi single Dynamite pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : Single Terbaru BTS “Butter”, Terima 20 Juta Tontonan Dalam Masa 1 Jam Di YouTube – REMAJA

BACA LAGI : Kolaborasi BTS & McDonald’s Lancar ‘BTS Meal’ Di 50 Negara Seluruh Dunia – REMAJA

Published by
FZ