BTS Umumkan Konsert ‘Love Yourself Tour’ Di Singapura, Bagaimana Pula Malaysia?

Share

Berita tergempar untuk peminat K-pop khususnya BTS telah muncul hari ini. Dan ia pasti menggembirakan ARMY yang berada di Selatan Tanah Air dan juga negara jiran.

BTS telah mengumumkan yang mereka bakal singgah di Singapura sebagai sebahagian daripada lokasi perhentian mereka sempena ‘LOVE YOURSELF TOUR’ pada 19 Januari 2019.

Berita yang diumumkan pada pagi tadi turut menyatakan beberapa lokasi lain seperti Taiwan, Hong Kong dan Thailand yang akan diadakan bermula dari Disember 2018 sehingga April 2019.

Selepas berita ini mula tular di laman media sosial pihak penganjur di Singapura iaitu One Production telah memuat naik tweet mengesahkan BTS akan mengadakan konsert istimewa di NationaL Stadium yang mampu memuatkan seramai kira-kira 55,000 orang penonton.

Kali terakhir BTS singgah ke negara tersebut ialah lima tahun yang lalu dengan konsert ‘The Red Bullet’ dengan hanya lebih lima ribu penonton. Nampaknya kali ini BTS ingin kembali dengan kuasa gegaran yang lebih hebat!

Tambah menarik lagi, BTS merupakan grup K-pop pertama yang bakal mengadakan konsert solo di stadium penuh berprestij tersebut. Dan ia juga bakal menjadi sebuah konsert terbesar pernah diadakan di Singapura?

Rata-rata ARMY sangat teruja dengan berita ini dan berkongsi kegembiraan di laman media sosial seperti di Twitter. They’re so excited and freaking out! Lol

Okay…. jadi bagaimana pula dengan negara kita, Malaysia?

Pada tahun 2015 mereka datang ke Kuala Lumpur untuk konsert ‘The Red Bullet’. Dan sambutan yang diberikan oleh ARMY Malaysia sememangnya cukup hebat.

Ketika artikel ini ditulis masih tiada sebarang berita atau ura-uta yang BTS akan turut mengadakan konsert ‘LOVE YOURSELF’ di Malaysia. Pastinya ramai ARMY yang cukup berharap untuk dapat menyaksikan persembahan mereka sekali lagi, apatah lagi dengan status superstar mereka di peringkat global kini mencapai tahap sangat luar biasa.

Semoga akan ada penganjur di Malaysia yang dapat ‘memujuk’ BTS untuk turut singgah ke Malaysia!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim