Selain daripada teruja dengan The Avengers, Hell boy dan drama siri Korea, filem BU yang bakal menemui pemonton di pawagam pada 11 April sangat ditunggu-tunggu dari peminat filem industri melayu. Meskipun trailer filem ini tidak viral dan tidak mendapat sambutan luar biasa, filem yang penuh dengan mesej dan beremosi ini sesuai benar ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
Filem yang berkisahkan beberapa individu yang melalui liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran. Tentu sekali dalam sesebuah keluarga, akan wujudnya konflik yang membawa kepada keretakan rumah tangga. Jika kamu pernah menonton filem Sepi, Cinta dan Pulang, pasti kamu akan faham dengan genre
filem ini.Filem ini dimulakan dengan kemalangan yang melibatkan pelakon-pelakon utama, namun siapa mangsa yang dilanggar masih menjadi misteri sehingga minit terakhir filem ini.
Rashidi Ishak, Nadiya Nisaa dan Tia Sara merupakan sebuah keluarga yang mempunyai masalah dan jarang berkomunikasi. Berlainan pula dengan keluarga Dian P.Ramlee, Iedil Putra dan Mawar Rashid yang nampak bahagia namun sebenarnya banyak rahsia yang terpendam. Sementara Remy Ishak dan Nadia Brian yang inginkan sebuah keluarga besar, namun tidak punya rezeki. Tidak seperti filem melodrama yang lain, watak keluarga dalam cerita ini tiada kaitan antara satu sama lain.
Sesuai dengan nama BU, filem ini banyak mengetengahkan elemen kekeluargaan dan pengorbanan seorang ibu membesarkan anak, sehingga terpaksa mengetepikan cita-cita. Filem ini juga memperlihatkan bagaimana seorang ibu pempertahankan maruah anak yang bersalah. Watak yang dipikul oleh Dian P.Ramlee dan Nadiya Nisaa amat besar kerana ia merupakan inti kepada filem ini.
Menjadi seorang ibu bukan satu kerjaya yang mudah. Ia merupakan kerjaya sepanjang hayat. Berjayanya seorang anak adalah dari pengorbanan seorang ibu yang sentiasa menyokong dari belakang. Tentu kamu masih ingat bila mana kamu dalam kesusahan, ibu orang pertama yang akan backup
kamu meskipun kamu salah! Hebat kan ibu? REMAJA nak ingatkan semua, hargailah pengorbanan ibu. Tanpa mereka siapalah kamu.