Buang Kucing Di Pasar! Hukuman Penjara 3 Tahun & Denda Sehingga RM100,000 Menanti Pemilik

Share

Nampak macam hal kecil. Ini kerana kita pasti berfikir, jika buang kucing di pasar pasti haiwan peliharaan ini tidak akan mati kebuluran kerana ada makanan yang banyak.

Namun awas kepada pemilik haiwan jangan sesekali ada pemikiran sedemikian atau dalam erti kata lain, ambil jalan mudah dengan buang ke pasar.

Mengikut peruntukan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015, takrifan pemunya haiwan adalah mana-mana orang yang memiliki apa-apa haiwan termasuk mana-mana orang pada masa ini bertanggungjawab mengenai mana-mana haiwan atau mana-mana orang yang menghuni mana-mana premis.

Mana-mana individu yang membuang haiwan peliharaan ke pasar boleh dikenakan hukuman penjara 3 tahun serta denda antara RM10,000- RM100,000 jika sabit kesalahan dan jumlah denda itu sudah dikuatkuasa sejak 1 Julai 2017 lagi.

Bagaimana nak ‘ajar’ orang kejam ini?

Tentu ramai yang bersimpati dengan nasib haiwan comel yang dibuang merata atas alasan ada masalah asma, terlalu banyak pembiakan, kucing berak merata dan banyak lagi isu melibatkan haiwan manja ini.

Tapi kita juga pasti nak ajar individu yang membuang secara sesuka hati.

Apa yang korang boleh buat ialah kalau terserempak individu tengah buang kucing, rakam gambarnya sama ada melalui video atau gambar. Hantarkan maklumat itu ke Jabatan Vaterinar dan tindakan akan diambil ke atas individu terbabit.




Persatuan Haiwan Malaysia tawar RM2000 untuk kucing yang dibuang semalam?

Sejak semalam tular di fb Persatuan Haiwan Malaysia yang mahu memberikan ganjaran sebanyak RM2000 kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat mengenai pembuangan kucing di Ampangan, Seremban Negeri Sembilan seperti dalam Instagram nvdiahusna. – Maklumat peribadi pengadu dirahsiakan.
Kekecohan masyrakat pencinta haiwan mengenai pengakuan seorang pemilik Instagram bernama nvdiahusna mengenai pembuangan dua ekor kucing peliharaan oleh sepupunya kini dipertikai.

Pemilik Instagram bernama nvdiahusna perlu tampil beri maklumat dan perjelaskan adakah insiden pembuangan dua ekor kucing cantik dan gebu benar-benar wujud atau hanya propaganda untuk melariskan page instagram dengan meraih banyak likers.

Jenayah kezaliman haiwan bukan satu gurauan. Secara logiknya dua ekor kucing ini sehat dan cantik dan boleh menemui tuan baru sekiranya benar-benar diusahakan mencari tuan baru atau pilihan terakhir adalah dengan menyerahkan kucing kepada pengusaha shelter kucing beserta jumlah bayaran tertentu.

Animal Malaysia sekali lagi terima gesaan untuk menyelesaikan kemelut isu propaganda pembuangan dua ekor kucing ini. Sepupu pembuangan dua ekor kucing ini diminta tampil hubungi Animal Malaysia di talian hotline Whatsapp +601120901097.

Mana-mana jiran, sahabat handai dan saudara mara kepada pemilik Instagram bernama nvdiahusna juga diminta menyerahkan maklumat kejadian untuk memastikan kesahihan adegan ini.

Jika benar. Animal Malaysia tawar RM2,000.00 kepada pemberi maklumat dan saksi yang membolehkan pelaku pembuang dua kucing ini ditangkap, didakwa dan dihumban ke penjara.


Mohon jangan lindungi penjenayah haiwan ini walau pun ia saudara terdekat. Namun jika ia hanya satu propaganda untuk meraih populariti. Pemilik Instagram digesa mohon maaf secara terbuka kerana menimbulkan kepanikan dikalangan masyarakat pencinta haiwan di negara ini.

Leraikan kemelut pembuangan kucing ini segera!

Published by
Almaswa Haji Che Ros