Bermula hari ini sehingga 31 Mac, Perintah Kawalan Pergerakan diadakan bagi membendung wabak Covid-19. Biar masih ada yang bersantai-santai dan tak pedulikan arahan tapi bukan semua rakyat Malaysia selfish. Ada yang prihatin dan mematuhi perintah larangan pergerakan  di mana buktinya ibu kota Kuala Lumpur agak lengang dengan kenderaan hari ini.

Baru hari pertama, pasti kita terfikir saat rasa bosan menguasai diri. Tak tahu apa nak buat terutama bagi mereka yang biasa bekerja. Walau ada sesetengahnya bekerja dari rumah tapi rasa rindu berbual dengan kawan-kawan pasti ada.

Sekadar perkongsian, kalau rasa bosan masa kuarantin ini, ini boleh kita lakukan. Bacalah perkongsian bermanfaat ini terutama sekali bagi umat Islam. Inilah masa kita dekatkan diri dengan Allah. Bacalah perkongsian bermanfaat ini. Lagipun kita tidak tahu umur sampai bila. Inilah masanya kita dekatkan diri pada Allah kerana sebelum ini sibuk dengan kerja.

Buat 8 Perkara Ini Kalau Bosan Time Kuarantin, Allah Beri Kita Masa BersamaNya Tanpa Gangguan Bos

Ads

Banyak perkara kita boleh buat semasa kuarantin ini..

  1. Qadha puasa – jika ada lagi memandangkan Ramadhan lagi sebulan lebih untuk kita masuk.
  2. Qadha solat – jika ada…especially zaman awal remaja yang masih sangkut-sangkut solat fardhu atau zmn jahiliyyah kita.
  3. Baca quran – sebaiknya susun jadual spy dapat khatam 30 juzuk.
  4. Tadabbur Quran – target surah yang panjang-panjang seperti Al Baqarah – barulah lazat dan meresap apabila membaca sebab tahu isi dan ceritanya. Jika Al Baqarah dah settle boleh pindah ke surah-surah lain yang utama seperti Al Kahfi, Al A’raf, Al Imran dan lain-lain. Tadabbur perlu ada bersama set Tafsir Quran, tidak cukup dengan Quran Terjemahan sahaja. Tafsir Al Azhar ke, Al Ihsan ke, Tafsir Ibnu Kathir ke. Pilihlah yang mana sesuai.

Nak test berjaya atau tidak tadabbur. Pasang bacaan quran. Boleh faham tak maksud dan ceritanya tanpa melihat Al Quran terjemahan.

Ads
  1. Solat-solat sunat – kalau dulu tak biasa buat inilah masanya. Terutama yang dah capai umur 40 tetapi belum lekat lagi solat-solat sunat. Eloklah mula beramal. Amalkan set 12 rakaat sunat qabliyyah dan ba’diyyah berdasarkan hadis sahih Ummu Habibah yang mana Rasulullah kata sesiapa yang mengamalkannya setiap hari akan dibina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga.

Subuh: 2 rakaat sebelum (yang juga dikenali solat sunat fajar)
Zohor: 4 rakaat sebelum, 2 rakaat sesudah
Maghrib: 2 rakaat sesudah
Isya’: 2 rakaat sesudah

Ads
  1. Amalkan solat sunat dhuha sekurang-kurangnya dua rakaat
  2. Bangun awal pagi. Terus ambil wudhu’ dan tunaikan solat sunat tahajjud, solat sunat taubat dan solat sunat witir. Banyakkan istighfar ketika menunggu masuknya waktu Subuh. Kemudian solat Subuh berjemaah bersama ahli keluarga
  3. Amalkan zikrullah terutamanya kalimah tayyibah lailahaillah 100x, istighfar 100x, selawat atas nabi 100x, subhanallah wa bihamdihi 100x, subhanallahal azim 100x dll.

Ini bukan masanya untuk qadha tidur, qadha menonton cerita-cerita bersiri @ drama-drama bersiri, membuang masa bermain game dan lain-lain. Jangan tertipu dengan tipu daya syaitan. Boleh berubah. Sesuai dengan kehendak Allah. Sekarang adalah masa mencari redha Allah. Masa bertaqarrub dan bermuhasabah.
Wallahu a’lam.

Writer: Unknown
Waqaf…boleh share jika rasa berfaedah.
Semoga Allah memberi pahala kepada penulisnya.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI