Ada lebih kurang 17 hari lagi untuk umat Islam menyambut Aidilfitri.
Walaupun kita tidak dibenarkan ziarah menziarahi di musim perayaan nanti ia tidak membataskan kita membuat persiaran raya kan. Feel nak raya tu tetap sama kan?
Persiapan hari raya di Istana
Hal tersebut samalah seperti KDYMM Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang turut sama sedang ‘berjuang’ di dapur istana mengadun biskut raya.
Melihat entri terbaru baginda di Instagram, memang cukup meriah kuih raya Permaisuri Agong ni. Tunku Azizah turut memaklumkan bahawa membuat biskut raya sendiri merupakan tradisi keluarganya yang akan mengajak anakanda-anakanda perempuan turut serta melakukan persiapan lebaran nanti.
Menurut baginda Permaisuri lagi, sejak dari kecil bondanya sudah mempraktikkan perkara tersebut dan amalan membuat juadah serta biskut raya untuk persiapan aidilfitri terus dilakukan walaupun sudah berumahtangga sehinggalah sekarang.
Rata-rata netizen memuji sikap Permaisuri Agong
Mereka turut memuji didikan yang dilakukan oleh baginda kepada anakandanya dan turut mendoakan agar kerabat diraja ini terus diberikan kesihatan serta keharmonian yang baik.
Tak ketinggalan yang memuji kuih Tunku Azizah nampak menarik dan menyelerakan
Sumber : SPB Raja Permaisuri Agong