Berita

Buat Kerja ‘Part Time’ Tidak Halang Graduan UTHM Ini Raih Anugerah Pelajaran Diraja

Share

Nur Syafiqah Husna Zainul Arshad, membuktikan bahawa dengan tekad, usaha dan cabaran hidup tidak menghalang untuk meraih kejayaan.

Graduan berusia 25 tahun ini baru sahaja menerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Istiadat Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke-24, selepas menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dengan Kepujian.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Sulung Kak KM Berjaya Tamat Pengajian Di Universiti Malaya!

Sumber: Portal UTHM

Walaupun bekerja sebagai pembantu jualan sambilan sepanjang pengajiannya, Nur Syafiqah Husna berjaya mengimbangi antara pekerjaan, pelajaran, dan kehidupan seharian.

Katanya, prinsip utama dalam hidupnya adalah untuk tidak membebankan ibu bapa, yang sudah bersara, dengan kos pengajian dan perbelanjaan hidupnya.

“Semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), keadaan ekonomi keluarga agak tidak menentu, jadi saya mengambil keputusan untuk mencari duit sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN : Graduan Autisme Buktikan Kecemerlangan Akademik, Berjaya Genggam Ijazah Di UPM. Tahniah!

Sumber: Bernama

“Ibu bapa saya sudah bersara, dan saya tidak mahu menyusahkan mereka,” katanya.

Walaupun ramai yang bertanya bagaimana cara dia dapat mengimbangi masa antara belajar dan bekerja, Nur Syafiqah Husna menjelaskan bahawa pengurusan masa yang baik adalah kunci kejayaan.

“Saya tumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas dan mengulang kaji pada waktu malam,” tambahnya.

Selain akademik dan pekerjaan sambilan, beliau juga aktif dalam aktiviti kokurikulum, terutamanya dalam program kesukarelawanan. Nur Syafiqah memegang jawatan setiausaha pada Majlis Anak Negeri Pulau Pinang, yang memberinya pengalaman dalam kepimpinan dan kerja berpasukan.

Sumber: Portal UTHM

Kini, selepas tamat pengajian di peringkat sarjana muda, dia  merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di UTHM, menyasarkan untuk terus menimba ilmu dan memperbaiki diri.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Bernama

Published by
Fath