Buat Kerja Satu Hari! Beratur Punya Panjang Tapi Bila Bab Upah, Datin Hulur RM4.10 Untuk Runner

Share

Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dihadkan membuatkan ramai meminta bantuan runner untuk membeli barangan keperluan harian. Bagi sesetengah orang, ada yang tidak berkira soal upah ditetapkan kerana memahami kesukaran dihadapi oleh runner selain kepenatan mereka tetapi ada sesetengahnya begitu berkira.

Isu bayaran runner memang mendapat perhatian di media sosial. Ramai beranggapan sesetengah runner mengenakan charge agak mahal tetapi kebanyakan orang tidak memikirkan masa diperuntukkan runner untuk pergi membeli belah.

Tapi rasanya part nie seperti berlaku pada seorang runner di Tawau pasti buat kita tersentak. Sudahlah kerja sehari, kejap-kejap call sebab takut kena tipu. Lebih sedih part bayar upah dapat RM4.10. Lepas beli airkrim dan gula-gula anak-anak saja. Memang tak berbaloi.

So korang fikirkan ya part upahnya. Berbaloi ke dengan masa, kena beratur lagi dan sebagainya tapi akhirnya bayaran tak setimpal.

Runner terkilan beli barang Datin cuma dibayar upah RM5

Disebabkan sekarang tengah hangat cerita caj runner.. tidak apa cuma renungkan la nasib kami ini..

Untuk itu RM4.10/- cukuplah. Tak perlu bayar lebih. Aku diam dan cuba menenangkan diri. Menolak troli mall itu bukanlah berat tapi amat lambat aku rasa untuk sampai ke motor.

Dari tadi mula mencari cari barang yang dipesan ambik gambar itu dan ini, online WhatsApp untuk pilihan yang mane satu brand yang dimahukan, dan beratur panjang untuk buat bayaran.

Job (personal shopper) nampak macam seronok tapi hakikatnya yang pernah buat saja yang tahu. Patutlah ada yang tak suka pi belanja. Sebelum turun kereta kene berpusing pusing cari car park. Ok siap pack kita ride delivery.

Telephone asik bunyi je. “Awak kat mane dah siap belum?, Jangan tipu saya nanti saya viralkan nama awak!!”.

Sentap aku. Aku ambik gambar barang barang atas motor snap gambar resit dan SEND.. malas nak taip panjang-panjang nanti kerja tak siap.

Perjalanan sejauh 29km pada aku tak lah jauh sangat. Tapi nak lepaskan traffic lights kat simpang bandar ini memang sangat stress. Ada pulak kereta rosak kat simpang lagi lah sesak. Tapi kitakan RUNNER celik jalan je sampai..

“Datin. Semua barang barang datin saya dah siapkan dan resit bayaran di bag plastik depan. Semuanya RM195.90 seperti yang saya WhatsApp tadi.”

“Nah ambik RM200/- baki tu buat upah barang tu kau hantar kat meja dapur”.

Tetiba aku terdiam tak terkata kata note RM50/ x 4 keping itu aku genggam tutup rapat letak barang siap, pakai helmet start motor dan pulang.

Aku habiskan 1 hari punye kerja. Angkat barang beratur panjang dan bayar dahulukan duit aku bawak motor hampir 58/60km buat kerja 3@4 jam dan lepas tolak modal dan baki yang ada CUMA RM4.10 /- itu belum kira duit minyak aku dan setengah hari aku belum makan.

Beratur punya panjang, kejap-kejap call macam tak percaya. Tapi akhirnya bila bab upah diberi RM4.10
Dapat upah RM4.10. Bolehlah beli gula-gula dan aiskrim untuk anak kecil. Tidak terfikirkah kita part runner juga ada keluarga untuk disara part upah nie

Takpe jom kita pi kedai depan beli gula gula.. hari ini rezeki kau orang anak-anak ya. Ambik ni RM4.10/- beli ice cream dan gula-gula. 4 batang ice cream jer..

“Ayah nie baki duit ayah simpanlah ya nanti ayah nak pi kerja nak isi minyak motor lagi tauu. RM0.10 sen.

Sejak hari itu biar aku yang bagi nilai dan tetapkan harga sebab SETIAP KERJA ITU ADA HARGA YANG PERLU DIBAYAR bukan percuma

Tak kiralah mereka kata mahal dan cekik darah lah tapi kerja aku ada nilai.

“You nak. I boleh buat segala-galanya untuk you tapi sayang ia ada harga yang perlu dibayar bukan percuma.”

Aku seorang Runner dan jalan raya ini adalah pentas hidupku

#RAZAKRUNNERTAWAU

Sumber: Runner Tawau

Published by
Almaswa Haji Che Ros