
Wanita dan aksesori sememangnya tidak dapat dipisahkan malah seakan-akan menjadi satu kemestian untuk tampil bergaya sekali gus menggambarkan ciri-ciri feminin setiap yang menggayakannya.
Tambahan elemen wonderland dan fantasi yang disuntik juga menjadikan aksesori ini kelihatan lebih eksotik dan menyerlahkan penampilan wanita moden era masa kini yang mementingkan gaya dan ketrampilan mereka.
Justeru, Pandora Malaysia tidak ketinggalan melancarkan koleksi musim luruh 2019 dengan memperkenalkan warna pink sebagai signature musim ini, di inspirasi daripada alam fantasi dan wonderland.
Koleksi terbaru musim luruh 2019 dari @theofficialpandora juga memperkenalkan Pandora O Pendant untuk wanita mengekspresi dan memperkasakan diri melalui aksesori ini! Sentuhan cinta alam semula jadi dan fantasi setiap wanita dirungkai dalam rekaan koleksi ini. Dato’ Sri Meer Habib jua hadir merasmikan koleksi musim luruh ini bersama logo terbaru Pandora.
Jadi apa ditunggu lagi, layari laman web pandora untuk keterangan lanjut.
Rani Kulup Jawab Kenapa Tak Tanggal Headphone Dan 9 Lagi Perangai Peliknya

Isi Kandungan
ToggleDengarn jumlah selebriti berperangai pelik di Malaysia pada masa ini, kami sebenarnya sudah immune dengan berita baru mengenai kepelikan mereka
Salah seorang ‘peneraju’ -nya termasuklah Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ayah di kalangan 162,000 pengikutnya di Facebook. Menerusi sesi bersama Sinar Harian petang tadi, kami sempat untuk mendapatkan 10 soalan yang netizen ingin tanyakan kepadanya.
Termasuklah kenapa ayah memilih headphone Beats tu..
1 Kenapa memilih uniform sebegini?
Semenjak ayah menubuhkan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia, ayah lihat persatuan lain di Malaysia seperti PiBG, Bulan Sabit Merah mempunyai pakaian sendiri. Jadi ayah nak buat kelainan. Memandangkan ayah merupakan bekas tentera jadi ayah seragamkan pakaian kami.
Bila di khalayak ramai, ia nampak menarik. Orang mungkin bercakap buruk tapi akhirnya orang berminat untuk ingin tahu lebih mengenainya. Umur dah 80 tahun, dah tak kisahlah apa orang nak cakap.
2 Umur dah 80 tahun tetapi masih berpakaian janggal?
Selagi ayah boleh pakai dan bawa brand Rani Kulop ni, ayak akan pakai. Kalau tak, tutup lah Kipidap, tutuplah Dongibap.
3 Tapi headphone tu dah kenapa ayah?
Pada tahun 2015 bila ayah menjadi popular di kalangan media, telefon ayah memang tak henti-henti orang call. Jadi semasa memandu, panggilan tu mengganggu ayah nak memandu. Jadi aya jawab call gunakan bluetooth.
Disebabkan earphone kecil sangat dan tak puas, ayah pakai headphone terus.
4 Tongkat tu sebab sakit lutut?
Tongkat ni adalah simbol kepimpinan, bukannya sebab sakit lutut, sakit belakang. Bukan semua orang pakai tongkat, hanya pemimpin je yang selalu.
5 Bila ayah nak buka cermin mata?
Ayah gunakan pakaian ayah untuk membantu orang susah. Contohnya apabila ada orang minta bantuan, ayah akan melelong cermin mata atau topi baret untuk harga tertentu bagi mencari dana. Contohnya, ayah pernah melelong topi ini untuk RM8,000 di Shah Alam dulu.
6 Ayah selalu bergambar di lokasi pelik seperti di celah pokok pisang. Lepas tu upload dekat FB, kenapa?
Bukan je dekat celah pokok, ayah pun bergambar dalam lubang kubur. Dalam pasu bunga dan di dasar air pun pernah. Motifnya untuk cuba perkara yang orang lain pernah buat, jadi ayah pun nak try. Kebanyakan daripada followers ayah ini terdiri daripada remaja kerana mereka sukakan gambar seperti itu..
P.S: Hhm, betul ke?
7 Ayah pun gemar bergambar dengan perempuan cantik di FB. Kenapa?
Persoalannya, kenapa perempuan cantik yang suka bergambar dengan ayah, kan? Ayah pun tak pernah tanya, mungkin sebab mereka minat dengan kepelikan ayah ni.
8 Ayah tak stres ke bila netizen kutuk?
Ayah dah biasa dengan troll ni. Bagi ayah, mengutuk tu tanda kasih sayang kerana Facebook ni terbalik sikit konsep dia. Semakin dikutuk itu maksudnya mereka nak tahu pasal kita. Kalau ayah tak tahan dengan kecaman seseorang, ayah block je dia terus.
9 Kenapa ‘Kipidap’?
Itu short form untuk ‘Kita Pilih Damai & Perpaduan’.
10 Ayah keluarkan single, nak jadi penyanyi pula?
Sebelum ayah jawab tu, ayah tahu ramai yang bertanya apa pekerjaan ayah sebenarnya. Ayah pernah ada buku ‘Kipidap’, buku ‘Jangan Cakap Ayah Tak Payung’, ayah ada perfume, ayah ada baju dan macam-macam lagi. Mungkin sebab itulah, ramai yang nak ambil gambar dengan ayah, kata mereka wangi.
Jadi sekarang ayah sudah ada lagu sendiri bertajuk Rentak Merdeka. Ayah ingin sangat bawa lagu ini ke peringkat kebangsaan. Kalau boleh digunakan untuk Hari Kebangsaan nanti.
Parking Percuma Dengan Pasang Jalur Gemilang Di Kereta, Tapi Hanya Di Negeri…

Ramai yang mengambil peluang untuk bercuti di dalam negara sekarang disebabkan situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Walaupun masih tidak dibenarkan ke luar negara, kita seharusnya bersyukur kerana di Malaysia terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Bagi tetap menyemarakkan rasa patriotik dan sayangkan negara, meskipun tahun ini tiada perarakan atau sambutan besar-besaran bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-63 — namun Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tampil dengan satu inisiatif yang kreatif.
Kalau korang jalan-jalan ke Kuantan pada 24 hingga 31 Ogos ini, korang tidak perlu membayar parkir jika kenderaan yang korang pandu dipasang dengan Jalur Gemilang..maknanya korang akan dapat parkir PERCUMA!

Tawaran parkir percuma sempena Merdeka itu diumumkan oleh MPK menerusi posting di Facebook rasminya.
Namun untuk mendapatkan parkir percuma sepanjang korang berada di Kuantan, ini beberapa syarat yang ditetapkan MPK :
– Jalur Gemilang pada kenderaan perlu mengikut saiz sekurang-kurangnya 1 bendera berukuran minima 27cm x 14 cm.
– Ada beberapa cara pemasangan yang ditetapkan seperti dalam gambar.
Kalau menepati segala syarat di atas, kenderaan korang akan dibenarkan untuk parkir secara percuma dan tiada sebarang kompaun akan dikeluarkan walaupun korang tidak meletakkan kupon atau menjelaskan caj parkir secara dalam talian melalui aplikasi PahangGo.
Tapi harus diingatkan tawaran itu hanya tertakluk kepada tempat letak kereta bawah MPK sahaja dan bagi mereka yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan — tindakan kompaun atau apit tayar tetap akan diambil walaupun memasang Jalur Gemilang.
Best kan?
Sambil itu, jangan lupa patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang percutian nanti.
Sumber : Facebook MPK
Oyen Terpaling Buat Hal Dalam Dunia! Ini Fakta Mengenai Filem Garfield 2024!

Rindu melihat gelagat kucing oyen paling pemalas di dunia yang kerjanya suka makan! makan dan makan! Kali ini The Garfield Movie kembali untuk kali ketiga dan ia merupakan filem animasi yang dijamin buatkan penonton tak kering gigi dan tertanya-tanya! Nak tahu kenapa? Jom kita baca fakta menarik mengenai filem ini!
Latar Suara Diisi Barisan Pelakon Hollywood Ternama!
Kalau nak tahu, The Garfield Movie kali ini dimeriahkan dengan suara pelakon seperti Chris Pratt dan Samuel L. Jackson. Keduanya akan memberikan karakter ikonik komik Garfield dengan lakonan suara yang sangat fresh namun tetap mengekalkan pembawaan asli karakter Garfield. Apa yang penting kelucuan karakter Garfield juga memang kena sangat di hati penonton!
Menggunakan Animasi CGI Canggih
The Garfield Movie 2024 juga menggunakan teknologi animasi CGI yang canggih, dan memberikan penampilan yang lebih segar dan hidup kepada karakter-karakter yang penonton kenali. Dengan teknologi terbaru ini juga memungkinkan para animator di dalam filem Garfield untuk memperlihat ekspresi dan emosi karakter dengan lebih mendalam, sehingga penonton dapat pengalaman yang lebih imersif.
Jalan Cerita Penuh Pengembaraan dan Kelakar!
Filem ini bukan hanya tentang oyen pemalas yang suka melantak lasagna dan boleh makan pizza sekelip mata. The Garfield Movie menjanjikan jalan cerita penuh dengan aksi, pengembaraan, misi merompak, dan misi menyelamat yang bakal menghiburkan penonton. Di sini juga penonton boleh lihat macam mana Garfield menggunakan akalnya untuk mengharungi segala rintangan dalam setiap misi. Selain itu, penonton juga boleh menyelami hubungan si oyen, Garfield dengan tuannya, Jon dan bagaimana mereka saling mempengaruhi dalam setiap situasi.
The Garfield Movie adalah salah satu animasi yang wajib ditonton oleh para penggemar. Tayangan The Garfield Movie bermula 22 Mei ini dan penonton dijamin tidak akan bosan kerana filem ini adalah salah satu karya hiburan yang menyenangkan untuk semua peringkat umur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.