Menganggap COVID-19 satu jenaka dan hal yang diada-adakan untuk menakutkan masyarakat, satu keluarga yang mengadakan reunion selepas meraikan kelahiran sambutan menyambut cucu baru akhirnya menerima padah.
14 ahli keluarga ini dijangkiti virus corona dan seorang telah meninggal selepas mengadakan majlis pertemuan ini. Malah kesemuanya langsung tidak mengenakan topeng muka atau duduk berjarak ketika majlis itu.
Dalam kejadian di Texas, Amerika Syarikat itu, Tony Green, 43 dari Dallas dan keluarganya mengadakan majlis pada 13 Jun 2020.
Perayaan ini dihadiri seluruh ahli keluarganya termasuk ayah mentuanya, Rafael Ceja, nenek serta saudara perempuan bersama pasangan masing-masing.
Anggap COVID-19 Jenaka
Jelas Green, dia sebelum ini yakin corona virus ini adalah satu jenaka semata-mata. Tidak lama selepas pertemuan yang diadakan, nenek kepada bayi berkenaan mula jatuh sakit.
Dia kemudiannya disahkan positif COVID-19 dan meninggal dunia.
Ads
Mengaku sangat menyesal
Terperanjat dengan keputusan yang berlaku kepada nenek mereka, Green kemudian mengumumkan kes dijangkiti kepada seluruh ahli keluarga yang hadir ke majlis tersebut.
“Bayangkan hanya kerana menganggap corona ini sesuatu yang tidak serius, ia mengakibatkan penderitaan bukan saja kepada kami semua tetapi juga tuan rumah yang memberi kebenaran majlis diadakan,” kata Green.
Dalam pada itu, Green kemudian mendesak orang lain mengambil serius isu corona. Bukan main-main seperti apa yang mereka fikirkan sebelum ini.
Ads
“Anda tidak dapat bayangkan penyesalan di hati saya. Sebelum ini saya selalu menyangkal mengenai virus ini, memperlekehkanya malah mengejek-ejek individu yang mengenakan pelitup muka dan menjaga jarak sosial,” katanya yang benar-benar menyesal.
Bukan itu saja, dia turut menyakinkan kesemua ahli keluarganya bahawa tiada apa yang akan berlaku walau mereka mengadakan majlis ini.
Ads
Penyokong kuat Trump
Ternyata, Green adalah penyokong kuat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Malah gesaan dari pemimpin itu yang tidak menggalakan penggunan topeng muka (pada awal corona menyerang Amerika Syarikat) dan Trump akhirnya mengenakan juga topeng muka selepas ratusan ribu mati di negara Uncle Sam itu.
Dia mengaku telah terperangkap dengan konspirasi COVID-19 dan antara individu yang radikal menentang corona virus.
Namun apabila terkena dan seorang ahli keluarganya mati dan 14 lain dijangkiti, Green akhirnya benar-benar yakin bahawa virus corona ini wujud.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon terkenal kini, Nabila Razali terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan di Semi Final Muzik-Muzik ke 35 (SFMM35) atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
Dalam laporan Sinar Harian, pengurus Nabila, Ash menerusi satu kenyataan media petang tadi. Atas nasihat doktor, Datuk Syafinaz Selamat selaku guru vokal dan juga Hael Husaini selaku komposer, Nabila tidak akan muncul untuk menyanyikan lagu ‘Peluang Kedua’.
Jelasnya, “Dukacita saya ingin memaklumkan bahawa artis di bawah jagaan saya Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di SFMM35 atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.
“Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik. Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impian beliau sebagai penyanyi.
“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu bersama Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal. Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk.”
Lagu Peluang Kedua mencapai populariti yang cukup membanggakan di dalam industri muzik tempatan apabila sehingga kini di YouTube sahaja, muzik video lagu tersebut telah dimainkan lebih 23 juta kali oleh para penonton.
Sumber Gambar: Instagram Nabila Razali
Tinjaun Remaja ke Instagram Nabila pula mendapat dia memuat naik satu hantaran dengan kapsyen “My Heart Is Broken”.
Apa-pun, kami di editorial Remaja mendoakan agar Nabila sempat sembuh seperti sedia kala. Buat masa ini pihak pengurusan Nabila, masih lagi mencari pengganti yang sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut di SFMM35 yang dijangka berlangsung malam Ahad nanti.
Tahun lalu, Nabila ada menyertai team Remaja dan Media Hiburan dalam kerja amal menceriakan kanak-kanak di PPUM.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Disebabkan ramai orang mengeluh permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mereka ditolak. Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan sehingga 31 Mei ini.
Nampaknya PM betul-betul mendengar keluhan rakyat ni, so kalau korang antara orang yang terkesan dengan benda ni, inilah peluangnya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lanjutan itu dibuat selepas kerajaan menerima dan mendengar pelbagai rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima BPN atas pelbagai sebab.
“Mengenai isu bayaran BPN, saya dengar ada rungutan daripada orang ramai yang gagal menerima bayaran ini atas pelbagai sebab, antaranya kerana maklumat yang diisi tidak lengkap.
“Ada juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan, tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.
“Ada juga antara yang memohon adalah yang menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar, jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak.
“Mengambil kira semua perkara ini, Menteri Kewangan bersetuju melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.
“Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan, tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, Insya-Allah boleh diluluskan,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung, semalam.
Berhubung bayaran BPN terkini, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan meluluskan 2.3 juta permohonan BPN semalam, termasuk permohonan baharu dan rayuan, membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.7 bilion.
Dengan kelulusan itu, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang membabitkan bayaran berjumlah RM11 bilion.
Moga berita ni mampu memberikan sinar kegembiraan kepada korang semua. Dah cepat buat rayuan semula.
Sumber: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terkini tular di media sosial sekitar jam 10.05 tadi yang menyaksikan lebuhraya PLUS dari Tanjung Malim menghala ke Utara jam teruk yang dikongsikan oleh seorang pemandu lori yang menuju ke arah Kuala Lumpur seperti dikongsikan di blog Info Roadblock JPJ/ Polis.
Apa yang mengejutkan kelihatan banyak kenderaan-kenderaan persendirian bersusun bersama lori-lori dan perlu berhadapan dengan Sekatan Jalan Raya oleh pihak berkuasa di laluan tersebut sehingga netizen menyuarakan “kemarahan” mereka di ruangan komen.
Ada cadangan dari netizen agar pihak berkuasa mengenakan saman RM1000 kepada pemandu yang ingkar ini.
“Ada yang berkata, jenis-jenis degil ini jangan suruh patah balik tapi bagi notis naik mahkamah terus. Otak udang dan macam-macam lagi.
Malah ada video yang baru ditularkan 8 minit lalu menyaksikan jalan raya sesak tanpa bergerak di lebuhraya tersebut membuktikan memang berlaku kesesakan lalulintas di lebuhraya tersebut.
Jika benar ada trend curi-curi balik kampung oleh segelintir rakyat Malaysia yang degil ia sesuatu yang amat mengecewakan kerana terlalu banyak peringatan diberikan oleh pihak berkuasa agar tiada aktiviti rentas negeri dilakukan sempena Aidilfitri ini.Namun jika ada surat kebenaran rentas negeri, tidak menjadi kesalahan.
Tonton video yang dirakam abang pemandu lori ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...